create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, March 20, 2011

Gempa Bumi Dan Tsunami Bagai Isi Dan Kuku

Entry aku sekarang banyak yang merapu dan carut2 je.. Jadi kali ni aku nak buat entry serius balik ok.. Jadi jangan bosan2 pulak...

Kejadian Tsunami yang telah berlaku di Sendai Jepun pada 11/03/2011 yang lepas masih lagi hangat diperkatakan tapi sikit sebanyak disejukkan dengan agenda baru Amerika dan sekutunya yang dengan niat baiknya menyerang Libya yang sememangnya kita tau negara 2 cukup kaya dengan minyak.. 

Aku bukan nak cerita pasal tsunami di Jepun atau counter strike kat Libya untuk post ni sebab korang pon mesti dah boring baca pasal tsunami kat jepun 2 kan.. Dah sampai muntah darah dok tengok video kt youtube 2..

Anda semua tau apa itu Tsunami?? Apa itu gempa bumi?? Pada yang tau tahniah, anda layak nak guna perkataan 2 bila2 masa dan di mana jua tapi pada yang xtau 2, belum layak lagi nak sebut suka2 hati.. Kena la cover2 line sikit.. 

Gempa Bumi adalah satu fenomena pergerakan permukaan bumi yang disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu..Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan rapi di dalam bumi yang selalunya berbentuk geseran tiba2 gatal nak keluar dan terlepas.. Gempa bumi di ukur dengan alat yang dipanggil SKALA RICHTER.. Gempa bumi Pon ada gred macam exam.. Gempa bumi di gredkan dari 1 sampai 9 dan unitnya Skala Ritcher jugak.. Untuk pengetahuan korang, gempa bumi berlaku setiap hari tapi sebab goncangannya atau seismologi yang perlahan jadi kita pon xterasa... Gempa bumi terbahagi kepada dua :
  1. Gempa Bumi Tektonik
  2. Gempa Gunung Berapi
Gempa bumi di Jepun dan Aceh adalah gempa yang terkuat sekali di abad ni iaitu 8.9 sekala rithcer..

Tsunami nama ni diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud Ombak Besar.. Bukan produk Ombak Besar kat iklan tv 2.. Tsunami terjadi disebabkan oleh gempa bumi dalam laut, letupan gunung berapi dalam laut, laut kena hentam dengan meteor dan tanah runtuh.. Tenaga setiap Tsunami adalah tetap, fungsi ketinggian dan kelajuannya.. Jadi bila dah dekat dengan pantai ombak 2 makin tinggi tapi kelajuan dia makin perlahan.. Megatsunami pula mampu menyebabkan sesuatu kepulauan itu pupus dari mata kasar.. Tsunami yang terbesar adalah pada 1946 di Alaska, Amerika Syarikat dengan ketinggian 35meter dan pada 1883 (tempat xpasti) juga dengan ketinggian 35meter..(cuba bayang tinggi mana air laut 2..mau meremang bulu roma bila pikir)..
Add caption

Malaysia merupakan negara yang sangat bertuah sebab tidak berada di kawasan tanah bumi yang aktif gempa buminya, kita juga xda gunung berapi yang aktif, laut kita jugak x terlalu dalam dan kita dikelilingi dengan negara lain yang menjadi perisai kita.. Jadi bersyukurlah sebab lahir kat Malaysia.. Sama2 la kita jaga Malaysia dan amalan kita sebab kuasa Dia xterbatas, xda yang mustahil untuk Dia.. Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta dan Maha Pemusnah lagi Maha Penyayang...

P/s Rahmat Allah melebihi murkaNya..

2 comments:

  1. alhamdulilah ..
    ad jugak ilmu aku dapat kt blog ang ni...hehehe
    syabas kawan ..yeahhhhhhhhhhh:)

    motif : aku lama xupdate blog..huwaaaa..
    xtau nk tulis ap..bz gan keja..hurmmm

    ReplyDelete
  2. la ni hg nk ckp blog aku ni xbgna la yek..haha..motip!!
    Wt ja cita psl hg pny keja..kehkehkeh.

    ReplyDelete