Entry kali ni aku nak cerita pasal pekerjaan yang dah boleh dikatakan pupus di muka bumi yang fana ni di atas beberapa sebab yang mistik dan elegant yang sememangnya sengaja tidak dielakkan oleh badan2 yang terlibat..
hiasan dalaman |
1) Jurukira Jumlah Populasi Semut Di Dunia
Pekerjaan ni terpaksa di mansuhkan disebabkan pengira tidak lagi mampu memberi nombor pada bilangan semut yang ada.. Dah pecah otak memikirkan sehingga Parkinson otak beliau.. Itu baru satu jenis, cuba korang kira pulak berapa banyak jenis semut yang ada.. (hakikat yang sebenar adalah disebabkan gaji yang ciput, dah la kena travel satu dunia, elaun pon xda, nak kawin pon susah)
2) Tukang Mop Jalan Raya
Pekerjaan ni dimansuhkan setelah para pekerja papan tanda "Caution Wet Road" tidak mendapat persetujuan.. disebabkan jalan yang licin bersabun jugak telah menyebabkan kegelinciran para motoir dan kereta di jalan raya.. Disebabkan sering dijadikan mangsa punca kesalahan maka tiada siapa yang mahu bekerja lagi.. Faktor insuran xcover juga antara penyebab..
3) Penternak Nyamuk
Pada asalnya nyamuk dibela dan dilindungi kerana ianya merupakan serangga yang terancam.. ini kerana dahulunya drakula telah menguasai sumber makanan mereka yang berbentuk darah.. Namun setelah sekian lama, nyamuk yang semakin berevolusi dan semakin power apabila mereka mampu mengakibatkan manusia dan haiwan sakit sehingga maut sehinggakan para peternak sendiri maut di mulut mereka (ibarat anak haruan makan bapak haruan) maka kerjaya ini telah pupus seadanya..
4) Penjaga Tol Udara
Ini dikhaskan pada kapal terbang, helicopter, jet dan burung tidak termasuk.. disebabkan kegagalan para pemandu berhenti dan membayar tol maka telah mendatangkan kerugian pada syarikat yang terbabit.. Justeru itu, gulung tikar adalah langkah yang terbaik.. Sehingga sekarang ruang udara adalah kawasan bebas tol..
5) Tukang Sambung Ekor Beruang
Pekerjaan ni wujud dari zaman Allahyarham P.Ramlee lagi.. Disebabkan bukan sahaja ekor2 beruang gagal disambung malahan tangan, kaki, kepala para pekerja juga telah gagal disambung setelah 'dicabut' oleh beruang yang berkenaan maka tiada yang berani lagi bekerja..
Aku dah penat jadi 2 la dulu antara perkerjaan yang telah pupus di dunia.. Lain kali aku cerita lain.. Rujukan boleh korang buat kat buku The List Of Extinct Job yang aku rasa dah pupus jugak..
Chow..
p/s sekarang ni banyak betul aku dok mengarut.. dah ting tong agaknya....
No comments:
Post a Comment