create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, February 7, 2011

Kau Memang Hensem Aku Tak Tipu!!!

Tengah aku best2 mengira bilangan manusia yang bergerak menggunakan kenderaan di hadapan gerai aku sambil2 mata melirik manja pada awek2 taman dan kolej komuniti xterlepas juga otak yang sedang ligat bekerja memikirkan idea2 yg mampu mengembangkan perniagaan aku di peringkat antarabangsa,tiba2 secara tidak sengaja terpandang aku pada sebuah mazda 5 kaler putih plat nombor g mampos sama dia,sedang memparking baek di penjuru jalan tanpa gusar mpsp datang menyelit note cinta meminta belaian kasih sayang berbentuk wang ringgit.. Siap parking,mazda 5 tersebut dengan segera memuntahkan seorang mamat.. 


Segak!!! ungkapan ringkas dapat digambarkan kepada mamat tersebut... Dari raut wajah yang putih melepak, usah di cari jerawat walau sebutir.. ketinggian yang cukup bagi seorang lelaki, dengan rambut yang ala2 ronaldo pemain Real Madrid.. Oh ya xlupa juga susuk tubuh yang sasa.. Cukup untuk mencairkan hati2 awek taman dan kolej komuniti yang memandang, sedangkan aku sendiri bila melihat terbit niat nak pergi pukul saja mamat tersebut.. Ditambah lagi dengan mengenakan baju T berjenama CK, shortpant kotak2 Quicksilver, sandel jenama Nike, jam tangan dan kaca mata xaku perasan.. boleh jadi Guess dan AX.. cukup untuk aku katakan yang mamat tersebut bukan sahaja hensem di rupa malahan poketnya juga begitu kecak sekali.. 


Seketika kemudian dia berlalu depan aku, nak beli goreng pisang kot... ZASS...bagai sambaran angin bila aku terpandang sesuatu cuping telinga nya.. Eh2 ada anting2 la... cantik anting2 lu bro... Tiba2 aku terpikir brother ni sebenarnya mamat ke minah?? 


Meh kita tengok sikit info kat bawah..


Antaranya hadis Ibn Abbas, iaitu pada suatu hari raya selepas baginda solat berkhutbah, baginda pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada mereka sambil menyeru supaya bersedekah. Ibn Abbas mengatakan: “Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan tengkuk2 mereka, lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal”. Direkod oleh Bukhari (no: 4951).
Manakala golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547). Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah haram. Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik. Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.
Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”.
Nabi Muhammad S.A.W juga melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
Ini kereta mamat Google yang punya


Pesanan Iklas Untuk Mamat Mazda 5 : lu buang ketumbuhan kat telinga lu 2 comfrim lu lagi hensem.. sumpah xtipu..
Soalan Iklas Untuk Mamat Mazda 5 : Xsakit ke bro??

8 comments:

  1. ERK, SO DIA NI MINAH KE MAMAT? KONFIUS2.. HAHA :D

    ReplyDelete
  2. ntah la..aku pon xpasti..tp suara jamal abdilah..hahah

    ReplyDelete
  3. ==" xpe awk encem . kadang2 kena iyekan je . huhuhu

    ReplyDelete
  4. adoi. aku yg pmpuan pn meraung bila kna tindik telinga. ni lelaki yang tak perlu nak tindik pun gatal nak tindik. haha! alahaii. susah2

    ReplyDelete
  5. maka tdak perlulah ntuk melirik2 manje kpade awek yg mlakukan lintas h0rmat di dpan gerai tuan hamba tu ye .. sy sgt garang neh .. hah2 ..

    ReplyDelete
  6. suka sgt kereta tu heehehhe :) salam perkenalan :)

    ReplyDelete