Sunday, February 27, 2011

Kedai Runcit Dan Peruncit

Assalammualaikum

Kali ini aku nak cerita sikit perangai atau sikap atau tabiat para peruncit yang sangat best sehingga menyebabkan kadar metabolisma badan untuk menggerakkan kaki ke arah beliau(peruncit).. Korang mesti pernah alamai secara langsung atau tidak langsung, secara sedar atau tak sedar...

Apa 2 peruncit?? Peruncit didifinisikan sebagai orang yang jual barangan runcit la.. Kenapa korang pergi kedai runcit?? Mestila untuk membeli barangan runcit.. (adek2 yang yang masih besekolah jangan jawab soalan exam cam ni, kecewa cikgu kang)

ni hiasan ja..jangan kata aku dok cita pasal kedai ni lak..kang kena saman aku..
diulangi sebagai HIASAN

Panjang intro.. Ok mari pendekkan.. Kat bawah ni aku senaraikan sikit perangai2 best yang ada pada segelintir peruncit..


  1. Korang beli sabun fab dengan harga Rm 5.00.. Korang cakap cam mahal ja, lepas 2 dia akan jawab untung Rm 0.50 ja dik.. Padahal dia rembat beli kat Mydin sedozen Rm 5.00.. cuba cakap terus terang ja cam ni "jual murah2 bila nak kaya"..
  2. Layan pelanggan secara sambil lewa hanya sebab pelanggan 2 cuma datang beli eskrem pop sebatang ja..
  3. ikan atau sayur yang disimpan di dalam peti sejuk selama bekurun bila dikeluarkan, rilek ja dia kata FRESH!!!
  4. Menjual rokok batang kat budak bawah umor walau poster "dilarang jual tembakau pada bawah umor" dah sama besar dengan tuan kedai 2.. 
  5. Suka kira duit baki lambat2, tapi bila kita lambat2 keluarkan duit pandai lak suruh cepat..
  6. Xreti nak senyum, bengis je selalu.. Konon ganas la bagi orang takut nak hutang2..
  7. Yang jenis suh korang cari barang sendiri memang ramai la..
  8. Yang ni paling ganas.. Contoh korang mintak nyok parut.. tengah2 dia parut nyok 2 guna mesin tiba2 dia lari pergi tengok tv cita tamil yang masa 2 time klimak.. Har J punya perangai..

Saturday, February 26, 2011

Aku Pon Nak Join Faceblog

Assalammualaikum

Sekarang aku dah join FACEBLOG.. Pink pon pink la..ada aku kesah.. kaler pink ni bila tengok lama2 cute la jugak kan..hmmmm....

Tapi nasib baik sekarang dia dah buat Banner dia macam2 kaler.. Kalau x, xdapat aku bayangkan blog aku ada kaler yang cute 2 nanti.. Hilang macho.. Tahniah untuk FaceBlog kerana memahami ..

Semoga Faceblog dapat bersaing dengan Facebook yang sedia ada sekarang dan mampu menjadi jutawan seperti Mark Zuckerberg(eja ni betul x)..


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Sapa2 yang terasa berminat nak join Faceblog boleh klik SINI..

Thursday, February 24, 2011

Pekerjaan Yang Dah Tak Ada

Pergh... Dah berabuk aku punya blog ni xdiselenggara... Rumah mamat labah2 pun dah banyak no aku tengok.. Shuhhh2... P main jauh2, walau aku ni da kuasa sakti boleh hilang2 tapi aku belum tefikir nak jadi Spiderman lagi... 

Entry kali ni aku nak cerita pasal pekerjaan yang dah boleh dikatakan pupus di muka bumi yang fana ni di atas beberapa sebab yang mistik dan elegant yang sememangnya sengaja tidak dielakkan oleh badan2 yang terlibat.. 
hiasan dalaman

1) Jurukira Jumlah Populasi Semut Di Dunia
Pekerjaan ni terpaksa di mansuhkan disebabkan pengira tidak lagi mampu memberi nombor pada bilangan semut yang ada.. Dah pecah otak memikirkan sehingga Parkinson otak beliau.. Itu baru satu jenis, cuba korang kira pulak berapa banyak jenis semut yang ada.. (hakikat yang sebenar adalah disebabkan gaji yang ciput, dah la kena travel satu dunia, elaun pon xda, nak kawin pon susah)

2) Tukang Mop Jalan Raya
Pekerjaan ni dimansuhkan setelah para pekerja papan tanda "Caution Wet Road" tidak mendapat persetujuan.. disebabkan jalan yang licin bersabun jugak telah menyebabkan kegelinciran para motoir dan kereta di jalan raya.. Disebabkan sering dijadikan mangsa punca kesalahan maka tiada siapa yang mahu bekerja lagi.. Faktor insuran xcover juga antara penyebab..

3) Penternak Nyamuk
Pada asalnya nyamuk dibela dan dilindungi kerana ianya merupakan serangga yang terancam.. ini kerana dahulunya drakula telah menguasai sumber makanan mereka yang berbentuk darah.. Namun setelah sekian lama, nyamuk yang semakin berevolusi dan semakin power apabila mereka mampu mengakibatkan manusia dan haiwan sakit sehingga maut sehinggakan para peternak sendiri maut di mulut mereka (ibarat anak haruan makan bapak haruan) maka kerjaya ini telah pupus seadanya..

4) Penjaga Tol Udara
Ini dikhaskan pada kapal terbang, helicopter, jet dan burung tidak termasuk.. disebabkan kegagalan para pemandu berhenti dan membayar tol maka telah mendatangkan kerugian pada syarikat yang terbabit.. Justeru itu, gulung tikar adalah langkah yang terbaik.. Sehingga sekarang ruang udara adalah kawasan bebas tol..

5) Tukang Sambung Ekor Beruang 
Pekerjaan ni wujud dari zaman Allahyarham P.Ramlee lagi.. Disebabkan bukan sahaja ekor2 beruang gagal disambung malahan tangan, kaki, kepala para pekerja juga telah gagal disambung setelah 'dicabut' oleh beruang yang berkenaan maka tiada yang berani lagi bekerja.. 

Aku dah penat jadi 2 la dulu antara perkerjaan yang telah pupus di dunia.. Lain kali aku cerita lain.. Rujukan boleh korang buat kat buku The List Of Extinct Job yang aku rasa dah pupus jugak.. 

Chow..

p/s sekarang ni banyak betul aku dok mengarut.. dah ting tong agaknya....

Thursday, February 17, 2011

Aku Pun Melayu Jugak..

'kau tau si senah 2, anak dia mengandung dah 2bulan.. Kau tau sapa punya kerja? Laki baru dia 2 la.. Ala yang sampai sekarang xreti nak kerja 2'

'alah jamal 2, dapat kerja dekat syarikat besar 2 sebab pakcik dia orang kuat dalam syarikat 2, kau tengok la,dapat pulak jadi manager.. Kelulusan belum tentu ada lagi, jangan2 spm saja'

'what? Kerja kilang? Aku graduan Al Azhar ok'

'nak nasihat aku konon, diri sendiri xnak jaga'

'ala buat ala kadar ja la.. Janji siap, duit dah dapat kan'

'malaznya nak pergi kerja harini,besok,lusa,mingu depan,bulan depan'

'hari ni aku jual nasik ayam aku rm3.50,dapat untung bersih sehari rm1000, besok aku nak jual rm4.00, mana tau untung dapat sejuta pulak'

'gua beli motor ni untuk rempit bukan untuk pergi kedai belikan cencalok untuk lu, selagi gua bjiwa rempit sejati jangan harap lu dapat makan cencalok'

'isk da gerai jual kopok lekor baru buka la..rosak la bisnes biskut merie aku pasni.. Xpa malam kang siap kau, aku santau kaw2'

Dialog2 kat atas ni la antara dialog yg kerap digunakan oleh bangsa MELAYU.. Kaum bumiputera d Malaysia.. Kesemuanya negatif!! Dialog2 cam ni dah cukup mempamerkan sikap orang melayu yg suka jaga tepi kain orang,dengki,tamak,salah sangka,fitnah,pemikiran cetek dan banyak lagi sampai malu nak cakap.. Xpenah rasa cukup dengan apa yang ada.. Kesimpulannya mudah 'macam 2 la melayu'..

P/s errr yang becakap ni bukan MELAYU gak ke?

P/s kedua - saya MELAYU, saya ISLAM, saya Ok..

jejaka melayu yang memakai baju melayu..
gambar ni rare k bukan cilok bangsa google punya...

Tuesday, February 15, 2011

Letter For Mrs.ZB

Dear Mrs. ZB,

The reason i wrote this letter because i dont know how 2 speak with u.. And when i wrote this letter i also dont know what and how i want 2 write.. err 1stly IM SORRY.. very2 sorry ok..

Never think to make u hurt but all the thing happen is undercontrol ok.. im not try 2 keep some secret with u and  if i think like that why must i told u that im @#%& kan.. Its just all about time.. I need 2 be brave enough 2 tell u about that.. Im sorry again because i know u realy2 angry with me.. Im sorry " from my last hair 2 my last leg" ok..

Hope u read this letter and forgive me before 24hours.. its because for me when i make u feel touched with everything that i have done 2 u, it make me feel 1 minute like 1 month.. so let we calculate

1 minute = 1 month
1 hour = 60 minutes
60 minutes = 60 months
60 minutes x 24 hours = 1440 minutes
1440 minutes = 1440 months
1440 month = 120 years

wahhh... so long, maybe i will die first..

That all what i want 2 say for u.. Hope u understand and  will forgive me..

jiwang x saya??

with sincerely,
Mr.NS

P/s korang yang baca jangan gelak2 tengok english aku yg broken..aku serius ni...

Sunday, February 13, 2011

Yea!! Yea!! Valentine's Day

Tokey kedai coklat dan bunga selalu penat jari kira untung time Valentine day..

Yeayea,. Esok hari kekasih.. Nama glemer sikit Valentine Day.. Mari menyanyi besama saya..
Selamat valentine day,
hari untuk kita becinta2,
selamat kami ucapkan,
genap 9 bulan kita jadi papa dan mama..

Siapa penah sambut valentine day? Pada yang penah.. Tahniah, 2 menandakan anda penah jadi jahil.. Cukup melompat2 kegembiraan 2 ok, mari sambung baca lagi..

Kenapa korang sambut valentine day?
Oh tanda cinta korang kat pasangan korang.. So sweet..
Ok mulai sekarang berenti2 la ok buat amalan 2.. Lagi sweet kalau korang xsambut, kalau sangap jugak nak sambut hari2 kasih sayang ni, sambut la hari bapa ka, hari mak ka, anyversari kawen ka..

Valentine day ni budaya barat, da maksud2 dan sejarah sendiri kenapa diorang sambut.. Antaranya untuk dewa2,untuk paderi,untuk kemenangan keatas orang islam etc.. Jadi apa pulak tujuan korang sambut? Kita orang islam ada dewa ka? Kita ada paderi ka? Aku rasa xda atau mungkin aku yang xupdate tentang islam kita.. Sudah2 la sifat nak 'pandang ke barat' 2.. Dah banyak sangat kot budaya diorang yg kita ikut.. Dari pakaian, cara hidup dan macam2 lagi.. Xkan sampai raya diorang pun kita nak sambut.. Diorang xda pun sambut Maulud Nabi, Awal Muharam 2 semua.. Kita saja yang sebok2 nak ikut diorang 2.. Setan nirojim 2 siap nari poncho2 lagi bila kita sambut..

Jadi nasihat aku, kita sebagai muslim adalah tidak bijak kalau kita sambut 2 semua.. Hentikan la zaman jahiliah kita ok.. Xrugi pun.. Lagi afdal kita sambut maulidur rasul 15.2 ni.. Banyak2 la selawat kat nabi junjungan kita.. Tolong la ok.. Tolong sangat2..

P/S Ingat jangan da niat nak produktiviti esok yer.. Aku siku rusuk 2..

Saturday, February 12, 2011

Berita Terkini (TVBLOG)

12 FEBUARI 2011,SUSUR KELUAR HIGWAY SG 2, satu kejadian ngeri telah berlaku disini,dimana berlakunya pelanggaran diantara sebuah motosikal cup bulat dengan sebuah lori 1tan.. Kejadian tersebut telah mengakibatkan penungang motosikal tersebut meninggal dunia..

Mangsa yg dikenali sebagai Abu Bakar,yg umurnya dirahsiakan begitu juga plat nombor kenderaan yang terlibat telah berjaya dikaburkan oleh pihak polis.. Ianya dikatakan bertujuan untuk mengelakkan sebarang gejala negatif seperti ngangkung dari terjadi.. Latar belakang mangsa juga masih disiasat oleh pihak polis dan agen insuran..

Mangsa dikatakan datang dari arah sungai puyu dengan kelajuan higway kira2 75km/j 'kot' cuba mengelak dari sebuah lori yang dipercayai masuk dari susur jalan.. Namun cubaan mangsa gagal maka berlanggar lah.. Kejadian tersebut telah berjaya menarik perhatian orang awam ibarat anna raffali datang bertemu peminat..

Fakta-mayat mangsa ditutup dengan payung bagi berlindung dari cuaca panas..
Fakta lg-mangsa mati di tempat kejadian..
Fakta lg2-tiada sebarang gambar disertakan sebab hp aku xda kamera..
Fakta last-berita ni belum keluar metro,b.harian,kosmo,sinar,star,NST mahupun harakah lagi,.

P/s ikhlas: pandu cermat..
P/s ikhlas 2: sekelip mata ja Dia boleh ambil nyawa kita.. So do u think u are rock babeh..
P/s ikhlas 3: Al Fatihah untuk mangsa..

Monday, February 7, 2011

Kau Memang Hensem Aku Tak Tipu!!!

Tengah aku best2 mengira bilangan manusia yang bergerak menggunakan kenderaan di hadapan gerai aku sambil2 mata melirik manja pada awek2 taman dan kolej komuniti xterlepas juga otak yang sedang ligat bekerja memikirkan idea2 yg mampu mengembangkan perniagaan aku di peringkat antarabangsa,tiba2 secara tidak sengaja terpandang aku pada sebuah mazda 5 kaler putih plat nombor g mampos sama dia,sedang memparking baek di penjuru jalan tanpa gusar mpsp datang menyelit note cinta meminta belaian kasih sayang berbentuk wang ringgit.. Siap parking,mazda 5 tersebut dengan segera memuntahkan seorang mamat.. 


Segak!!! ungkapan ringkas dapat digambarkan kepada mamat tersebut... Dari raut wajah yang putih melepak, usah di cari jerawat walau sebutir.. ketinggian yang cukup bagi seorang lelaki, dengan rambut yang ala2 ronaldo pemain Real Madrid.. Oh ya xlupa juga susuk tubuh yang sasa.. Cukup untuk mencairkan hati2 awek taman dan kolej komuniti yang memandang, sedangkan aku sendiri bila melihat terbit niat nak pergi pukul saja mamat tersebut.. Ditambah lagi dengan mengenakan baju T berjenama CK, shortpant kotak2 Quicksilver, sandel jenama Nike, jam tangan dan kaca mata xaku perasan.. boleh jadi Guess dan AX.. cukup untuk aku katakan yang mamat tersebut bukan sahaja hensem di rupa malahan poketnya juga begitu kecak sekali.. 


Seketika kemudian dia berlalu depan aku, nak beli goreng pisang kot... ZASS...bagai sambaran angin bila aku terpandang sesuatu cuping telinga nya.. Eh2 ada anting2 la... cantik anting2 lu bro... Tiba2 aku terpikir brother ni sebenarnya mamat ke minah?? 


Meh kita tengok sikit info kat bawah..


Antaranya hadis Ibn Abbas, iaitu pada suatu hari raya selepas baginda solat berkhutbah, baginda pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada mereka sambil menyeru supaya bersedekah. Ibn Abbas mengatakan: “Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan tengkuk2 mereka, lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal”. Direkod oleh Bukhari (no: 4951).
Manakala golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547). Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah haram. Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik. Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.
Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”.
Nabi Muhammad S.A.W juga melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
Ini kereta mamat Google yang punya


Pesanan Iklas Untuk Mamat Mazda 5 : lu buang ketumbuhan kat telinga lu 2 comfrim lu lagi hensem.. sumpah xtipu..
Soalan Iklas Untuk Mamat Mazda 5 : Xsakit ke bro??

Saturday, February 5, 2011

Mengapa Begini Takdirnya............................


Hari2 yang ku lalui sangat suram semenjak ketiadaan dirimu,
Begitu gelap bagai sinaran mentari menafikan untuk diriku,
Bagai hilang pedoman, bagai hilang panduan,
Mengapa begini pengakhirannya...

Detik2 indah bersama mu segar diingatan, 
Datang silih berganti meratapi takdir kita,
Sayu, terasa tiada lagi keindahan dalam hidup ini,
Adakah hidupku masih bererti..

Kucuba redha kesemuan ketentuan ilahi,
Namun ku jua manusia biasa yang nipis imannya,
Bisikan iblis laknat menafikan malang yang menimpa,
Menolak segala Qada' & Qadar..

MENGAPA???

MENGAPA???

MENGAPA???

Mengapa mesti terjadinya perkara ini,
Mengapa mesti begini takdirnya,
Mengapa mesti diriku yang menanggung segalanya,
Mengapa kau mesti jahanam wahai LAPTOP ku!!!
Disaat2 poket ku kering dilanda kemarau...
Bagaimana aku hendak melayari internet,
Bagaimana aku hendak berfesbuking, 
Bagaimana aku hendak mengupdate + ziarah + follow di blogger, 
Dan yang paling penting bagaimana aku nak mengdownload pic2 MRS ZB??

BAGAIMANA WAHAI LAPTOP KU SAYANG...

OH LAPTOP...........