Saturday, October 27, 2012

Cerita Teka Teki

Keadaan mamat blog aku ni yng makin berdebu membuatkan aku terpanggil untuk mengupdatekan beliau.. Bukan sengaja aku nk abaikan beliau apatah lagi untuk memberi belaian kasih sayang sebagai tuan punya blog tapi apakan daya kondisi laptop aku yang makin di mamah usia saban hari.. nak hantar kpj xmampu pulak rasanya, gua pon layan hospital gomen saja.. Jadi bukan beliau sahaja terabai, malahan laptop aku juga terabai sebab aku punya suka la nak repair ke tak..

cerita kali ni pasal anak sedara aku, aku xda anak lagi so xda cerita pasal anak aku lagi.. Aku secara xsengaja telah menjoinkan diri dengan dua orang anak sedara aku yang leka bermain permainan teka teki.. Sorang anak sedara aku Alif nama dia, form 1 tahun ni, dia ni bijak sikit dari anak-anak sedara aku yang lain buat masa ni.. Yang lagi sorang Amirul nama dia, bukan xpandai, cuma kurang sikit..

Anak sedara aku Alif ajukan satu soalan berbunyi begini dekat Amirul.. " Bapak Abu(watak dalam teka teki saja,xda kena mengena dengan anak sedara aku) ada 5 orang anak. Sorang nama Kassim, sorang nama Minah, sorang nama Lela dan sorang lagi nama Razak.. Lagi sorang anak dia nama apa??"

Tanpa perlu fikir dengan panjang mungkin buang masa agaknya amirul menjawab dengan penuh confidentnya "XTAU", ringkas, pada dan jitu jawapan beliau.. 

Sebagai bapa saudara yang bertanggungjawab, berdedikasi, kretif dan inovatif aku xbagi alif bagitau jawapan terus.. Aku dengan nada memaksa menyuruh amirul untuk berfikir juga jawapan dia.. dengan harapan benda ni boleh buat dia belajar untuk berfikir.. Murnikan niat gua?? Puas dia fikir dah nak sembelit aku tengok cara dia fikir xdapat juga jawapan.. kesian...

Alif dengan sukarelanya cuba untuk membantu dengan memberi contoh lain pada amirul.. "ok macam ni, abah hang ada tiga orang anak, sorang nama Shafikah, sorang nama Haziq.. Sapa lagi sorang anak abah hang?" soalan Alif.. 

"ooo, aku la anak abah aku lagi sorang".
"Sapa nama".
"Amirul la"
"hah pandai", Alif puji agak xberapa ikhlas aku tengok..

"ok sekali lagi, Bapak Abu ada 5 orang anak. Sorang nama Kassim, sorang nama Minah, sorang nama Lela dan sorang lagi nama Razak.. Lagi sorang anak dia nama apa??" Alif sambung soklan dia..
.
.
.
.
.
.
"AMIRUL", 

"!@#$%^%#%@$@$"


Salam Aidiladha 1433H

Semua warga kerja Blogger Nasik Lemak Ikan Bilis mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua reader dan seluruh umat manusia yang beragama islam....

Semoga segala pengorbanan kita hanyalah untuk jalan Allah dan amal iabadat kita sampai ke sisi NYA..Amin...

Tima kasih En google..

Labaik allahuma labaik, labaik la sharika laka labaik, innal hamda wann'imat laka wal mulk, la sharika lak