Wednesday, March 30, 2011

Macam Gampang...

gamba pinjam
*muzik "Dear God" dendangan Avenged Sevenfold jelas kedengaran dari Nokia 3310 full touchscreen Rare Edition dari dalam poket..

"1 mesej diterima"..

Sms dibuka...


"Ni ayah, gune fon police, tlong bagi kredit maxi$ 30 ringgit
ke nombo bru ayah 0128120151 ayah lagi ade masalah
kt balai police.ta payah call,kejap baru ayah call."

Sejak bila aku panggil Daddy aku "ayah"??
Sejak bila "ayah" aku pandai SMS, eja singkat2 lagi?? (ayah dh advance ya sekarang.. xcakap pon)
"ayah" aku terer gunE dan adE ka??
Eh2, "ayah" aku dok tengok Tv ni, bila masa dia p balai police.. Xcakap pon??
Aku ada "ayah" lagi 1 ka??

Musykil... Kena cari surat beranak balik la, nak tengok dia tulis aku da dua "ayah" ka satu "ayah ja...

P/S Cam GAMPANG tau x GAMPANG..


Wednesday, March 23, 2011

Bila Besar Nanti Nak Jadi............................

Ada 1 petang yang agak mendung hari 2.. Mendung acah2 ja xda hujan pun masa hari 2.. Membe merangkap jiran aku, dengan baik hatinya dah anjurkan pertandingan lumba lari peringkat sekolah rendah konon2 nak mengisi masa teluang budak2 ni sebab cuti sekolah daripada diorang menjalankan aktiviti berfaedah seperti mengeratkan silaturohim di pesbuk atau belajar matematik di poker..

Aku dengan 2,3 orang lagi membe pegang watak pom2 boy kat tepi padang.. Anak sedara aku pun da join jugak.. Lari pecut 3x dah xnk main pasal celah paha dia meleciaq.. Mana x nya,1 paha dia 2 paha aku.. Sambil2 lepak ada jugak aku tnya 3,4orang budak yang tunggu turn nak lari untuk next round apa cita2 diorang bila besar nanti.. Aku ada jugak bgtau dulu cita2 aku nak jadi walau hakikat dia masa kecik dulu aku xtau pun pa 2 peguam,keja dia wat pa lagi la haram aku nak tau.. Dah cikgu duk cakap selalu sangat, jadi aku bajet peguam 2 mesti bes, bes dia jugak mesti cita2 jadi suria baja hitam pun kalah.. Sebabnya cikgu xpenah pun sebut pasal suria baja hitam 2..
gambar pinjam

Balik pada soalan aku kat budak2 2, budak 1st yang aku tanya dia kta nak jadi askar.. Bila aku tanya nak jadi askar darat ke laut ke udara.. Dia xjawab tapi dia tanya aku balik 'asing2 ke?bukan askar smua sama ke?'.. Aku bajet budak ni dia lebih beminat pada skim sara muda untuk tentera banding niat suci nak jaga negara.. Perancangan awal 2 penting,bagus boley p jauh budak ni..

Budak no 2 pulak cakap dia nak jadi bomba.. Dah macam lebih kurang ja dengan budak yang pertama.. Sepupu kena la sehati sejiwa kata dia.. Alasan dia nak jadi bomba pasal baru2 ni, hutan belakang rumah dia tebakar, abang2 dia betukus lumus la padam kan balik kebakaran 2 dan dia pulak betukus lumus pergi main rounders kat padang dekat dengan rumah.. Gigih sungguh...

Sampai giliran budak yang last sekali, cita-cita dia simple ja.. Xda susah2 nak fikir..
"abang nak ganti tempat abah ja bawa lori.. Nanti abah dah tua xlarat kesian la kat abah"...............................

p/s- budak last 2 anak sedara aku, lepas ni aku xnak ajar dia lagi buat kerja sekolah tapi aku nak latih dia buat drift guna lori pulak.. Agar cerah masa depan dia nanti...

sapa kata jadi batman xbagus, sebelum jadi batman kena jadi kaya dulu..kira bagus la 2..

Sunday, March 20, 2011

Gempa Bumi Dan Tsunami Bagai Isi Dan Kuku

Entry aku sekarang banyak yang merapu dan carut2 je.. Jadi kali ni aku nak buat entry serius balik ok.. Jadi jangan bosan2 pulak...

Kejadian Tsunami yang telah berlaku di Sendai Jepun pada 11/03/2011 yang lepas masih lagi hangat diperkatakan tapi sikit sebanyak disejukkan dengan agenda baru Amerika dan sekutunya yang dengan niat baiknya menyerang Libya yang sememangnya kita tau negara 2 cukup kaya dengan minyak.. 

Aku bukan nak cerita pasal tsunami di Jepun atau counter strike kat Libya untuk post ni sebab korang pon mesti dah boring baca pasal tsunami kat jepun 2 kan.. Dah sampai muntah darah dok tengok video kt youtube 2..

Anda semua tau apa itu Tsunami?? Apa itu gempa bumi?? Pada yang tau tahniah, anda layak nak guna perkataan 2 bila2 masa dan di mana jua tapi pada yang xtau 2, belum layak lagi nak sebut suka2 hati.. Kena la cover2 line sikit.. 

Gempa Bumi adalah satu fenomena pergerakan permukaan bumi yang disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu..Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan rapi di dalam bumi yang selalunya berbentuk geseran tiba2 gatal nak keluar dan terlepas.. Gempa bumi di ukur dengan alat yang dipanggil SKALA RICHTER.. Gempa bumi Pon ada gred macam exam.. Gempa bumi di gredkan dari 1 sampai 9 dan unitnya Skala Ritcher jugak.. Untuk pengetahuan korang, gempa bumi berlaku setiap hari tapi sebab goncangannya atau seismologi yang perlahan jadi kita pon xterasa... Gempa bumi terbahagi kepada dua :
  1. Gempa Bumi Tektonik
  2. Gempa Gunung Berapi
Gempa bumi di Jepun dan Aceh adalah gempa yang terkuat sekali di abad ni iaitu 8.9 sekala rithcer..

Tsunami nama ni diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud Ombak Besar.. Bukan produk Ombak Besar kat iklan tv 2.. Tsunami terjadi disebabkan oleh gempa bumi dalam laut, letupan gunung berapi dalam laut, laut kena hentam dengan meteor dan tanah runtuh.. Tenaga setiap Tsunami adalah tetap, fungsi ketinggian dan kelajuannya.. Jadi bila dah dekat dengan pantai ombak 2 makin tinggi tapi kelajuan dia makin perlahan.. Megatsunami pula mampu menyebabkan sesuatu kepulauan itu pupus dari mata kasar.. Tsunami yang terbesar adalah pada 1946 di Alaska, Amerika Syarikat dengan ketinggian 35meter dan pada 1883 (tempat xpasti) juga dengan ketinggian 35meter..(cuba bayang tinggi mana air laut 2..mau meremang bulu roma bila pikir)..
Add caption

Malaysia merupakan negara yang sangat bertuah sebab tidak berada di kawasan tanah bumi yang aktif gempa buminya, kita juga xda gunung berapi yang aktif, laut kita jugak x terlalu dalam dan kita dikelilingi dengan negara lain yang menjadi perisai kita.. Jadi bersyukurlah sebab lahir kat Malaysia.. Sama2 la kita jaga Malaysia dan amalan kita sebab kuasa Dia xterbatas, xda yang mustahil untuk Dia.. Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta dan Maha Pemusnah lagi Maha Penyayang...

P/s Rahmat Allah melebihi murkaNya..

Follower Yang Hilang

Semalam aku buat entry pasal tabiat baru aku yang penuh mistik dan hari ni aku tengok follower blog aku dah kurang sorang.. Wah makin suspen ni..

Ataupun tabiat baru aku ni telah menyebabkan beberapa orang follower menjadi gentar mungkin dikuatiri blog aku di organize oleh orang yang dah xberapa normal.. Alamak aku pun dah mula ketaq lutut ni.. Xnak la buat entry panjang2.. Sampai sini dah la..
Ni aku bg ikon comel ajak korang follow ni.. dh la comel xgila lak 2...

P/s jangan la takut dengan aku wei.. Normal lagi la, still makan nasik guna tangan kanan tau.. Kuhkuhkuh..

Friday, March 18, 2011

Tabiat Baru Aku Yang Mistik..

Sejak akhir2 ni,aku dah da tabiat baru.. Aku xdapat nak klasifikasikan samada tabiat baru aku lebih cenderung pada gejala negatif atau positif.. Kalau tabiat macam cari gali najis hidung dan main kentut2 di khalayak ramai xperlu la aku hurai negatif ka positif kan..

Semenjak 2menjak ni aku kerap stress.. Mungkin disebabkan tekanan kerja atau speed arus kemodenan dah makin laju dari speed higway yang ditetapkn kerajaan.. Disebabkan selalu sangat stress,aku sekarang mula suka sembang sorang2 (cerita mula suspen dah ni..tatot2).. Pantang tempat line clear,xkra la tempat cam na pun,dalam bilik,atas moto,jamban pun tegolong mula la dia buat perangai..
Agggghhhhhhhh!!!

Topik perbincangan lebih menjurus pada aspek masalah.. Situasi dia macam aku meluahkan permasalahan aku kat someone yang aku rasa diri aku sendiri tapi yg secara realitinya beliau xwujud pun.. Beliau sebagai penyoal dan aku yang hero ni memegang watak sebagai penjawab..

Jujur aku cakap la,lepas sembang sorang terasa release gak sikit kepala yang beserabut ni.. 2 boley dikira tabiat ke penyakit 2? Kira normal ke x? Dah gila ke belom? Kena jumpa pakar x? Apa2 pun jangan biaqkan blog anda diselubungi misteri..
XNAK...XNAK...XNAK...

P/s buat masa sekarang ni aku dah xsembang sorang2 lagi sebab ada orang 2 marah la..kehkehkeh..

Sunday, March 13, 2011

Mari Bercerita Tentang Makanan Part II

Assalammualaikum..
pinjam kat google

Semalam aku dah janji nak buat entry yang ada kena mengena dengan makanan bagi nak sesuaikan dengan nama blog aku yg kalau ikut ic Nasik Lemak Ikan Bilis ni..

Apa yang aku nak cerita hari ni bukan la tentang resepi segala bagai atau menyelit petua2 di dapur tapi lebih pada pemahaman aku tentang makanan.. Pandangan orang ni berbeza tapi klu ada apa yang salah dan menyimpang dari landasan kemakanan 2,korang tegur2 la supaya aku dapat ejas balik setting pandangan aku ni..

Makanan ni dunia dia luas,makin maju dan moden dunia,makin luas la dunia makanan 2.. Kira sama la macam teknologi kan.. Pengetahuan tentang makanan,menu,cara penyediaan sentiasa bekembang..contohnya kari dari guna santan perah sampai la guna santan paket sampai la xguna santan langsng.. Kreativiti manusia tentang makanan makin hari makin bijak..

Ok sekarang tentang imej sesuatu makanan dan tempat.. Imej kat sini kira kandungan dan bentuk makanan termasuk jugak jenis makanan 2 la.. Dari sini kita dapat tau makanan 2 makanan dari mana.. Contoh kita xperlu lagi ambil jauh2 di Malaysia sudah, di utara memang feymes dengan kari/gulai, kira mana2 kedai makan mesti ada kari, kedai mamak jangan cakap atau lebih sinonim dengan nasi kandar,belambak dekat area utara,jangan cari la tempat yang xda kedai mamak.. Di selatan pulak, masak lemak dan asam pedas memang diorang la yang pegang.. Nasi kandar kalau buka memang agak susah la nak cari market.. Lain la kalau nasik kandar ada asam pedas tumis kan, itu aku xberani nak komen la.. Dari selatan ke utara tetap ada makanan yang sama,cuma yang membezakan cara penyediaan dan bahan2.. Contoh asam pedas tumis dan asam pedas rebus, kari biasa dan kari besambal..

Negara kita harmoni dengan pelbagai kaum jadi antara faedahnya kat sini adalah variasi makanan di Malaysia.. Seperti yang kita tau orang melayu sendiri makanannya bercirikan pedas dan bahan utama yang selalu di gunakan dalam kebanyakan makanan ialah cili padi,belacan dan rempah2.. Orang cina pula makanan mereka bercirikan sup atau berkuah samada pekat atau cair,bahan utama diorang pula bawang putih.. India sememangnya berempah.. Masyarakt Malaysia yang majmuk ni telah memeriahkan industri makanan di Malaysia, dan dari percampuran idea ni lahir berbagai2 idea makanan yang baru yang semua bangsa mampu sediakan..

Hah itu baru kita cerita makanan kat Malaysia, belum luar dari Malaysia lagi.. Arab dengan makanannya yang masam,itali dengan basilnya,france yang otai dalam makanan, jepun dengn konsep mentah itu lazatnya, indonesia,thai dan macam2 lagi.. Luas xluas dunia makanan ni.. Nak cerita semua memang boleh buat buku 250 halaman termasuk muka surat la jawab dia.. Boleh jual 2..

Sampai sini dulu lain kali aku mencarut lain.. Kalau da yang salah dalam pandangan aku ni.. Betul, betulkan la yek...

Mari Cerita Pasal Makanan

Ada 1 hari, peminat aku(yg ni aku tipu,sebenarnya membe ja,kena buat kurungan nnt dia baca dia touchng 1 hal pulak nak buat entry apologize untuk dia) ada meluahkn perasaan xpuas hatinya kat aku dengan mengatakan blog aku ni nama ja berunsurkan makanan tapi jangan kata entry, widget pun xda yang bekenaan makanan.. Marah betul beliau pada blog ambo..

Ok untuk merealisasikan dan menghormati ngomelan beliau maka aku buat entry pasal makanan.. Ok mulakan dengan lafaz bismilah..
.
.
.
.
.
.
.
Tapi aku rasa lebih afdal aku mulakan besok la,arini dah lewat,xelok cerita pasal makan malam2 ni..petua orang dulu2,dulu lama lagi tok korang pun belom beranak lagi.. Ok guys besok ye..

P/s lik besok gua buat la yek,lu jangan duk melalak2 lagi lepas ni,gua ongbak idung lu nant k..

Monday, March 7, 2011

Mashie Maro Dan Pizza

Assalammualaikum dan Selamat malam semua..
Post aku kali ni aku ciptakan khas sebagai kredit untuk member aku Mashitah @ MashieMarO atas kejayaan beliau menunaikan janjinya untuk membelanja aku,syamil comel,apiz bunot,shuhada shikaro,syazana dan nazirah makan PIZZA..

Big2 thanks 2 u mashie,memang kenyang,memang happening...Cuma awat xda coklat volcano?guwau2..
Walau kami betiga yang sebagai jejaka idaman ni kena tunggu agak lama terutama apiz yang sanggup delay flight p Uganda dan shamil yang tepaksa dengan relanya meninggalkan majlis tertinggi volkwagen beliau tapi berbaloi baloi jugak..(atleast dapat jugak ushar2 awek2 kat sana)

Mintak maaf jugak pasal kami betiga habiskan garlic bread xda simpan2 atau selit2 dan hampa cuma sempat bau saja..(aku rembat dua ja,shamil pun dua yang len smua hafiz kisar,sampai sup2 dia keringkan),.Semangat yg harus diberi pujian adalah semangat hafiz yang sanggup xjamah sarapan air tangan mama dia semata2 nak menikmati air tangan awek2 pizza hut(hang xtau apiz, nepal yang masak kat belakang 2).. Xrugi bawa hafiz sebab memang xda pembaziran terjadi..

Gambar2 jangan lupa upload yer,tag jangan miss xsabar nak like ni..
Pesanan untuk wan bond,sowi la wan xsengaja tinggal hang apiz nak masuk p umah hang xboleh ada kenduri katanya..xpa lain kali suruh mashie belanja hang lain..xpa kami bagi chance hang dengn dia saja ok..jangan sedih2 k wan..
Kenangan Bersama Pizza Hut
Pizza nama aku xtau sebab bukan aku order
Aloo sweetnyewww
Apiz Bunot yang rare
Shamil Ozair Yang Comey Berbadan Raksasa
Posing manja gituww
Yang ni xleh kutuk nanti makan pizza xberkat
No komen

Ok sampai sini saja.. Thanks sangat2 mashiemaro..
Terima kasih daun keladi,
lepas ni belanja kfc plak ye..

P/s gambar dah upload dah..kehkehkeh