Thursday, April 28, 2011

Perancangan Masa Depan

 Duif nuffnang aku dah ada Rm 0.50.. Aku dah berblog dekat 5bulan..
Agak2 lagi 30 tahun cukup la kot aku nak buat belanja kawin...
Yeaaaaa... Xsabarnya tunggu lagi 30 tahun.. Boleh kawin...
kekekekekke...

Wednesday, April 27, 2011

Bila Idea Dah Tak Ada


Buntu betul kepala aku sekarang.. Xda langsung idea nak update blog.. Jenuh perah otak,apa pun xkeluar,yang dia tau lapar,nasik,lapar,nasik.. Perut pun makin buncit.. Rosak 16pax aku.. Cis betul la..

Bila tengok orang lain kejap2 update,kejap2 update sampai sehari bebelas2 post, aku pon heran kot celah mana diorang punya idea datang.. Yang aku ni pulak xlarat nak mencari dah, dalam laci, bawah tikar, celah kuku semua xda,mana dia sembunyi xtau la..

Tip yang aku dapat dari bloger lain ada kata,bila datang saja semangat nak berblog 2 terus ja pikir atau tengok benda sekeliling untuk dijadikan cerita tapi semangat berblog datang tiap kali aku tengah berperang dalam jamban,xkan tengok tiak nak cita pasal tiak kot.. Kena banned kang camna, dah la follower ada 90juta lebih..

Tapi cerita pasal xda idea ni boleh juga update kira ok la 2.. Xda la besawang blog aku kan..kehkehkeh.. Dah la 2 nak pergi kira semut kejap... Semalam kira xhabis...

"hai comel xsaya"
Asalnya memang aku ada idea..tapi bila tengok ja hantu keliru jantina ni terum kelam je rasa...
xjadi kira semut, nak pegi pukul pulak..

Sunday, April 24, 2011

Laman Rumah Aku Ada Zen Garden

Sejak aku exsiden tempoh hari,masa aku banyak dihabiskan dekat rumah ja.. Amat terasa kehilangan motor 2 akibat terbengkalai xdirepair2.. Macam patah kaki pun da.. Semuanya nak kena menumpang.. Nak naik kereta,macam penah da plak aku kereta selama ni.. Nak bekerja pun susah..

Disebabkan nak tunjuk yang aku ni anak yang baik, jadi aku pun selalula buat kerja rumah.. Perkara yang paling aku selalu buat ialah cakar sampah,daun2 berguguran kat halaman rumah aku ni.. Aktiviti ni sebenarnya agak mencabar, cuba korang pikir kalau rambut manusia sehari akan gugur 100 helai,macam mana pulak dengan pokok2.. Kalau pokok pun sama sehari 100 helai daun gugur, dekat situ pulak ada berapa batang pokok, korang congak pulak bapa lama xbecakar seminggu,sebulan fuh xsanggup aku nak kira..

Selain 2 aku ada jugak tanam2 pokok bunga, nak bebakti dengan tanah.. Tapi pakai pasu la.. Sekarang ni kerja2 gardener ni banyak digondol oleh golongan pria.. Baik untuk komersial atau sekadar mengisi masa lapang dirumah dikala ujung2 bulan.. Dah semua golongan ibu2 dan bakal ibu2 lebih cenderung pada pekerjaan atau perkara yang berkaitan dengan jari seperti kerani,fesbuk,setiausha,fesbuk,akauntan,fesbuk, dan sebagainya.. Kat sini aku selitkan sikit tip2 untuk tanam pokok bunga (kan aku dah cakap blog aku ni ada jugak entry beguna,xrugi..bekongsi ialah ambil berat) :

1. Guna tanah yang dilalui oleh lava gunung berapi, kalau rasa susah sangat nak dapat amik tanah kat tempat korang bakar sampah..
2. Letak cacing tanah dalam pasu, cacing akan melembutkan tanah dalam pasu 2..
3. Kalau boleh sebelum letak tanah korang letak la serpihan pasu yang dah pecah,kalau xda jangan pulak korang p pecahkan pasu2 pulak, bala semua 2 bala..
4. Cahaya matahari 2 kena secukup rasa baru la dia membesar dengan sihat..
5. Selalu siram air.. Korang tau kenapa pokok mati kalau xsiram air? Bila dia makan dia telekat macam korang mesti kena minum air kan.. Xpun dia tesedak pedas, sebab 2 la dia mati..

2 la antara tip2 dia.. Kalau korang nak lagi behasil korang bagi la pokok bunga 2 layan tv lagi bagus kalau ada astro pasang pulak af9.. Lagi bagus kalau korang tolog sign upkan fesbuk untuk dia..

Cantek kan.. Dalam poket aku da Rm50, dalam akaun aku rasa da dalam Rm12..
Yang sialnya xdapat keluarkan pulak...donia2..
agak2 cukup x nak renovate jadi macam ni??

Bila Bahasa Moden Merogol Lagu


Bila zaman makin moden, bukan teknologi n gaya hidup ja yang makin maju... Tapi, bahasa pon dah makin maju.. Makin Complicated macam belajar metafizik pulak aku tengok... Memang canggih.. Korang semua mesti penah tengok video anwar hadi kan, dia pon da cerita pasal benda ni yang dia panggil bahasa haram jadah... Eh2 bukan bahasa EWWW... Salah infomasi tadi, harap maaf.. 

Mai kita cuba guna bahasa yang moden ni kepada lagu... Korang pilih la sendiri lagu apa yang korang nak.. Aku pilih lagu Luahan Hati dari Kristal... Harap kumpulan Kristal x berhati kristal bila tengok aku sewenangnya menjahanam kan lagu dia.. harap maaf sekali lagi..sekadar gurauan...
(nyanyi ikut ejaan ok..jgn melawan)
Pertamew kli qu dgr suaramu
sayunyew atiku merindui drmu
w/pun belum kitew bersuew mukew
nmn aq ttp jth chintew

Pertamew kali ku bertemu denganmu
atiku terpaut melht shenyumanmu
aq mengharap engko menerimeku
kerna aq bersediew menyintaimu

Akn qu renang lautan yunk berapi
mmbuktikan kehebatannyew chintew ini
tetapi jikalew ko meninggalkan aq
terhiris ati ini
terguris jiwa ini
menanes ta berlagu

Bia pun ombak yunk merubah pantai
kashehku ta kan hancur berderai
bia pun ari bergnti ari
drmu ttp qu nnt

Sayunkku pimpinkn tgnku
menuju mahligai bahgiew
kitew bershamew nikmati kisah chintew
idup bagaikn d syurgew
Oh kasheh.....

Akn qu renang lautan yunk berapi
mmbuktikan kehebatannyew chintew ini
tetapi jikalew ko meninggalkan aq
terhiris ati ini
terguris jiwa ini
menanes ta berlagu

Bia pun ombak yunk merubah pantai
kashehku ta kan hancur berderai
bia pun ari bergnti ari
drmu ttp qu nnt
Sayunkku pimpinkn tgnku
menuju mahligai bahgiew
kitew bershamew nikmati kisah chintew
idup bagaikn d syurgew
Oh kasheh.....
..



__________________________________________________________________________________


2 Mrs ZB ni i bagi... Ingat nyanyi ikut ejaan.. pergi jahanam sama tempo..haha..guwau2..


qu akn menjagewmu
mangun dan tidowmu

di smua mimpi n nyatewmu

qu akn menjagewmu
tux idup n matiku
ta ingin, ta ingin ko rapuh

dik jgn engko
peg tinggalkan aq
ooh, dik ingin aq
chintew n chintew sll....



Hope u well soon... Dont against doctor... 

Friday, April 22, 2011

Cerita Hantu Yang Betul2

Malam ni malam jumaat.. Malam2 jumaat ni bukan saja sesuai untuk membiak, malam yang selalu orang dah kawin buat alasan nak tido awal atau pa2 saja tapi jugak sesuai untuk kita bercerita cerita2 yang da bau2 seram.. Entry kali ni betul aku nak cerita hantu,x kencing2 lagi dah.. Walau xberapa seram tapi kira ok la.. Kepada adik reen,baca jangan xbaca.. Pegi jahanam sama exam 2,dunia ja..kehkehkeh..


Cerita ni aku alami sendiri,bukan mimpi2 basah r banyak tengok dvd tau.. Aku selalu lepak kat rumah nenek aku,xkira malam r siang, mesti aku pegi punya.. Nenek aku pulak selalu bancuh kopi untuk aku,jadi xbest pulak kalau aku xpegi.. Nak dijadikan cerita, satu malam 2, aku datang macam biasa.. Masa aku parking motor bawah rumah,aku nampak kelibat macam pak ngah aku tengah mandi dekat bilik air.. Orang kampung, bilik air memang kat luar la,kalau bilik air kat dalam xindie la beb.. Bumbung memang xda,jadi bahagian kepala n muka 2 boleh nampak la.. Lampu pun xpayah.. Xrisau pun orang nak skodeng,gila gampang sapa nak skodeng pakngah aku mandi.. Bilik air 2 ada telaga n paip air, pak ngah aku pulak memang jenis yang suka mandi air telaga..memang heaven rasanya.. Masa 2 dalam pukul 9 lebih..

Aku pun terus je naik ke rumah, buat ja macam besa.. Pakngah aku mandi je pun, lain la Diana denielle mandi ke,mau jugak aku guling2 kat situ kan.. Sampai la jam pukul 10,aku heran awat pakngah aku xnaik2 lagi.. Kejadah apa mandi sampai sejam.. Mandi junuk pun xdanya lama macam ni.. Risau jugak la aku,mana tau jatuh dalam telaga ke.. Aku pun terus la sound sepupu aku anak pakngah aku awat ayah dia mandi lama sangat.. Dengan slamber dia jawab ayah dia dah balik rumah dia tikam batu sebelum maghrib lagi.. Ah sudah,bangsat mana yang nak main mandi2 pulak kat bilik air 2 malam2 cam ni.. Dengan bunyi air aku real dengar.. N aku perasan jugak dia tengok aku tadi.. Akhir sekali,segala macam jenis lagu nasyid aku nyanyi sepanjang nak balik rumah.. Aku bantai nyanyi kuat2,orang nak kata aku gila kata la asalkan jangan kantoi yang aku dah nak tekencing dalam seluar dah ni..

Thursday, April 21, 2011

Apalah Nasib Blog Aku Lepas Ni

Gambar gua rembat Google

Nasi Lemak dah xboleh jual dah dekat sekolah sebab takut budak sekolah makin debab n otak makin lembab... Ala dekat rumah ni dia bantai jugak... Petang2 pon sekarang banyak dah orang jual nasi lemak... Xkesah lah macam mana pon, mungkin ni salah satu rancangan kerajaan yang akan memberi hasil yang baik kemudian hari nanti... Cuma yang aku harap, jangan la kerajaan buat perangai gampang dengan buat larangan dekat blog aku ni pulak..

Kalau jadi jugak terpaksa la aku tukar nama blog aku ni... Nak letak nama apa aku pon xpasti lagi Nasik Lemak Tanpa Kolestrol, Nasik Lemak Tak Mau Lemak, Nasik Lemak Tarik, Nasik Lemak Ikat Tepi?? Xpon Nasik Putih saja.. Nampak sihat sikit... Korang ada idea best2?? Bak la kongsi... Kesian aku...

apalah nasib hidangan lazat lemak berkrim ni...

Wednesday, April 20, 2011

Cerita Kampung Aku Yang Menyeramkan


Korang suka cerita hantu r seram.. Mesti ramai yang suka cerita2 seram ni.. Kalau x,xkan banyak filem seram yang keluar sekarang kan.. Semua macam jenis cerita aku nak cerita dalam blog aku ni.. Nama pun Nasik Lemak Ikan Bilis kan.. Nasik lemak 2 resepi macam2 jenis kan macam2 cerita aku nak masuk,. Ikan bilis 2 boleh jadi goreng,boleh jadi sambal,boley jadi gulai n macam2 lagi la..

Ok untuk cerita seram aku neh, cerita ni betul2 jadi kat kampung.. Sapa yang belum tido lagi 2 moh la kita baca..

Cerita ni baru lagi la kat kampung aku, kira belom sejuk lagi la.. Dalam kampung aku ni ada seorang mamat yang agak tune lari sikit.. Lari pergi mana aku xtau la cuma yang aku tau dia jadi cam 2 mungkin sebab dulu belajar ilmu silap.. hobi dia memang jalan2 la.. Dia xkira cerah ke gelap ke janji nak jalan2 gak.. Nama dia aku rahsiakan bagi mengelakkan menguris mana2 pihak..
cer korang temgok bawah katil korang da pa..
mana la tau da lipas ke tikus ke katak ke han@# ke...

Pada satu hari 2, masa dia memang tengah best2 main lintas2 jalan, memang xdanya dia tengok kiri kanan tiba2 da datang sebijik(betul?) motosikal yang didrive oleh seorang pakcik yang memang xperasan kelibat mamat 2 yang memang dengan tidak sengajanya telah melanggar mamat 2... Malam kan, gelap lak 2.. Dah ala lampu jalan samar2 ja... Memang teruk dia masa 2.. Leher dia patah, kepala dia agak terkoyak banyak la... Terus dia di hantar ke hospital yang berdekatan (berdekatan la sangat)...

penah tangkap gambar cm ni??

Lepas pada kejadian tu, heboh satu kampung yang mamt 2 dah mati masa kat hospital... Dengar je cerita 2, semua navy yang turun kelaut tangkap ikan semua balik awal... Beberapa orang kampung pergi jumpa ketua kampung nak maklum kan benda ni sambil nak uruskan hal2 nk kebumikan mayat... Dalam perancangan nak tanam lepas asar... Lahang pon siap dikorek hanya menanti kepulangan mayat ja.. Tetiba ahli keluarga mamt 2 datang... Dia kata suka2 hati ja kata anak dia dah meninggal.. Koma je la...

Hah 2 la cerita dia.. Seram x?? hahah lu orang kena kencing dengan gua.. Padan muka lu orang.. kehkehkeh.. Tapi kesian tau kat undertaker 2.. buta2 nak kena tanam balik liang lahad 2.. Nasib xda yang dijadikan ganti..

eh2 pa kat tingkap 2...

Ok2 korang jangan la marah2.. Aku cerita la ni salah satu cerita seram yang ada kat kampung aku... Satu ja...
Ada sebijik rumah batu yang besar dia lebih kurang banglo setingkat, laman dia luas n da jugak perabot sikit tapi sewa dia cuma RM250 sahaja... Secara logik akal korang boleh pikir x???

Ah sudah aku pulak yang meremang ni, kejap lagi balik nak lalu depan rumah 2.. Padan muka aku pulak, buat perangai gampang buat entry cerita hantu malam2... Demm.. Nak balik ke xnak ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hai saya lah vampire.. saya xhisap darah, saya hisap telo je...keh3..
lucah ni lucah...
Lain kali aku cerita lain..

Sunday, April 17, 2011

Lukisan Rasulullah s.a.w

Entry kali ni adalah entry yg berguna.. Berlainan dengan entry2 yang lepas yang kebanyakannya berunsurkan jahanam.. Jangan baca kalau anda rasa anda xberguna..

Aku suka membaca tapi lebih pada bacaan yang da gambar dalam kata mudah komik.. Imaginasi aku xtinggi jadi sebab 2 aku suka tengok gambar,memudahkan otak aku.. Tapi aku tetap jugak baca kalau bacaan 2 bekaitan dengan info n isi dia agak enak untuk diimaginasikan..

Dulu bila aku boring meniaga tunggu customer xdatang2 n tarian ponco2 dalam rentak akustatik dah habis aku gayakan,aku mesti akan cari benda yang boleh di baca sampai kadang2 flyer jual telur pun aku baca.. Ada 1hari 2 aku rembat 1 buku dari rumah nenek aku,kira kazen aku punya kot.. Aku kelebek tengok ada tatu tulis 'Perpustakaan Belia'.. Tarikh hantar dah sebulan delay.. Ni mesti kes kad ilang atau baca xkhatam2 lagi.. Ah peduli pa aku janji masa boring aku niaga dapat diisi dengan benda bepaedah dari aku duk ngumpat mamat mazda 5 yang ketumbuhan kat telinga 2..

Buku ni bagus dia cerita pasal nabi2 n sahabat.. Layan jugak la, walau dia lebih berunsurkan teladan untuk kanak, orang tua2 pun boley baca sebab kebanyakannya pun gampang ngalahkan kanak2 rebina.. Aku baca,aku baca,aku baca tiba2 da 1gambar yang dia lukis sahabat Rasullullah s.a.w,umar r.a dengan ali r.a xsalah aku.. Aku cuba ingat balik,bukan sahabat nabi xboleh di lukis ka..konfius aku..besa la jahil beb.. Aku teruskan lagi bacaan sampai la da gambar katun Rasullullah s.a.w sendiri.. Kali ni aku yakin yang gambar Rasullullah memang kita xboleh lukis,sejahil2 aku xdala sampai bengap lagu 2.. Xda artwork yang layak untuk Rasulullah s.a.w sebab baginda terlalu hebat di kalangan manusia.. Puas aku belek2 nak pastikan betul ke 2 pa yg aku tgk..

Aku xbemaksud nak menjahanamkn syarikat 2 jadi aku xkan sebut nama syarikat n buku 2.. Cuma aku harap kalaulah penerbit,owner,penulis,pelukis r tukang edit ada terbaca entry berguna aku ni, 2 pun kalu diorang perasan kewujudan blog aku yang peymes tahap binatang xboley sebut ni la kan.. Tolong la betulkan balik.. Kalau boley kutip balik semua buku 2.. Tapi yang pastinya duit bagi balik.. Untuk buku yang ada kat aku 2 xpayah la korang susah2 nak p bayar kat perpustakaan 2.. Bayar ja kat aku.. Kan2.. Aku memang suka tolong2 orang ni..kehkehkeh..

P/s entry ni xda gambar..

P/s ni entry berguna kan2..

Thursday, April 14, 2011

Entry Kagum



Fairlady + Awek Superb + Angan2 = Fairy Tale.....


Wednesday, April 13, 2011

Kamen Rider Muncul Di Jepun

Selepas sebulan Jepun digoncangkan dengan gempa bumi 8.9 skala ritcher, dilanggar pulak dengan Tsunami 10m tinggi dia dan diselubungi dengan masalah radiasi akibat letupan loji2 nuklearnya rakyat jepun mula untuk bangkit semula dengan bantuan dari negara2 yang baik hati termasuk Malaysia...


Salah satu wira terkenal Jepun Kamen Rider 1 di dapati telah muncul untuk menyelamatkan para mangsa tsunami di Ishimoki, Wilayah Miyagi tempat asal atau kelahiran Kamen Rider... Ia amat mengejutkan dan amat mengembirakan kerana sememangnya wira betopeng ni bukan hanya wujud di dunia animasi sahaja... Oh Hidup Kamen Rider ( Berita Tipu)

Salah satu patung wira Kamen Rider 1 yang di bina di Ishimoki, Wilayah Miyagi tempat asal atau kelahiran Kamen Rider didapati masih terselamat dan berdiri kukuh walau telah dilanda dan ditenggelamkan oleh kejadian tsunami tempoh hari... patung itu juga dipercayai tidak lemas... Sekitar bandar musnah teruk akibat dari gempa dan tsunami namun kamen rider tersebut langsung tidak terjejas dan ia memberi semangat pada mangsa bencana untuk tidak berputus asa...(Ni berita betul2, bukan tipu2)


Dekat Malaysia Suria Baja Hitam la paling orang kenal bebanding kamen rider yang len..(fakta neh)


HENSHIN!!!!!!!!!!!!

Tabiat Remaja Melayu Bila Stress

Perkara biasa yang di lakukan oleh para remaja melayu bila dah tensen xkesah lah sebab exam ka,gf/bf ka,assgmnt kena reject ka,mak marah pasal xpotong rambut ka,kena pau ka,kena pkul ka atau pa saja benda xnikmat yang jadi adalah macam yang aku senarai kat bawah ni.. Kebanyakan la,mungkin da yang x macam aku senarai kat bawah ni..


1. Start motor,bawa motor laju2, sambil kepala tunduk dan berharap meter laju akan cecah 180km/j dengan menggunakn motor ex5 dream..

2. Hisap rokok, sedut dalam2 lepas 2 lepas.. Heaven..

3. Mesti akan sebut 'babi' banyak2 kali,walau dah tau xbaek sebut 'babi'..sikit2 'babi',sikit2 'babi'..babi punya perangai..

4. Kemaluan masing2 pun jadi mangsa sebutan..

5. Pantang ada member buat perangai bodoh sikit mula la nak ajak begomol padahal kaki pijak paku tekan pun dah belinang air mata..

6. Nyanyi kuat2 dan penuh perasaan tanpa pedulikan perasaan orang sekeliling..

7. Tumbuk,baling,hentak,terajang,siku,sepak,penampo,hentuk barang atau dinding atau pintu jadi permainan..yang pasti lepas 2 tangan 2 mesti kena urut balik pasal sakit,barang plak kena kutip balik..dem..

8. Makan banyak2..langsung xkasi orang lain peluang untuk bau sekali pn..

9. Solat(paling rare,dan selalunya time 2 ja,waktu lain qada ja)

10. Log in fesbuk..status update 'aggghhh..gua tensen gilew..mencik ar cm neyh..eeee..'




P/S - ni entry aku yang ke 50..tahniah untuk diri aku sendiri...

Monday, April 11, 2011

Kemalangan Extreme!!!

Kali ini aku nak cerita satu pengalaman ngeri yang maha dahsyat yang telah jadi kat aku… GUA ESIDEN beb… Hero esiden cerita rare ni, susah nak dapat korang tergamak x teruja… Harakah dengan permata nak temu duga aku nak buat jurnal pon aku xkasi tau…

Cerita dia mula macam ni… Masa hari ahad hari 2, aku ada ajak member sebelah rumah aku Piduih nama dia… Tapi dia ada pesan nama glemer dia Fird(entah betul ke x aku eja aku xpasti)… Sambung balik… Aku ajak si Fird ni teman aku p Econsave dekat Raja Uda, saja la boring p sorang2… kang ada awek ngorat susah pulak, dah ramai sangat awek ngorat kang orang lain kata aku artis pulak.. Xnak la cam 2.. . X baik…
Perjalanan mula 2 lancar la, trafiq light pon macam baik ja, asal lalu ja hijau… selalu bukan main kerek jeling pakai lampu merah ja… Bila dah dekat sangat nak sampai, agak2 dalam 3 batang eskrim pop versi cair kita sedut 1 shoot ja… Tiba2 baru aku teringat, porshe 2 tayar aku xtelan minyak lagi… Kang dah beli barang susah pulak nak isi, bukan ada bonet pon, bumbung pon baru dalam plan nak pasang… Bila barang banyak nanti susah nak control cute depan awek kaunter kat stesen minyak 2… Jadi aku ambil keputusan nak patah balik dulu tapau minyak siap2 kang senang sikit… Rancangan  nak control cute depan awek kaunter 2 pon rasanya dapat berjalan dengan lancar… Sambil2 2 juga aku dengan si Fird ada buat Back up plan gampang nak p terjah RR(orang penang,b’worth,S.P n dekat2 area ni tau la mana tempat ni, bagi yang xtau plak cuba la google search mana la tau ada, aku sendiri pon xpenah cuba lagi)…

Tengah dok melayan rancangan2 dalam kepala hotak ni tiba2 aku terperasan satu mamat cina keluar dari simpang stesen minyak… Dia bantai pulak lawan arah betul2 menghala kat aku… Aku dah nampak mamat 2, si Fird pon cuba2 sengetkan badan nak bagi motor kami ketepi sikit.. Tapi sampai limit dah xboley sebab kat sebelah ada kereta la plak... Yang aku hairan nya, mamat 2 xnampak aku ka. xcukup kacak lagi ka, boleh plak dia makin ketengah... Aku dah memang xboleh buat apa, tengok kanan kereta, tengok kiri divider, so aku amik langkah paling bijak dengan aku langgar ja mamat 2, alang2 kasi puas hati.., Sama2 kita jahanam... 

Kebaboom.. Ketangg.. Dush3... Erk... Tuinggg.... gempita la keadaan kat situ kejap, dah macam dalam filem aksi aku punya tergolek, dah macam nangka tamat tempoh tapi masih macho lagi gayanya,.. Perasaan cuak mula menyelubungi diri mengalahkan rasa sakit akibat ditindih si fird yang berat dia mau dekat 80kg agaknya... Belanggar kat Raja Uda beb, hentam cina plak 2... melayu mana yng xcuak... Lepas 2 mana datang entah 7,8 orang lagi cina,.. aku suspek member mamat yang aku dengan dia belanggar... Diorang xcakap banyak.. Tolong angkat member diorng pon x apatah lagi nak tolong picit bahu aku ngn tengah sengal2 2... Terus saja diorang rumble aku dengan fird... Sebab xtahan sangat kena belasah dengan sakit tergolek dok bedenyut lagi, aku melawan balik... Xda kasi peluang punya, sekor2 aku tendang rusuk kiri diaorang, menonong tegolek tahan sakit... Hati dah panas, semua aku sapu, tibai xda belas kasihan punya... Kiri kanan pon xsempat nak pusing... Aku rasa dah macam Sivaji Khan masa 2, pukul orang sampai melayang2 dibuatnya... Cirit diorang aku kerjakan... Motor mamat 2 aku patah kan dua terus... Nyusah kan orang ja... puas hati aku... Aku xnak cakap lebih2, nanti da yang kata aku riak pulak ye x... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yelah2 aku ngaku, aku kencing ja... lepas tergolek ja terus dah xboleh bangun dah... Lutut dah lembik.. Muka dok buat kesian mintak tolong orang datang dukung kan... Hilang macho gua sebagai hero cerita ni...
Apa2 pon aku besyukur sangat sebab xda pa2 yang teruk terjadi, patah2 pon xda, cuma luka ngn bengkak2 ja.. Kena belasah pon x.. Kalau x, xsempat rasanya aku nak buat entry ni.... kehkehkeh...

moto dia kerek ja bediri..kenapa moto aku yang kecundang...
kenapa??KENAPA???
mintak perlindungan la dri jadi macam ni...

Skrip Tambahan - aku rasa golekan aku masa jatuh 2 xsempat habis lagi, budak2 runner insurance dah sampai.. Terer  betul diorang... Ada belajar ilmu hilang2 ke apa aku xtau la...

Saturday, April 9, 2011

Entry Untuk Kamu

AMARAN KERAIH NAK MAMPOIH 
Entry kali ini berunsurkan tangkap leleh yang ditujukan khas pada seseorang yang berkenaan.. Sesiapa yang berjiwa ganas dan elergi pada entry yang rupa lebih kurang macam ni diharap tekan close ya.. Sebarang kemalangan yang berlaku selepas anda membaca entry ini adalah tidak akan ditanggung dan di ambil tahu oleh tuan blog.. Harap maklum..





Sebenarnya ni bukanlah entry yang saya buat untuk bercerita pon.. Cuma entry lirik lagu ja nak bagi.. Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain ost dari filem Hikayat Merong Mahawangsa.. Macam yang awak sendiri tau, xpenah pon saya minat si Anuar Zain 2.. Apatah lagi nak jerit2 kejar2 semata2 nak dapat otograf dia… Jauh sekali… Err Berong Mahawangsa pon rasanya belum sempat diterjah saya lagi.. Xpala tunggu  jalah keluar kat YouTube nanti kan.. Tapi yang pasti saya xbeli yang cetak rompak…

SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Nah keseluruhan lirik saya bagi untuk awak MRS. ZB.. Xda2 potong2 separuh, satu perenggan atau satu ayat pon… kehkehkeh…

P/s - sekali sekala nak jiwang.. muka ja legend ati still cute baru harmoni...kehkehkeh.. 

Tuesday, April 5, 2011

Misterinya Benda Ni...










Sekarang agak kecoh pasal lambang misteri alah ni kat internet... gambar last 2 hari2 kat tv da tunjuk... Apa benda sebenarnya ni?? bentuk macam radioaktif punya lambang... Mungkinkah ada kena mengena dengan letupan loji nuklear kat Jepun dulu... Adakah radiasi 2 dah mula sampai kat Malaysia?? Bentuk 2 jugak nampak macam 5 ekor kambing (bahagian kepala).. Adakah ini salah satu lagi dari rancangan FREEMASON??

MUNGKINKAH???? ADAKAH????

Macam2 andaian la yang boleh dibuat dan telah dibuat.. Itu hak individu.. Kalau nak kata 2 mungkin lambang Funfair yang baru nak bukak pon xpa... Asal boleh ja.. Kebenaran dia tetap masih misteri.. Sama2 la kita tunggu, kalau gamak malas sangat nak tunggu, p la cari sendiri benda alah pa la lambang 2...

Pada pandangan aku pulak mengikut dari tahap otak aku yang kurang bijak tapi bernas ni aku rasa itu mungkin amaran awal dari makhluk asing yang bercadang nak menyerang bumi... Mungkin dari jenis Predator, mungkin jugak dari Battle Of Los Angeles atau mungkin jugak datang dari planet Nebula 2.. Aku rasa kerajaan dunia patut menubuhkan 1 Guardian Paranormal Team yang bertanggungjawab mengatasi masalah ni dan seterusnya bertanggungjawab melawan semua makhluk asing tersebut... Ciptaan senjata canggih macam gundam 2 patut di kaji dengan lebih mendalam bagi menghadapi serangan makhluk2 asing 2 nanti.. Kita xtau mana la tau senjata diorang canggih keluar laser macam The Day After Tomorrow 2.. MIB pon patut ditubuhkan baru la ada gaya... Agak korang patut x kita mintak bantuan oltromen?? Amacam korang setuju x dengan aku.. patut ka aku usulkan benda ni dekat dunia.. penting ni... masa depan dunia ni... Sapa nak join?? Amacam da bran??
.
.
.
.
.
.

Soalan - Agak2 aku ni banyak terpengaruh filem dan kartun x??