Saturday, February 12, 2011

Berita Terkini (TVBLOG)

12 FEBUARI 2011,SUSUR KELUAR HIGWAY SG 2, satu kejadian ngeri telah berlaku disini,dimana berlakunya pelanggaran diantara sebuah motosikal cup bulat dengan sebuah lori 1tan.. Kejadian tersebut telah mengakibatkan penungang motosikal tersebut meninggal dunia..

Mangsa yg dikenali sebagai Abu Bakar,yg umurnya dirahsiakan begitu juga plat nombor kenderaan yang terlibat telah berjaya dikaburkan oleh pihak polis.. Ianya dikatakan bertujuan untuk mengelakkan sebarang gejala negatif seperti ngangkung dari terjadi.. Latar belakang mangsa juga masih disiasat oleh pihak polis dan agen insuran..

Mangsa dikatakan datang dari arah sungai puyu dengan kelajuan higway kira2 75km/j 'kot' cuba mengelak dari sebuah lori yang dipercayai masuk dari susur jalan.. Namun cubaan mangsa gagal maka berlanggar lah.. Kejadian tersebut telah berjaya menarik perhatian orang awam ibarat anna raffali datang bertemu peminat..

Fakta-mayat mangsa ditutup dengan payung bagi berlindung dari cuaca panas..
Fakta lg-mangsa mati di tempat kejadian..
Fakta lg2-tiada sebarang gambar disertakan sebab hp aku xda kamera..
Fakta last-berita ni belum keluar metro,b.harian,kosmo,sinar,star,NST mahupun harakah lagi,.

P/s ikhlas: pandu cermat..
P/s ikhlas 2: sekelip mata ja Dia boleh ambil nyawa kita.. So do u think u are rock babeh..
P/s ikhlas 3: Al Fatihah untuk mangsa..

1 comment: