create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, December 18, 2011

Perbezaan BOTAK JUVANA dengan ARIL CINTA ELYSA


Botak JUVANA - Samseng yang sering memukul orang..
Aril CINTA ELYSA - Samseng yang sering dipukul orang..

Botak JUVANA - Samseng yang tiada rambut..
Aril CINTA ELYSA - Samseng berambut.. Adakala rambut disisip tepi..

Botak JUVANA - Samseng yang belum ambil SPM
Aril CINTA ELYSA - Samseng yang 6A SPM nya..

Botak JUVANA - Samseng yang cinta tak dibalas..
Aril CINTA ELYSA - Samseng yang jiwang dan ada bini akhirnya..

Botak JUVANA - Samseng yang x ada heartfeeling..
Aril CINTA ELYSA - Samseng yang tau menangis..

Botak JUVANA -  Samseng yang xkaya akhirnya..
Aril CINTA ELYSA -  Samseng yang Kaya akhirnya..

Botak JUVANA - Samseng yang xtau apa itu bunga..
Aril CINTA ELYSA - Samseng yang simpan bunga sampai kering..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Suka ati gua la nk letak pic ni..grrr

Thursday, October 6, 2011

Awek Cun

Kenapa aku letak gambar awek ni?? Blog aku suka ati aku la..kekekekke...
Sekarang aku tengah susun ayat macam mana nak ngorat awek ni... Ada sapa2 sudi nak menghulurkan bantuan x??

P/S harap2 Neelofa xtau... Aminnn..

Tuesday, October 4, 2011

Mari Belajar Peribahasa


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah 


2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan 


3. Tiada rotan, pelempang berguna juga 


4. Biar lambat asalkan tak cepat 


5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi 


6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula 


7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar 


8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock 


9. Secupak takkan jadi 18 cupak


10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati 


meninggal dunia


11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut. 


12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap 


13. Alang-alang mandi biar guna sabun 


14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras 


15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun 


16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang...bisu 


17. Hidup segan mati di tanam 


18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa 


19. Lembu punya susu cap teko dapat nama 


20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis 


21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la 


pukat tunda lagi baik) 


22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa 


23. Membujur lalu melintang pukang 


24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan 


25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut 


26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili 


27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!


kredit 2 my nephew.. Aliah.. "paksu rembat jgn marah na"


P/s - budak2 amik PMR jangan dok baca...

Friday, September 30, 2011

Cinta Orang Dulu-Dulu Dengan Orang Sekarang


1. ORANG DULU - Nak berjumpa setahun sekali pon susah, takut kena marah dengan ibu bapa dan xmanis  dipandang..

    ORANG SEKARANG - Kalau boleh nak jumpa setiap hari, nak kol setiap jam, nak mesej setiap minit...


2. ORANG DULU - Xmau bercinta lama2, takut jadi perkara yamg memalukan...

    ORANG SEKARANG - Lagi lama bercinta lagi best, dah kahwin susah banyak tanggungjawab..


3. ORANG DULU - Jatuh cinta pada pandangan pertama bertemu atau setelah kenal hati budi..

   ORANG SEKARANG - Jatuh cinta pada pandangan pertama di gambar pesbuk....


4. ORANG DULU - Suka bermain mata...

    ORANG SEKARANG - Semua benda nak main...


5. ORANG DULU - Kalau keluar dating, dua2 membonceng basikal, sama2 basah keti...

    ORANG SEKARANG - Nak yang ada bumbung, ada ekon, tinted gelap2...
Sooo Swwweeeett..

6. ORANG DULU - Yang lelaki bergaya dengan kemeja masuk dalam, rambut sisip tepi biar nampak kemas..

    ORANG SEKARANG - Makin serabai makin stailo...


7. ORANG DULU - Kalau pakwe nak berjumpa pakwe mesti akan meminta kebenaran dari ibu bapa si        makwe dahulu, ambil berkat..

    ORANG SEKARANG - Keluar ikut tingkap senyap2.. Bapak tau kompom kantoi...


8. ORANG DULU - Berhubung melalui tinta..

    ORANG SEKARANG  - Update ja status kat pesbuk..


9. ORANG DULU - Teruna : apakah bukti cintamu terhadaku Fatimah??
                               
           Dara : Kan kuserah seluruh jiwa dan ragaku kepada mu Arjuna..

    ORANG SEKARANG - Teruna : apakah bukti cintamu terhadaku Fetty??

           Dara : Kan kuserah seluruh jiwa dan daraku kepada Argent..


Tuesday, September 27, 2011

Gersang Ke Hapa??

Tengah aku jalan2 ushar blog orang lain.. Aku singgah kat blog NI...Dan aku jumpa benda ni... Dan dengan xmalunya aku nak share.. kahkahkah

Ni Nak cakap macam mana ni... Kang kata kurang pandai marah pulak... 

P/s - Kalau dah pondan 2 jangan la murtad lagi.. Murtad xmasuk syurga langsung tau...

Kredit untuk Sos Yang Pedas

Thursday, September 15, 2011

Dig Bebeh Dig!!

Suasana hari raya menyebabkan blog aku terabai, ketupat, lemang, kuih sarang semut, samprit yang dikisar halus  didalam perut ni menyebabkan otak aku kurang bercerdas untuk menaip2(menaip bukan guna jari ke, jadahnya guna otak..aggghh)...
.
.
.
Semalam sepatutnya aku masuk kerja pukul 9am untuk shif pagi.. Disebabkan orang yang berubat mak aku nak datang jadi terpaksa aku masuk kerja pada jam 12pm.. dikesempatan ni aku mintak korang sama2 doakan mak aku kembali sihat.. Tq...

Perjalanan menuju ke tempat kerja pada jam 12 tengahari bukan kerja main2.. Perlukan kekuatan mental yang cukup untuk meredah bahangnya matahari duniawi.. Cuaca yang terik cukup untuk mengeringkan tekak aku... Dengan alasan nak beli air dan lighter yang xsengaja ditinggalkan dirumah, aku berhenti di sebuah kedai runcit di tepi jalan... Honda EX5 ku parking kemas di hadapan kedai tanpa double stand.. Ais lemon tea fresh dari dalam botol jenama lipton aku capai beserta ligther jenama criket dengan moto Quality And Safety.. Cashier kedai runcit tersebut adalah seorang awek.. Ya seorang AWEK.. Bukan sengaja nak puji tapi memang cun, dengan hidung mancung, muka hindustan.. Dah nama hindustan kompom2 la putih kan..

Masa sememangnya mencemburui aku yang sebagai hero ni.. Kelewatan untuk ketempat kerja menyebabkan aku xsempat beramah mesra dengan beliau apatah lagi untuk bertukar akaun fesbuk... Aku capai Hondaku, ku undur pelan2 ada basikal2 yang cuba melambatkan aku... Sebagai bakal imam muda jadi aku mesti sabar...ye dak... Sebelum aku sempat memacu laju Hondaku, aku perasan awek tadi berdiri dihadapan kedai beliau...Berbekalkan wajah beliau yang cun, dengan gaya selambanya beliau menggunakan jari kelingking beliau menggali dan mengali lubang hidung beliau.. Suatu penerokaan...Ahhh Indah sungguh pemandangan tersebut... Dari peristiwa tersebut dapat aku simpulkan awek2 cun pon ada taik hidung dan awek2 cun pon korek taik hidung guna jari xguna katembite..ekkekekeke

Agak2 awak korek hidung guna jari x neelo??

Friday, September 9, 2011

Isu Semasa


Meh tengok klik la kt gambar..


Lepas ni giliran internet pulak...hikhikhik... Xsabarnya... Mesti best kan...kan..kan...kan..kan...kan...kan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Saturday, August 27, 2011

Cerita Bulan Posa Yang Lepas-Lepas 2

Masa aku muda2 dulu, waktu bulu xcukup lagi tumbuh di badan aku bulan posa adalah bulan yang penuh bermakna... Banyak aktiviti yang berfaedah yang xsesuai dilakukan di bulan2 xposa sesuai di lakukan di bulan2 posa... Sebagai seorang budak kampung yang xpernah tau life budak taman, aktiviti2 seperti ini wajib di bulan posa...

Aktiviti yang paling popular adalah bermain mercun... Mercun.. Aku ulang sekali lagi, bunga2 api hanya untuk budak2 yang main kawin2, masak, anak patung sahaja... Budak2 laki kalau nak main bunga api hanya bunga api bintang2 saja yang dibolehkan... Stok2 mercun boleh didapati secara haram dari pembekal2 yang xberdaftar yang selalunya berlokasi di rumah2 sahaja... Yang jual dekat kedai2 runcit hanya dari kaum2 bunga api dan mercun bawang yang lebih perlahan dari kentut...

bunga api untuk yang berjiwa lembut sahaja

Aku memulakan pengalaman bermain mercun dengan bermain mercun lada.. Mercun lada adalah anak kepada mercun papan.. Mercun papan adalah dari jenis mercun yang geng2 cina suka bakar bila diaorang beraya... Mercun lada dan mercun papan ni jenis yang sumbu cepat macam babi dia bakar, silap perhitungan boleh merekah jari2... Tapi bila dah terer mercun2 ni dibiar meletup dekat tangan saja, bila ada awek2 yang tengok terasa macam awek 2 kompem jatuh cinta dengan kita... Seterusnya, penglibatan aku menjurus kepada mercun "guruih", mancis dalam bahasa kasarnya... RM 1 sekotak xda hal, rembat sahaja dari dompet mak aku dulu besok baru mintak kira macam dompet mak aku macam kod memot "pakai dulu bayar kemudian" lepas dah pakai menangis2 nak bayar, macam 2 la jugak aku, menangis2 kena balon dengan mak aku... Balon siang, malam aku rembat lagi, besok siang kena balon lagi macam 2 la rutin bulan posa... Setakat kena balon dengan mak aku ja apa da hal... Kan sayang anak tangan2 kan... Mercun ni selalu digunakan untuk aktiviti prank sebab dia lambat gila meletup.. Mercun telur naga jugak mula dimain kan..

Bila kawan2 makin terer main mercun bola, ketupat dan sebagainya, aku pon turut join... Baru la up to date macam 2... Mercun dari jenis2 ni jangan cari pasal nak biar meletup2 kat tangan, dah bakar terus buang, kalau xbuang besok masuk paper sinar muka depan... Bunyi dia  xda level2 kentut, sapa2 sembelit dengar bunyi terus lancar perjalanan taik 2 xda tersekat2...


Bila semua mercun dah cuba sampai la mercun paling hensem iaitu meriam buluh... Budak2 kalau dapat main meriam buluh memang terasa diri dah jadi level abang2... Xkira la dah "potong" atau belom... Meriam buluh xboleh main sebarang2, silap2 kena beraya dalam jail kalau mak bapak komplot xnak jamin... Bila dah jadi macam 2 musnah segala plan2 jalan2, rumah2 potensi untuk diserbu time raya nanti... Meriam buluh menggunakan buluh memang la kurang selamat, penggunaan buluh hanya sesuai digunakan untuk zaman abah2 sahaja, bila zaman makin maju, budak pon kena kretaif... Penggunaan saluran paip najis bertekstur konkrit pilihan yang paling selamat.. Pastikan cucian bersih dahulu sebelom digunakan.. Meriam Tin juga adalah adek beradek dengan meriam buluh cuma rupa fizikalnya xseperti meriam... Penggunaan kabait dan belerang sama sahaja, konsep tindak balas dengan air jugak masih dikekalkan... Meriam tin boleh dimain disiang hari sebab mudah untuk diselit jika hampir terkantoi...

bukan meriam zaman jepun

P/S = Bersambung.................................................................................................

Monday, August 22, 2011

Pengertian Posa Bagi Yang Belom Mumayyiz

rembat sini

Sebagai kanak2 yang belom mumayyiz... Pengertian posa hanyalah sekadar xboleh makan dan minum d depan orang pada siang hari sahaja.. Bila dah upgrade besar sikit, xboleh makan dan minum terus di waktu siang hari... Sebagai kanak2 kampung yang normal, berlagak seperti posa adalah perkara yang perlu dan sentiasa di amalkan.. Ini bukan bertujuan nak kelihatan macho di depan awek2 tadika dan sekolah rendah tapi berharap pujian dari golongan dewasa... Gila ka pa nak tunjuk kat awek2, tengok awek2 pon xstim lagi... Kantoi posa adalah perkara biasa dan xperlu risau untuk menjadi ahli van2 mayat yang banyak berkeliaran di bualan posa... Berbekal kan rupa yang inesen, raut wajah menderita cukup sebagai modal untuk mendapat simpati sepinggan nasik dan sejag air oren dari insan yang bergelar ibu...

Tawaran duit raya selalu dijadikan umpan untuk kanak2 sebagai pembakar api semangat untuk bangun sahur, dan xmakan nasik di waktu siang hari... Kegagalan untuk berpuasa penuh, akan menyebabkan pengurangan bilangan kertas yang dinilai sebagai duit di dalam angpau... Ianya sedikit sebanyak akan menyebabkan kekalahan dalam pertaruhan duit raya sapa yang paling banyak peringkat bawah 10tahun,... Namun begitu kegeligaan kanak2 dalam hal duit2 raya ni memang xdapat dipertikaikan,.. Seperti kenyataan di atas berbekalkan rupa yang inesen cukup untuk meraih simpatai ibu bapa untuk menambah semula bilangan duit raya tersebut...

Bulan posa jugak beerti, "hantu" semua kena ikat.. Setan?? Sapa setan?? kanak2  lebih takutkan hantu dari setan... Ini memberi peluang pada kanak2 untuk mengisi semula masa bermain disiang hari yang telah dihabiskan dengan aktiviti baring2 depan tv hingga terlena di sebelah malam... Hantu xda jadi ibu bapa hilang modal untuk menggunakan hantu kopek sebagai senjata... Kesibukan ibu bapa untuk bertarawih juga memberi ruang lagi untuk kanak2 menjalankan aktiviti sembunyi2, tuju kasut, mercun di kawasan masjid yang sememangnya menjadi tempat popular dikala ramadhan menjelang..

Dalam erti kata mudah bagi kanak2 bulan posa adalah rehat segalanya termasuk perut di siang hari dan bersuka ria di malam hari... Dan hari raya hari gumbira sepanjang hari...

10 Malam Terakhir Dan Lailatul Qadar


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Kredit untuk Al-Azim

Saturday, August 20, 2011

10 Alasan Budak Tak Posa

1."Ala aku period la..Bulan ni period aku dtg tiap2 minggu, maybe dia advance untk bulan2 depan so bulan2 depan xperiod dah la kot"

2. "Aku xboleh kalau satu hari xmakan, nanti gastrik,deman,sakit sendi, H1N1 semua... Tuhan kan mara kalau kita menyeksa diri kan"

3. "Aku terpengsan selama 5 minit tadi"

4. " Lupa bangun sahur la, semalam tetido pukul 4pagi 2 yang xterjaga 2"

5. "Tadi doktor suntik amik darah aku sikit, dah tecucuk kira xboleh puasa kan"

6. " Alamak aku terkorek hidung la, best sangat sampai susah nak berhenti"

8. " Aku kan perantau, xkesah la aku naik kapal terbang pon janji lebih 90km kan"

9. " Aku terlupa pulak hari ni puasa... Lemah betul daya ingatan aku sekarang ni"

10. " La isap rokok batal ke puasa.. Xtau pulak, ni kira batal la kan so boleh makan nasik dah kan?"



P/S - Xposa xboleh dapat duit raya...kekeke

Thursday, August 18, 2011

Nak Kenal Dengan Setan??

Bila aku belek2 balik entry aku untuk bulan2 posa ni..Pergh sedeh... xda satu pon yang boleh aku isi dalam tabung amalan aku... Jadi kali ni aku nak bagi ilmu sikit.. Sikit ja xbanyak... Asyik dok tengok entry orang putus2 tangan, kaki, tunang je buat apa kan..kekekkeke....

Mula2 sekali aku nak mintak maap kalau ada yang tersalah info.. kalau salah tolong betulkan...Mari kita mengenali 9 anak2 setanirojim...

1. Zalituun - Yang ni suka duduk2 dekat kedai2, pasaraya segala bagai.. Tugas dia nasihat korang supaya jangan jimat2..rugi jimat2 ni dia kata...

2. Wathiin - Dia akan pergi cucuk2 orang yang di timpa musibah supaya menyalahkan takdir Allah s.w.t..

3. A'awan - Yang ni jenis duduk dengan geng2 pemerintah.. Suruh pemerintah lupa diri, makan rasuah, tipu sana tipu sini, pergi jahanam sama rakyat2..

4. Haffah - Suka kawan dengan kaki botol, sebab kaki botol suka minum air kencing dia.. Kalau dekat2 disko 2 memang belambak la jenis2 ni..

5. Murrah - Tugas dia melalaikan korang bila korang sedang berhibur.. Xkira la apa2 hiburan janji korang terhibur dan benda 2 sia2...

6. Masuud - Meloncat2 kat bibir manusia supaya membuat fitnah..

7. Daasim - Yang ni pulak, kalau korang masuk rumah xreti bagi salam memang dia pon ikut masuk sekali.. Dia la punca masalah rumah tangga.. Jadi kalau sapa2 masuk rumah korang xreti bagi salam, terajang ja..

8. Walahaan - Sentiasa membuatkan kita rasa was2 terutama waktu kita ambil wuduk dan solat..

9. Lakhuus - Sahabat kepada orang Majusi yang menyembah matahari atau api...

Jadi kawan2... Habis Ramadhan nanti hati2 la yer...

Cerita Bulan Posa Yang Lepas2


Bulan posa yang paling aku terasa begitu gagah sekali adalah sewaktu aku semester 1 di salah sebuah institusi pengajian yang di bawah ngauman kerajaan... Pertama kali aku posa secara berjauhan dari keluarga yang tercinta, walaupon sedih namun tetap ku gagahi jua perjuangan untuk tidak makan dan minum...

Sepanjang bulan posa, pensyarah2 aku sentiasa memahami isi hati para pelajar mereka yang letih berposa dan perlu bertukus lumus memukul tapak kaki untuk ke kelas pada bulan2 posa.. Apatah lagi sebagai pelajar baru, nak menyesuaikan diri memerlukan masa.. Jadi kelas selalu tak ada.. Terima kasih pensyarah...

Peluang2 macam ni, aku sebagai pelajar pelajar kena la gunakan dengan sebaek2nya kan... Untuk mengelak kan aku dan kawan2 aku dari terlepas sahur, aku mengisi masa aku dengan aktiviti2 yang berguna seperti bermain game di laptop yang aku rembat dari kawan aku... Nak harap kan kawan aku, suh dia tidor pandai la, bab2 bangun ni dia belum khatam.. Zaman2 ni aku xpandai on9 lagi... eja pon "online" lg.. My space pon orang tolong bukak kan.. Hebatkan?? Main game hingga xingat dunia akan menyebabkan masa berlalu dengan cepat, tengok2 dah sahur.. Jadi aktiviti sahur sentiasa berjalan dengan lancar xda kantoi2... Lepas sahur kena la tidor kan..Nak memulihkan balik tenaga2 harian yang dah guna... Bila dah tidor kompem2 aku bangun lewat kan.. Selalunya pukul 3 aku akan bangun... 2 pon sebab nak kencing, kalau pundi kencing aku dah xberfungsi aku xberani nak komen... Jadahnya bangun pukul 3 petang, kalau keluar kompem2 kantoi kan kita bangun lambat.. Awek2 tengok nanti xmacho la... Jadi xperlu nak pikir panjang2 aku amik keputusan sambung balik tidor.. Kul 5 aku bangun terus pergi bazar.. Kalau muka ngntuk pon orang2 mesti suspek tidor petang,, Besa la 2 bulan2 posa tidor petang kan... Bijak kan aku??? Wah indahnya ramadhan aku..sob3...

p/s = bulan2 posa xboley buh gambar neelofa selalu..hik3...

Sunday, August 14, 2011

Ais Krim Di Bulan Posa

Ais Krim,
Atau dalam bahasa inggerisnya Ice Cream, dalam bahasa mudah eskrem... Semua orang suka ais krim, xkira budak2 kecil, budak baru nak mimpi basah, budak2 yang dah lama mimpi basah mahupun orang2 dewasa yang otai bab2 mimpi basah... Apa mimpi2 basah bulan2 posa ni... Ais krim memang best bila dimakan waktu hari siang dikala suhu bumi terasa bagai nak mewarnai kulit badan... Ais krim di Malaysia memang banyak jenis, dari buatan luar sampai la buatan anak tempatan iaitu "Ais Krim Malaysia".. Tahniah Malaysia.. Ais krim ni kalau korang nak tau dah tercipta sejak 4 B.C lagi.. Cuma masa 2 xpopular pasal owner syarikata nestle, magnolia semua 2 belum lahir lagi.. Peti ais pon xda lagi...

Apa jadahnya cerita pasal ais krim tengah2 hari ni, bulan posa pulak 2...

Semalam...
Sepanjang bulan posa, aku memang kena masuk petang.. Bukan aku saja semua staf kena masuk petang.. Pukul 1.40PM bawa moto pergi keja bulan2 posa ni memang bukan benda bes macam pergi dating dengan awek2... Dengan cahaya matahari tegak lurus tas kepala xda cover2 memang rasa nak pukul trafiq light ja bila asyik2 merah... Sesampai aku pada salah satu trafic light tiba2 datang mamat india sebelah aku... Beliau makan ais krim.. Sekali aku tengok, tapi aku xdapat kawal mata aku untuk tengok lagi buat kali ke 2 ke 3 dan seterusnya...dem.. Gua suspek ais krim 2 dari spesis ais krim asam boy yang harga 50sen.. Ais krim 50sen 2 bila aku tenung2 lama dah macam ais krim dalam iklan mawi dah...

Slurrpp...slurrpp...slurrp...

erm sedapnya beliau menjilat2 ais krim 2... Ada gaya..

gambar pinjam


P/s Buka posa ni Aku nak makan ais krim 16 batang...Aggghhh...

Saturday, August 6, 2011

Cerita Bulan Posa

Watak utama kali ni...(gambar senget jangan salah kan aku)..

4.30 : bangun sahur... Nasik 2pinggan selamat mendarat dalam perut...kenyang...

5.00 : Mandi, sabun, gosok gigi, gosok badan, gosok ketiak...

5.10 : Seragam sekolah rendah kemas digayakan... Rambut disisip rapi gaya tomok...

5.15 : Sambung tidor........................................

7.15 : Bangun, pergi sekolah... mandi, basuh muka, pakai baju sekolah, sikat rambut semua settle...

Terbaik anak sedara aku.. Aku dulu pon xpenah pikir idea sekretif dia... Bijak2...

Wednesday, August 3, 2011

Posa Hari Ke 1

Hari ni dah 3 hari berposa, dan aku xda niat pon nak cerita pasal hari posa yang ketiga ni... Cuma nak ajak berkongsi cerita hari posa yang pertama ja... Hari pertama posa compom la letih dia lebih sikit kan, sementara perut nak membiasakan diri kekosongan dari sebarang isi...

Hari posa pertama, sebab dah nama pon hero xkan nak cakap lapar pulak kan... Jadi perot aku x tergugat dari sebarang rasa kelaparan cuma kedahagaan ja sedikit melampau.. Hari posa pertama aku keja, keja ke x itu xkesah... Yang buat aku barannya, tengah2 mandi boleh pulak air masuk dalam terlinga.. Waktu xposa xnak pulak dia masuk.. Err "ter" ok, jangan korang cuba2 nak memanipulasikan otak korang..

Masuk air dalam telinga kalau nak keluarkan kena la masukkan air dalam telinga balik kan, Kalau aku masukkan lagi secara otomatik batal posa aku, dah la posa 1st, xkan xnak posa.. Hero xboleh ngalah... Jadi amik jalan mudah..biarkan jela...

Memang heaven terasa bila telinga jadi pekak sebelah... Terasa bengang sampai rasa macam nak makan nasik ja.. Nasib da cita2 nak masuk imam muda terasa kesabaran dia...

Masuk hari ni dah 3 hari telinga aku pekak sebelah... ada apa2 petua lain ka???

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Dah Mai Dah


hijau 2 menawan...

Dibulan yang mulia lagi diberkati ni aku ingin mengucapkan kepada semua umat islam yang masih hidup di muka bumi ini SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK... Kurangkan Dosa Tingkatkan Pahala.. Amalan didahulukan Kebajikan diutamakan... pergh kalau dulu upsr aku boleh buat ayat cam ni kompom tingkatan 1 aku dah masuk matrik.. Sapa2 yang kata aku ucap lambat kompom dia posa 1 hari saja.. kehkehkeh..

Pesanan ikhlas suci lagi murni dari aku :
jangan makan nasik tengahari termasuk minum air
jangan korek hidung, telinga atau apa2 lubang(dibadan)
jangan pakai seksi2
jangan tengok orang seksi2
porn lagi la jangan tengok
jangan ngumpat
jangan masturbate
jangan bawak plastik hitam merata2
jangan membazir kat bazar
jangan dengki2 jiran beli quiksilver
jangan bunuh kucing
jangan isap rokok
jangan kedekut belanja aku berbuka......

p/s - doakan aku benti rokok...huhuhuh...

tergoda x?
Yang ni??

eleh tengok yang ni pon dah cari..kehkehekeh

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Bukan Hari Raya


Posa dah dekat... Posa lepas ganti ke blom??posa yg lepas2??posa yg lepas3??posa yang lagi lepas4???
Aggghh merapu2...

Sebenarnya aku cuma nak tanya... Kita sekarang ni nak masuk ramadhan ke Syawal?? Apsal Aku dok dengar lagu2 syawal je?? Aku salah dengar ke??

So Selamat menyambut ramadhan al mubarak... Bulan yang orang xperlukan suasana sejuk, selesa, nyaman dan damai untuk makan nasik tengahari... Renung2kan, selamat beramal dan selamat berkantoi sisa cili di celah gigi...

p/s = Neelofa ajak aku buka posa sama2.. Mesti korang xpercayakan.. Eleh jeles...

Rasanya baju raya taun ni aku nak kaler merah la..hmmmmm

Tuesday, July 26, 2011

Senyum... Tak Perlu Kata2


aku xpasti gambar ni da kena ngena ke x..kuku

Bertegur sapa 2 amalan mulia.. Senyum menyum pon satu sedekah.. Apatah lagi bila jumpa dengan kawan2 sendiri.. Tegur jangan xtegur... Nanti orang kata kita sombong sangap pulak... Xsusah, xpayah nak keluar duit, modal air liur dengan senyum biri2 saja kan...

Tapi macam mana pulak kalau..............................

Hari ni aku xkerja, cuti... Cuti best kan, boleh guling2 atas katil bawah katil tepi katil depan katil sepanjang hari... Tapi xkan asyik nak guling2 ja.. Cam dah xda tujuan hidup ja ke dah nak mampos... Jadi aku melilau dalam kampung, ambik angin segar sikit.. Asyik sedut tar ja, paru2 ni kalau rendam klorox pon belum tentu putih balik... err paru2 putih ke??..
Melilau guna motor petang2 memang best, sejuk2... Jadahnya melilau pukul 2petang sejuk...Gila ka pa..dem..dem... Dalam kampung kan, buat pa pakai helmet xnampak kampung la pakai helmet dalam kampung.. Ingat sini bandar ke.. Seluar pon pendek2 ja... Saja nak tanya bulu keting yang sengaja aku buat curl semalam... Mesti cute bila dihembus angin kan...
Sambil berjalan(moto bejalan guna roda dia yang memusing aku dok atas moto), selisih dengan membe la pulak... Member kan mesti la kena tegur, aku belum jadi artis lagi nak lupa diri pon... Dah nama member kan xkan nak tegur guna cara sekema plak, kena la ada anjakan paradikma sikit... Aku kasi kat dia senyuman yang paling iras2 dr Rozmey sekali, sampai bibir menendang2 telinga 2.. Mata aku kasi juling sikit, hidung kasi kembang lebiy sikit...

DEM!!

Beliau x memerasan kan diri ku ini... Menonong je berlalu tanpa kata... Aku cuba buat seperti biasa, tapi memandangkan beberapa orang mamat n minah yang ada kat kedai kopi dan busstand dok bergelak ketawa xda cover bila melihat diriku ini, Aku xpikir panjang aku u turn motor, tarik chok dan secara otomatik moto aku berubah menjadi optimus prime.. Terus aku suruh dia bunuh sekor2.. Baru puas hati aku...

Agghhhh.... Malu.. Malu...

Kacak kan Rozmey ni...muahx3x

Ben Ashaari : Jom Join Bloglist Blogger Baru

Klik                                                                                                                                                sana
kalu nak join


Meh kita berbloglist..

Perempuan Ni Gagah Sebenarnya

Perempuan.....

Dalam bahasa mudah pompuan.. Selalu di kaitkan dengan perkataan lemah, lembut, lembik, empuk, gebu, ah kejadah dah merapu... Hakikat yang sebenarnya perempuan ni xselemah yang disangka pon... perempuan, wanita atau gadis ni sebenarnya lebih kuat n gagah dari lelaki2 atau jantan2 dalam dunia ni.. Buktinya

1 ) Tiap2 bulan diorang kena lalui proses senggugut... Senggugut sakit kan??

2) Dalam seumur hidup akan merasai pengalaman mengeluarkan baby dari dalam perut..

3) Sentiasa bersedia ditikam bertalu2 setiap malam tanpa kematian...

Hebatkan.. Lu orang jantan2 sanggup??
Tahniah buat kaum perempuan, anda memang GAGAH!!!

p/s laki2 lembut jangan nak perasan....mohd asyraf ka baby-babi ke aku xrasa masuk senarai...


Amacam ada bran??

Monday, July 25, 2011

Siapa Kata Ex2 Tak Boleh Jadi Kawan2

Dah lama xupdate... Terasa dah xpopular cam Dr Rozmey dah... Semangat nak berblog makin pudar sekarang, mungkin sebab umur makin dia mamah usia.. Cam haram jadah je bunyi ayat 2.. Abaikan... Follower pon dah kurang sorang... Dulu ada 60juta sekarang tingal banyak 2 aja.. Malaz nak sebut, tengok la sendiri...

Post kali ni aku nak ajak ku orang berdiskusi sikit... Siapa kata "bekas2" xboleh kawan dengan "bekas2"... Siapa kata ya, korang tekan ctrl+f4 sekarang.. Kang baca lama2 kena migrain pulak...

Kapel yang bercinta bila putus ja terus jadi musuh... Watdeee la...Masa bercinta bukan main lagi.. Dunia ni lu orang yang punya sampai pasal KLCC pon boleh comolot.. Apsal xnak romen je kat situ lagi rare kan.. I leb U, U leb ME... I jump U jump la segala bagai.. Tapi bila dah putus geli geleman semua ada... Masa bercinta bau taik pon wangi.. Dah putus, belom sempat kentut ag dah muntah2 darah... Dah macam kena santau pulak contoh...

Maksudnya kat sini, kenapa mesti jadi macam 2.. Xsalahkan kalau berkawan... Dulu pernah kongsi segalanya masalah, duit, makanan, pensil, pen, kasut, benang, tisu tandas, rokok(rokok pon da kapel share ke?) macam2 lagi la... Bukan aku nak maksudkan bila dah putus kena share 2 semua lagi tapi xrasa cam haram ke bila terus jadi musuh cam, itu xkena, ini xkena, tengok muka rasa nak kembang idung ke rasa heaven je bila buat cam 2... Kena la jadi profesional... Bukan susah pon... Bukan suruh terjun bangunan ke buang bayi ke... suruh jadi kawan je... Tuhan mara tau kalau xbertegur sapa lebih 3 hari...

Tapi kalau yang memang sejak azali lagi asal break je musuh dan memang jenis xdapat nak ubah dah, bak kata pepatah hati hitam legam 2 xboleh buat apa2 la... Kalau jenis macam 2 jangan la pulak ngada2 nak cuba2 jadi kawan... Kang ada yang jahanam kang... Apa2 pon always think positif... kenangan yang xbes kita buang kenangan yang indah xsalah kita simpan ye dak??

Pesanan ikhlas member aku kepada aku, aku kena basuh xsalah aku basuh korang pulak kan.. Benda baek xelok simpan2 kena share... sharing is caring yaw... So 2 all my "EX", will u b my friend???
.
.
.
.
.
.
.
Hai la Neelo, bila la mu nak approve aku jadi balak mu..

Monday, July 4, 2011

My New Kepala



Amacam header baru den... berseni x?? kehkehkeh....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bila aku tengok gambar ni banyak2 kali baru aku pasan
seiras la ngan aku...kekeke
dah korang jangan banyak bunyik
bila lagi nak tolong kawan2 kan..kekeke

Friday, June 24, 2011

Kala Tengah Malam

Balik keja aku terus bantai tidor.. Adegan perbualan kosong kat tempat keja td memang menyebabkan aku penat mengalahkan indon korek jalan..
Jangan kata mandi,stokin pun xsempat nak buka.. Sempat jugak anak sedara aku perli boleh je aku tidor dibuai kebusukan, bau dah macam indon..dem.. Bijak budak2 sekarang tentang bau-bauan walaupun,pakai deodorant rembat aku punya..
 Hai napa la boleh terjaga kan dah susah nak tdor.. Tapi memang kena terjaga pun,kang sapa nak mesej2 dengan Mrs.zb,xkn nak suh neelofa mesej2 dengan dia,kang kantoi pulak aku skandal dengan neelofa..kehkehkeh..

 Agh tidor la wei,sok keje pagi ni.. Mau tetido masa selinap ayam besok ni kang..

 P/s-terima kasih sebab baca..

Rembat SINI

Thursday, June 23, 2011

Keselamatan Jalan Raya

Keselamatan Jalan Raya (tajuk bapak boring)

Korang tau x kebanyakkan mangsa kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motorsikal.. Xkesah la penunggang 2 sebuah mat rempit atau bukan tapi penunggang2 ni jugak la tetap kerap menjadi mangsa... Mencarut pa la yang aku tulis ni??ah sudah aku pun xpaham.. Xapa kita teruskan saja.. Sebagai penunggang motorsikal kita lah orang yang paling perlu berhati2, sebabnya kereta besar2 xperasan kita, diorang kan besar jadi diorang bodoh la sikit bab tengok benda2 halus cam kita si penunggang motorsikal ni... Bila berlaku kemalangan pulak secara otomatiknya kita kena label mat rempit.. Apa kejadah semuanya ni.. Kita bawak motor 20km/j pon orang langgar kita tetap mat rempit.. Haram jadah sungguh semuanya ni.. Dan haram jadah pa yang aku merepek cerita ni..
mat rempit rare

Yang sebenanya aku nak cerita, semalam aku pergi tengok cerita Green Lantern dengan kazen aku... cerita ni nak kata best, gempak gila babeng 2 xda la... Jauh sekali dari apa yang aku suspekkan.. Jalan cerita agak slow, lawan2 xda banyak, romen2 xda... Cuma ada la part comolot sikit yang xda sampai terbawa2 ke mimpi ngeri berair.. secara kesimpulannya boleh la tahan...
Masa dalam perjalanan balik dengan hati yang agak terkecewa, semangat untuk mengorat minah vietnam pon kian pudar.. Adalah lebih baik aku terus balik saja..
Masa tengah2 laju2 bawa moto tiba2 je datang seketul batu melayang hinggap terus ke dagu aku.. Korang tau x batu?? Batu kalau kena muka sakit tau.. sangat celaka sakitnya dalam bahasa inggeris... Nasib batu kecil kalau batu besar?? Boleh cedera parah tau x.. Mana datang batu ntah tengah2 highway... Penunggang motorsikal jugak yang kena, Mat rempit jugak ke kalau kena batu kat muka masa tengah bawa motor???

ni batu

Imagine la ni aku ngah bawa motor.. awek belakang 2 abaikan..
malas nak edit.. bayang2 sendiri la yek.. Kang aku letak pic maria ozawa korang bayang lain pulak...

Wednesday, June 22, 2011

Pagi Yang Busuk

Shif pagi ini memberi makna aku kena bangun pagi la... Sebenarnya best bila bangun pagi ni, masa kita kat dunia ni jadi lebih panjang sikit untuk tengok hal2 duniawi macam cerita2 pasal neelofa, kerja dan sebagainya... Tapi mata ni yang xnak nak membukakan dirinya, begitu jugak bantal n selimut yang dok tarik2 aku supaya jangan bangun.. Dem betul la kan mereka2 ni... Susah no aku bangun macam kerja pukul 6 je kan padahal 9... kehkeh salah mata aku bukan aku..

Bila dah bangun ngam2 je nak pukul 9 memang kalut la, mana ada sempat nak bersuriram2 atas katil 2 lagi cari nahas nama dia... Masuk bilik air gantung tuala, kumur malut, cpai berus gigi mata masih lagi sebelah saja yang mampu buka, sebelah lagi masih dibuai mimpi basah agaknya...2 pon 1/5 ja yang buka...

Aku capai ubat gigi brand colgate yang disahkan halal oleh jakim (tv yg cakap), memang xda masa la nak tengok betul2 ubat gigi 2 keluar tepat ke x kat berus gigi, g mampos la sama dia... Aku memulakan ayunan memberus dibahagian depan dahulu diikuti bahagian belakang... Tapi aku rasa memang xbes rasa colgate aku hari ni, xterasa harum kesegaran pudina 2.. Aku cuba amati betul2 bau dia termasuk juga rasanya, dah duduk dalam mulut kan rasa terus xsalah kan...

Akhirnya aku tau apa puncanya, xperlu aku berlari seratus meter, xperlu aku aku wat sit up, xperlu aku terjun dalam telaga untuk buat aku segar dipagi yang heaven 2... Bajingan punya cicak, xda tempat lain ke hang nak melabur, kenapa berus gigi aku... Akak aku punya berus gigi kan ada, berak sana la.. dem..dem... Wanngi gigi aku hari 2, putih melepak... Korang xnak try??

p/s - kenapa la hidup aku selalu diselubungi dengan taik??

Like Me PLEASEEEEE....

Post kat wall sendiri xda orang nak perasan...
Post kat wall orang lain pon orang ignore je..
Say hi kat IM pon xda orang nak buzz balik..
Hantar email kat fb orang lain xjugak ditekan2..
Create Event xda pon yang attending...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
So lepas ni pa lagi yang korang nak buat untuk suruh orang "LICK" pic korang????????

Permasalahan - best sangat ke masuk kontest like2 gambar ni??banyak juta ke hadiah dia??boley peymes ke bila menang??

Permasalahan lagi - Xrasa orang lain annoying ke bila tengok bukan main bekerja keras lagi korang...

P/s - Mintak kat kawan2 yang korang kenal udah ler...

Vote 4 me...come LICK my pic bebeh...oooyeeeahhh...
muka aku jadi cm ni lepas langgar meja tadi..kekeke

Monday, June 20, 2011

Entry Hari Daddy

Ramai orang  ucap Selamat Hari Bapa hari ni.. Kat bapak sendiri, kat bapak kawan2, kat bapak jiran2 dan kat kwan2 yang dh jadi bapak.. Aku bukan xnak ucap selamat kat bapak aku mahupon wat entry khas untuk beliau tapi tadi dia cakap kat aku
 
  "Xpayah la susah2 nak ucap r nak bagi hadiah segala bagai, cukup la hang selalu ingat kat abah dan banyak2     berdoa untuk abah"

Simple je kan.. Tapi maksud 2 yang penting... So untuk semua bapak2 kat luar aku boleh ucap je kat korang.. Selamat Hari Bapak.. Jadi la Bapak yang betul2 punyak "BAPAK" ok..

Gambar xda kena mengena..

Friday, June 17, 2011

Kenapa Kita Perlu Jadi Kaya


1. Peratusan untuk kita lambat mampos adalah tinggi sebab kita mampu menanggung segala kos perubatan..

2. Mampu mendapatkan makanan atau ubat-ubatan yang seratus peratus halal sebab benda2 halal sekarang sangat mahal..

3. Sentiasa di dampingi dengan rakan2, keluarga, orang yang xkenal atau sesiapa sahaja, xkesah la apa tujuan sebenar diorang..

4. Hari2 boleh makan salmon, kod, tuna, sirip ikan yu, tenggiling, rusa, tiram, gajah, burung kasawari, unta, kambing biri, apa2 lagi la janji yang mahal2..

5. Boleh on9 dimana2 sebab hp sentiasa canggih..

6. Bumbung rumah bocor, paip air pecah, television rosak, dinding belubang, itu bukan 1 masalah...

7. Nak pergi destinasi yang jauh cepat2 xda hal sebab kapal terbang banyak..

8. Keta rosak boleh beli baru..

9. Boleh guna ayat "Dont tell me how much, just give me the bill"...

10. Tiap2 tahun baju raya boleh tukar2..

11. Boleh mengorat Neelofa..

12. Boleh naik kapal dengan Paris Hilton..

13. Xpayah kena tag dengan gambar duit "log in fesbuk dapat duit" lagi

14. Xda masalah dengan PTPTN..

15. Boleh jadi macam Salleh Yaakob...

Yang lain nanti aku tambah la.. Kalau aku dah kaya.. kekekke..


Tuesday, June 14, 2011

Dilema Seorang Aku bergelar Suami

Sejak dua menjak ni, bini aku lain macam sikit dengan aku... Takut jugak akunak cerita tapi tu la kenyataannya... Aku berani ja nak bukak cerita ni dekat blog apa da hal dia bukan tau pon nak bukak2 blog ni... Buta IT la kata kan.. Padan la muka dia...

Fikiran aku pon jadi kurang tenang dengan sikap beliau yang bagi aku memang la amat melampau... Kalau takat tido asing2 ke, lari balik rumah mak dia ka, xnak makan ke, xnak shoping ke, xnak ehem2 ke aku xkesah sangat la.. Xda kesan pon dekat aku.. Tapi kali ni memang gila perangai dia.. Pada pengamatan aku memang jelas lagi nyata yang beliau cuba menghilangkan aku dari dunia ni dalam bahasa mudah dia nak BUNUH aku la.. Ada paham?? xpaham jugak korang tekan ctrl+f4 ja ok.. Nyusahkan aku nak expalain2 ni...

Betul aku xtipu, bukan sekali bukan 2x tapi dah berkali2 beliau cuba membiarkan aku dilanggar oleh kereta, lori, motor, beskal, pejalan kaki... Bila sampai ja dekat selekoh atau tempat lintas jalan beliau mesti buat2 pengsan atau tidor xsedar diri... Alhamdulillah la buat masa ni aku masih mampu menyelamatkan keadaan walau agak cuak bila nampak lori 8 tayar, bukan agak la memang cuak gila kot la... Kena lindih kalau bukan aku je tertanggal2 dia pon penyek jugak... Awat la dia xterpikir ke.. Atau dia cuba nak rancang mati bersama2 aku je.. Nak sehidup semati la kot... Apa pendapat korang.. Aku amat la memerlukan bantuan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hah ni la spesis bini aku, gamba beliau yang betul2 xboleh letak la, mahal 2... ekkeke
Sayang awak jangan la dok buat perangai mati2 lagi, bapak awak si Honda 2 dah buat anak baru dari
spesis awak, jadi jangan nak main2 lagi ye...
Err Mrs.ZB nak maen2 x??

p/s ekkekekekekekek

Bestnya Jadi Perempuan

1. Pompuan kalau jalan pegang2 sama2 pompuan xda sapa kesah, Laki kalau buat perangai jahanam macam 2 jugak memang kena ayat G.A.Y la...


2. Pompuan kalau suka shoping2 ni memang xda sapa nak kesah pon, laki kalau buat perangai jahanam macam 2 selalu kena ayat "gila brand la dia nih", "ala dia xda tangungan", etc

3. Pompuan kalau makeup/besiap lama2 itu memang lumrah,  laki kalau buat perangai jahanam macam 2 memang kena telan sumpah seranah la siap pakej kena tinggal lagi..


4. Pompuan kalau moody sebulan sekali ke seminggu ke semua orang paham,  laki kalau buat perangai jahanam macam 2 orang kata dia jenis banyak masalah, tau nak emo ja, xdapat game la semalam 2...

5. Pompuan kalau xlarat angkat barang, cepat letih itu memang xmendatangkan masalah,  laki kalau buat perangai jahanam macam 2 memang mintak penampo la jawab dia...

6. Pompuan kalau pakai seksi2, dedah sana sini terbeliak je mata yang memandang,  laki kalau buat perangai jahanam macam 2 memang boleh tengok orang muntah tepi jalan la...

cunnya neelofa..kekeke

7. Pompuan kalau berlagak sopan lembut itu memang perlu,  laki kalau buat perangai jahanam macam 2 mesti akan di tanya "Alahai nyah ni, nyah la kau dari sini"...

8. Pompuan kalau main laga2 pipi ada je respon, laki kalau buat perangai jahanam macam 2 belom sempat nak sentuh pipi dah kena sentuh penerajang..

9. Pompuan kalau bergosip, melayang2 tangan bercerita itu memang adat,  laki kalau buat perangai jahanam macam 2 memang buang tebiat bila orang tengok...

10. Pompuan kalau berpelukan kat tempat awam xda orang pon nak amik port, laki kalau buat perangai jahanam cam 2 kena sula bergilir2 la..

11. errrr... Apa lagi yek.. Ah entah la.. Malas dah nak pikir...

Sunday, June 12, 2011

Malang 2 Bau Taik

Cerita ni berlaku pada 5 ke 6 hari yang lepas... Sebab kesibukan dunia jadi xsempat la aku nak update...
Pukul 6 adalah waktu yang paling indah sebab waktu balik keja.. Tapi kalau aku keja pagi la, kalau keja petang jadahnya nak indah.. gila ka.. cukup ja masa, aku dah xnak pikir panjang, aku terus capai helmet tanpa mempedulikan perasaan member aku yang shif malam terkulai2 melihat aku melarikan moto sambil menerajang engko umtuk membolehkan motor aku hidup.. Sempat jugak aku jeling sambil bagi tumb up pada beliau menunjukkan "heaven" balik pukul 6...

Aku pon menderaskan lagi pusingan tayar motorku dengan harapan cepat sampai rumah, ntah apa yang ada kat rumah aku 2 pon aku xtau la sampai kalut sangat nak balik cepat2... nak kata ada bini, teruna lagi aku ni...
Tengah bes2 punya layan angin yang sepoi2 rasa macam dok terajang2 muka aku sampai herot helmet tiba2 PERKKKK(apsal bunyik cam haram je ni)... Cecair putih jernih melekat tepat dekat baju gua ler.. Asalnya tak perasan sebab jernih kan... Tapi bila pegang ada basah2... Sangkaan awalnya aku mengatakan hujan tapi jadahnya matahari punya terang boleh hujan pulak.. Oh mungkin hujan panas... Tapi ternyata dugaan dan tekaan aku meleset bila aku mencium baunya.. Dem hell punya bau... Ni mesti keja burung2 yang xda belajar ilmu hisab ni... Aku rasa ni mesti air kencing dia sebab jernih tapi bau tetap xseindah warnanya...

Memang burung 2 kalau aku jumpa aku semelih buat comfit la.. Xda tempat lain ka, kat jalan raya jugak dia nak buat keja... Tengah bes2 aku layan perasan makian aku ni tiba2 lagi PEREPIAKKKKK....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kali ni memang betul2 dia berak kat gua.. Memang kaler maler warna dia, xda jernih2 lagi dah.. Bau dia pun xpayah nak amik hidu otomatik terus chek in dalam hidung.. Ni la bak kata pepatah Sudah ddi kecing di taruk taik pulak.. Hai la nasib.. Xnak marah2 lagi kang dia cirit pulak kat aku.. Redha je la...

Alahai innocent nye muka hang.. Berak bau gampang gak.. 


p/s = burung tau kencing ke??

Saturday, June 11, 2011

BEN ASHAARI : JOM KENAL BLOG SAYA



Mula2 dah gambar jantan xbermakna gua gay k...keke.. Bro Ben, blogger mana yang xkenal, hampir semua blogger la yang kenal dia... Ni 1st time aku masuk segmen, xpenah2 lagi sebelum ni... Insyakallah dengan masuk segmen bro ben yang memang ben boom boom ni mungkin boley meningkatkan kebanjiran trafiq dalam blog aku dan di kenali di mata dunia... Matlamat mau tinggi, besa la angan2 kan..keke..


Blog aku ni baru lagi, entri pon ada dalam 60 lebih ja... umur blog aku pon xsampai setahun lagi... Konsep yang cuba aku buat dalam blog aku ni macam nama blog aku jugak.. Nasik Lemak Ikan Bilis... Macam2 resepi yang kita boleh dapat untuk buat nasik lemak dengan sambal bilis ni kan.. Macam cara2.. Macam 2 jugak blog aku yang aku cuba masukkan pelbagai cerita dari info berguna sampai la info jahanam... Jadi sudi2 la menjengah dan menfollow...


Siapa yang nak join lagi ikut perkataan kat bawah ni.. :


1. Letak HEADER BEN ASHAARI BLOG...
2. Tajuk : BEN ASHAARI : JOM KENAL BLOG SAYA
3. Tulis apa sahaja mengenai blog hampa... tiada had..  khas buat mereka yang akan masuk ke blog hampa.. Mintak senaraikan ke dalam blog list ke...
4. dh siap?? tinggalkan url blog korang beserta kata2 pemikat utk mereka masuk ke blog hampa semua..


Klik SINI kalau nak masuk campur