Tuesday, January 25, 2011

Malam Yang Panjang..

hangout dengan tokey besar ozair indon berbadan raksasa,xketinggalan jugak PAnya yang turut sama mengejoin sekali.. Tujuan utama keluar malam ni konon2nya untuk meraikan pembukaan kantin pertama beliau,atas alasan lain adalah takut lepas2 ni dah xda masa nak tengok wayang pulak..

Cerita Season of the Witch jadi pilihan setelah besaing hebat dengan Faster.. Faster tewas sebab tayangan yg ada hanya pukul 10.. Ozair jiwa lembut mana boleh tidor lewat2 nanti tidor xcukup terbantut tumbesaran mindanya.. Masa nak beli tiket dia bayar.. Punya la happy tokey belanja tapi haram bila dengar 'kang klaim balik'.. Cilake.. Sok2 aku bayar yek..

Cerita boleh tahan bes,4bintang aku bagi tapi more 2 religion.. Yang xbesnya aku 3x pegi toilet.. Macam mana la boleh tingal sweater plak.. Sejuk macam gampang.. Xkan nak pluk ozair,kang muntah darah plak aku,.

Lepas pekena roti telur beserta roti kosong yang dihidang khas bersama kuah dal x ketingalan teh ais telebih teh kat subaidah, perkara yg terbaek yg dapat dibuat adalah balik rumah.. Malam ni bukan malam yg sesuai untuk terus merewang,slain dari malam minggu,mat2 rempit serta abg2 stereng lebeh gemar untuk berfesbuk di rumah.. Hanya yang ada mak2 nyah2 yang membanting tulang di beberapa lorong yg xdiperuntukan lampu jalan..

Dalam perjalanan pulang,dalam sereblum ni xbrenti2 membayangkan tilam dan bantal dirumah,xlupa cik selimut yg sedia menanti untuk berkhidmat memanaskan malam yg dingin ni.. Sesampai ja dirumah aku terus baring xda sempat nak salin2 baju,besok pun bly salin.. Tapi apasal aku rasa xbes je,cam lain je..setau aku,tilam aku diprodukan dr kain,aku xpuas ati,aku guling2 lebeh2 sikit..guling lg dan lagi..

Yes!!malam ni aku tido atas sofa untuk kali ke berapa aku xpasti.. Angan2 aku tadi dah jahanam semua..

P/s pastikan anak,anak sedara,adik,sepupu korang yang underage dipakaikan pampers dahulu sebelom membenarkan beliau beradu di atas tilam anda..
P/s ke 2-sesiapa boleh nasihatkan nyamuk2 ni supaya beredar.. Kelambu xda ni,kang da umah tebakar plak kang..

Monday, January 24, 2011

Le Tour De Langkawi Punya Cerita



Hari ni ada Le Tour De Langkawi 2011 berlangsung untuk hari yang kedua.. tapak bermulanya di Kangar, Perlis dalam lingkungan jam 10.30 am mula bertolak dan penamat di Jalan Bagan Luar, Butterworth.. Masa aku xtau.. Semalam punya trak pon mampus aku xtau.. 


Sementara tunggu lori nak angkut barang masuk dalam kantin sempat jugak la aku dengan member aku  si Ozair Indon Berbadan Raksasa layan kejap dekat depan pintu masuk TUDM.. Awal2 dah kena kencing dengan mamat polis, dia kata basikal nak lalu dalam 15 minit lagi.. Tunggu punya tunggu nah sejam setengah baru sampai.. hancing ja rasa kepala otak ni rasa di perkotak katik kan.. Nasib masih teguh iman di dada maka dengan sifat mahmudah yang telah lama di amal kan so aku maafkan la abang polis 2.. Err sempat jugak la aku dengan ozair 2 bantai nasik sepinggan dulu.. 2 pon xsampai2 lagi.. Perlahan sungguh kayuhan mereka.. Berbagai2 imaginasi rekaan la direka bersama bagi menghilangkan boring di dada ni seperti kemalangan beramai2, mamat basikal baling botol air kena guard TUDM, apek bawa basikal tua di nobat johan tahun ni etc..


Tunggu lama2 sangat buat aku terkenang masa aku kecik2 dulu, dulu masa sekolah rendah dengar ja ada orang lumba basikal dari langkawi dia punya happy mengalahkan happy keluar rehat awal.. Yelah, mana xnya ini bermaksud sekolah akan dapat balik awal takut2 jalan jem dan bertujuan juga memberi peluang kanak2 macam kami memberi sokongan x berbelah bagi pada pelumba2 yang tengah lumba.. Awal plak 1 jam kan, memang bes cam gampang la rasa, sedangkan balik awal 5 minit pon dah rasa hebat gila ni kan pulak 1jam.. Ada 1 masa 2 masa tengah2 bersemangat menunggu pelumba2 lalu sambil2 berharap ada la yang murah hati campak botol air diorang masa tengah tekun mengayuh 2 kat aku..Boleh jugak aku buat cenderahati.. Bawak g sekolah kompom2 ramai mata yang memandang, awek2 pon mesti la mula nak bekenalan dengan aku kan.. 


Tiba-tiba!!!


Datang la 1 pakcik polis dengan moto besar kaler putih ada lampu liplap2 siap da bunyik2 lagi datang.. "give me 5", kata beliau berulang kali.. Aku dengan muka tensennya bangun la nak blah ke belakang sikit, muka hensem2 kang duduk belakang mana nampak kalau masuk tb kan..Tapi aku tengok budak2 lain rilek je siap sua2 tangan.. 


Start hari 2 baru la aku tau main tampar2 tangan 2 orang panggil GIVE ME 5.. pelik betul bunyik dia kan.. Rasa bes je diri bila dapat tau perkataan penjajah 2 masa 2..


p/s sepanjang aku menceburi karier sebagai cheerleader untuk pelumba2 le tour d langkawi ni, xpenah pon aku berjaya menjadikan botol air brand milo diorang sebagai cenderahati, dan awek2 pon xpenah la cuba mendekati aku.. yang aku dapt botol mineral dari pakcik polis ja.. damn!!

Saturday, January 22, 2011

Sahabat Itu Harta

Pinjam Kat Google


Semua orang dalam dunia ni perlukan seorang KAWAN atau nama lainnya RAKAN.. Namun berapa ramai kah kawan kawan anda mampu menjadi SAHABAT anda.. kalau menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, maksud sahabat dengan kawan atau rakan adalah sama.. Tapi gelaran sahabat hanya layak di berikan kepada seseorang yang sangat layak.. Kawan pula layak diberikan kepada sesiapa sahaja, ianya cukup sekadar jika kita mengenali 
seseorang itu..

Adakah kalian semua memiliki sahabat yang ramai.. mustahil seseorang itu memiliki sahabat yang sangat ramai seramai kawan yang dia miliki.. Disini da beberapa persoalan sedikit tentang kawan korang..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup datang sejauh 25km semata2 nak hantar duit kepada kalian untuk menukar tiub yang pecah..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup berkongsi lauk dengan kalian ketika kalian hanya makan nasik gpreng dan telur goreng..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup terlepas bas semata2 nak membantu kalian yang sedang dipukul..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup datang ambil kalian di stesen bas pada jam 4 hingga 5 pagi..

Berapa ramai kawan kalian yang xsanggup tengok kalian ikat perut xmakan..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup kongsi apa sahaja dengan kalian..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup keluarkan beratus ringgit semata2 untuk majukan kalian..

Berapa ramai kawan kalian yang menangis melihat kalian di landa kesusahan..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup memimpin kalian di kala kalian jatuh..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup bersusah2 bersama kalian..


Berapa ramai kawan kalian yang sanggup melayan berkali2 pertanyaan kalian tentang blog..

Seberapa ramaikan SAHABAT yang kalian miliki???

Atau layakkan kalian untuk dipanggil SAHABAT???

P/S semua penyataan dah aku alami..terima kasih yang xterhingga kepada kawan2 aku yang layak digelar SAHABAT..mungkin xramai tapi sangat berharga.. hanya Allah yang boleh balas atau Dia izinkan aku membalas jasa kamu semua..

Thursday, January 20, 2011

Teka Teki Gampang!!!

1 ) Dalam banyak2 ikan, ikan apa ada bulu ketiak?
     Jawapan : Ikan duyung..
     Ulasan : Mana kau tau ikan duyung wujud??


2 ) Dalam banyak2 bas, bas apa yang pandai?
     Jawapan : Bas sekolah.
     Ulasan : Lepas ni, hantar bas p universiti plak, mana tau bas 2 jadi doktor.


3 ) Dalam banyak2 binatang, binatang apa keluar haid?
     Jawapan : Kura2.
     Ulasan : Dah habis pandai la 2... HAID la HAID...bukan HEAD sial..


4 ) Dalam banyak2 binatang, binatang apa yang bertelur dan bersalin?
     Jawapan : Siput Babi.
     Ulasan : Lu la siput, lu la babi, lu la gambang..


5 ) Dalam banyak2 sungai, sungai apa yang berat?
     Jawapan : Sungai Besi
     Ulasan : Agak2 sungai wang cam mana plak?


6 ) Dalam banyak2 kotak, kotak apa yang xboleh di angkat?
     Jawapan : Kotak Penalti.
     Ulasan : Kepala Hotak kau boley angkat?


7 ) Masa dia hidup kita nyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan?
       Jawapan : Lilin sambut hari jadi..
       Ulasan : Salah!! Orang tau kutuk yang banyak harta.


8 ) Dalam bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip?
      Jawapan : Kerani.
      Ulasan : Kera ialah seekor kerani.


9 ) Gajah terbang dengan apa?
      Jawapan : Dengan bersusah payah.
      Ulasan : bersusah2 dulu bersenang2 kemudian.


10 ) Dalam banyak2 bulan, bulan apa orang paling suka?
        Jawapan : Hujung Bulan (orang dapat gaji)
        Ulasan : Silap hari bulan da yang arwah jap lagi.


11 ) Dalam huruf jawi, huruf apa yang berangin?
        Jawapan : TA dan YA.. (tayar kan da angin dalam dia)
        Ulasan : ALIF, KAF, WAU... berasap je kepala AKU dengar teka teki ni.....

Monday, January 17, 2011

Dulu Aku Ada Kucing

Dulu aku ada bela seekor kucing Malaysia(bulu xlebat,ekor xkembang)... aku dah xingat tahun berapa kejadian ini telah berlaku tapi yang pasti masa 2 aku baru sekolah rendah lagi, hingus meleleh sedut pon pakai mulut lagi masa 2... Dalam banyak2 kucing yang penah aku bela, yang ni la paling close sekali dengan aku...


Nama dia bapak aku letak TIGERESS.. Atas sebab minat aku yang mendalam pada katun Tundercat masa 2 sampai sanggup rakam guna video tape so bapak aku pon pilih la nama glemer 2.. Lagipon dia punya kaler badan kaler oren gitu.. asyik letak comel,comot,bobo,putih,hitam apa barang... Xboleh nak komersial langsung... Konon bajet cute+suci la letak nama cam 2... ntah2 kucing 2 pon geli misai dia dengar... Nama ganas la sikit baru la xda kucing2 lain berani cari pasal nak dekat2... cita2 dia nak jadi mafia...


Dia ni memang manja dengan aku... Pagi2 masa nak bangun pegi sekolah dia la yang tolong kejut aku sambil menjilat2 kaki dia sendiri beserta kaki aku sekali... aku xtau la niat dia ikhlas nak kejut aku atau semata2 nak melepak kat atas tilam aku yang kalau dikira kelembutan dia dah sama level dengan pelantar belakang rumah aku dulu 2... Bila mak aku hantar aku naik van sekolah dia pon ikut sampai dalam van pon dia naik... memang terharu la aku... Apa yang buat dia manja dengan aku sangat pon aku xtau la sedangkan yang bagi dia melahap bukan aku pon... Mak dengan bapak aku ja... Kerja aku cuma geletek pundi kecing dia hari2 ja... mungkin sebab 2 la kot... Dia jugak antara kucing yang bijak jugak la sebab pandai kencing dan berak dekat luar... xpayah suruh... Kalau dia terkurung sekali pon dalam rumah 1 malam, dia xkan kecing besepah... Rilex ja dia tunggu mak aku bangun subuh... Nampak ja pintu terbuka luas, xda bagi salam melompat dia terjah keluar... Agak2 pedih x dia bila kencing tahan lama2 yek.. Aku pun xpenah tanya... kepakaran dia dalam bidang penangkapan tikus adalah pada tahap master... Tunggu masa nak ambik Phd ja... 


Tapi dalam banyak2 sifat murni dia ni, ada juga sifat yang kurang sikit... Suka sangat membiak.. Xkira tempat, masa keadaan... nampak je awek kucing seksi ke xseksi dia xda pandang kiri kanan dah terus ejas cara hardcore... jenis kucing keberet ke, solehah ke dia rembat buat serupa ja... cam sial ja perangai... xapala asalkan jangan dia g rembat ayam bapak aku sudah... kang xpasal2 ayam 2 betelur masuk Metro Ahad... 
Bab gaduh jangan cakap la.. dengan saiz badan ala2 Arnold Schwarzenegger versi bangsa kucing xdanya yang berani buat onar... kalau dia nampak awek2, skandal2, bini2, janda2 dia kena ngorat atau curang memang nahas la... Dia guna bedal batang paip PVC belakang rumah aku ja xdanya belas ehsan... Bila kantoi dengan aku paip PVC dah barai, boleh ja dia buat muka xbersalah sambil berselera makan wiskes cicah sardin... 


Tapi lepas 3 tahun kami bersama saling sayang menyayang... akhirnya sampai la satu masa di mana dia dah agak kurang aktif bukan kurang la memang xaktif langsung dah... banyak masa dia melepak depan pintu je... mungkin mengenangkan kenangan zaman muda dia dulu... makan pon dia dah xlalu.. dah xluak.. dulu sepinggan xcukup sekarang satu suap pun xhabis.. badan dia yang sasa dulu dah hilang... bapak aku saspek mulut dia ada masalah... orang kampung cam kitaorang mana tau nak pegi jumpa doktor haiwan ka vaterinar ke apa ke... Akhirnya setelah seminggu, mak aku kejut aku bagitau kucing aku dah xda... aku yang selalu bila bangun mesti take time kasi refresh otak dulu kali xda dah, xsempat baca bismillah aku dah terjun ke luar... aku tengok kaku je Tigeress.. senyap... sejuk... keras... mulut dia tenganga ja... aku kuis2, aku gosok2 badan dia, aku geletak pundi kencing dia... still xda reflek.. "dia dah mati," sayu je suara mak aku dari belakang... pasni xda la yang nak jilat kaki aku pagi2, xda la yang nak ikut hantar aku pegi baik van, xda la aku boleh main geletek2 lagi... semua 2 dah xda, dah xda yang boleh ganti, dah xda yang terbaik macam dia... pagi 2 aku menangis, betul2 punya nangis, xberenti2 tangan aku geletek dia... Bapak aku buat kubur dia dekat belakang rumah... memang terasa sangat bila dia dah xda... 


p/s Lepas pada, aku cuba wariskan title Tigeress 2 pada boley dikatakan cucu dia la... tapi haram...dah la pemalas, penakut pulak 2... orang suh kejar tikus bukan tikus kejar dia.. berak besepah... jangan kata nak kejut aku bangun tido, jeling aku pon xnak time masa aku nak pegi sekolah... yang dia ikut satu je.. jeng2... suka menambah zuriat xda perancangan punya... 

Sunday, January 16, 2011

7 Keajaiban Dunia

ok aku xnak buat intro panjang2... jangan kata korang aku sendiri pon malas nak baca...


ok kali ni aku nak cerita pasal 7 keajaiban dunia... korang semua mesti dah sedia maklum akan keajaiban dunia yang ada ni yang bertujuan membuktikan kehebatan manusia dulu kala yang bertamadun...


1) ok yang pertama TEMBOK BESAR CHINA...


yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer. 
2) yang kedua pulak ialah PIRAMID GIZA..


keajaiban dari bangsa mesir kuno.
Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi.
kat sini la ada patung badan singa kepala firaun yang dipangil Sphinx.. owner dia Firaun Khufu..


3 ) yang ketiga TAJ MAHAL...

istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz...
ianya merupakan lambang cinta Shah Jahan kepada Muntaz
yang mewasiatkan kepada Shah Jahan supaya membina makam yang paling indah
untuknya... seramai 40k pekerja dikerah..


4 ) seterusnya TAMAN BERGANTUNG BABYLON...


juga dikenal sebagai Taman Tergantung Semiramis...
dibangun oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu Raja Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun 600 SM... t
aman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates... Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul “tergantung” seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan kata Yunani “kremastos” atau kata Latin “pensilis”, yang bermaksud bukan hanya “tergantung” tetapi “anjung,” seperti terletak di atas beranda atau suatu teras


5 ) seterusnya ANGKOR WATT...


terletak di kemboja..dibina oleh Raja Survayaman II pada pertengahan abad ke 12...mengambil masa selama 30 tahun untuk siap.. merupakan bangunan keagamaan terbesar di asia tenggara..


6 ) seterusnya MENARA CONDONG PISA...


ianya merupakan sebuah menara loceng yang terletak di Pisa, Italy...
asalnya di bina tegak akan tetapi disebabkan asas yang
lemah menyebabkan ianya condong ke arah barat daya..

7 ) dan yang terakhir pulak ialah CANDI BORODUBUR...


ianya terletak di desa Boro , Kabupaten Lagelang, Jawa Tengah...
ianya seluas 2,500km persegi...
dibina antara tahun 750 hingga 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.
dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.


hah itu la dia 7 benda yang ajaib dibina... sebenarnya bayak versi dia.. dan yang aku tunjuk ni 7 benda ajaib yang lama dan sekarang dah ada yang baru... itu lain kali aku cerita ok.. 


sebenarnya selain dari ni ada juga 7 keajaiban ajaid dunia yang semulajadi yang sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Agong saja mampu cipta tanpa memerlukan kekerahan tenaga berjuta2.. 2 pon lain kali je aku cerita... tapi aku nak bagi 1 ciptaan Allah s.w.t yang paling ajaib iaitu MANUSIA dalam erti kata lain korang la termasuk jugak aku...

Friday, January 14, 2011

Kanak-Kanak Moden

zaman sekarang memang dah maju..teknologi, fesyen, bangunan, orang, etc... pendek kata dunia maju semua pon maju lah... kanak2 pon sekarang dah maju...dah xmacam dulu lagi dah..


kanak2 sekarang semua memang maju..serba serbi cukup... celik mata je dah masuk dunia it... umur baru nak masuk darjah 1 dah ada fb, twitter segala bagai... pampers pon dok pakai lagi... ni blog aku xtau la da ke x...


dah habis pendahuluan, masuk kisah sebenar...


anak sedara aku belah kakak aku sekarang sorang dah masuk darjah 4 sorang lagi dah masuk darjah 5... sekarang dah bagus sikit la dah pandai mengeja dan baca2 tapi sifir still failed... aku tanya 10x1 pon nak kena ambik kulkulator nak kira... 2 belom tanya punca kuasa dua lagi, algibra segala... mau tercirit xsempat g jamban depa nak jawab...


buat kerja rumah 1 hal... aku punya bertukus lumus mengajar sampai pecah peluh xjugak paham2... last2 aku jugak yang buatkan... lagi senang, mudah, cepat dan betul.... lagi cepat dia siap lagi cepat aku boleh berfesbuking... nanti cakap kat cikgu depa biar aku ja yang jawab exam...


tapi ada jugak benda yang aku respek kat depa ni... dah da akaun fesbuk wa cakap lu... hp pon ada.. aku dulu talipon rumah ja aku kenal.. xda pon lagu2 mawi dalam 2, apatah lagi nk bersnap2 gambar... fesbuk jangan cakap la..xwujub lagi pon.. yang abang (tahun 5) pantang tengok aku on9... nak ja jengah fb dia..nak add marka katanya...pergh..bulu pon xtumbuh lagi bhai... 
yang kakak(tahun 4) lagi best.. kantoi dengan aku ngumpat pasal jantan dengan kazen dia la... tergolek2 aku dengar... 


tp sekarang dah pukul 1.. kerja sekolah depa belambak 2.. aku janji nak buat pasal yang kakak 2 sakit plak... so abag jeles... kena la wat dua2... 


ni sekarang sapa boleh tolong aku plak ni????? ah mampus aku..


yang ni abang aka amirul..
garis2 2 seni, bukan salah kamera hp..


ni kakak aka shafiqah.. cita2 nk jadi nurse...
tengok darah  nyamuyk dah pening...
 yang kabur 2 entiti berasingan..
p/s jangan gatal2 nak add anak sedara aku kt fesbuk add aku xpa..


out...wat keje sekolah(status fesbuk)

Wednesday, January 12, 2011

Karangan Terbaek..

korang mesti penah tengok karangan2 or surat2 terbaek yang akan aku pamerkan kat bawah ni... kalau korang xpenah tengok or baca lagi, curi2 la masa 2 membaca.. membaca kan highway ilmu... 
























yang ni pulak versi b.i...






Monday, January 10, 2011

Dear Mrs ZB

saya bertolak ke JB naik bas ni... bas gagap... bas yang selalu saya
naik masa belajar kat melaka dulu... selalu nak tidur xboleh
pasal nak terkucil akan kesejukan yang melampau... doala saya
selamat sampai yer...

dah sampai stesen bas larkin... cepat sungguh... terer la drebar 2...
tau ja saya nak cepat...
akhirnya sampai gak saya dekat hospital ni...
terima kasih uncle teksi... nak masuk ni... nebes la pulak...
g toilet dulu la...
saya masuk saya terus pergi kaunter pertanyaan...
tanya wad awak dekat mana, nama apa, tingkat berapa..
cis xda awek plak yang jaga semua awek tamat tempoh ja yang ada...
kalau x boleh gak ejas 1 2 fesbuk kan...
awak jangan risau... saya xdatang tangan kosong je...
tengok banyak buah2 ni.. biskut pon da tau... beli kat kedai runcit depan rumah saya...
eh2 ni bukan... ni saya bungkus habuan saya nak melantak..
xesempat makan lagi tadi... 2 pasal la bungkus... awak xleh makan
nanti doktor mara saya...
yang ni pon saya punya... jemput la tengok...
BISMILLAHHIROHMANIROHIM...
sedapnya...
malam ni saya teman awak tau...esok saya balik la...
tapi mana datang sedara awak sebok plak nak tidur gak kat sini...
dah penuh bilik awak 2... terpaksa la saya ejas doktor cari
bilik untuk saya...n bilik ni je yang banyak kosong...
ok la 2, nk g rumah tumpangan kang terus xbalik penang pelak
memandangkan lam poket ngam2 je...

saya nak ucapkan...eh2 silap2...next2....
testing2...
saya doakan awak cepat sembuh k... awak kena kuat hadapi ujian Allah
kali ni... setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. sabar la banyak2 k...
ramai orang yang sayangkan awak.. jadi awak kena la
jadi kuat bukan hanya untuk awak tp untuk diaorang sama...
banyak lagi cita2 dan impian awak belum tercapai...
banyak2 berdoa... jangan lupa makan ubat walau xsedap...
ikut cakap doktor... banyakkan berehat ok... jaga diri ok... saya dah nak
balik ni tau... get well soon k...

.
.
.
.
.
.
.
.
p/s : ni la yang saya bagitau "hasrat xjadi kenyataan tapi terubat"....ini yang termampu saya buat... doa saya harap awak cepat sembuh...

ana menang... gua ok....


AJL 25 johan dapat kat ana raffali...
taun depan ley la calon kalau berpacaran...
.
.
.
.
Hafiz dapat dua hadiah... 
tempat ketiga ngan vokal mantap...
aku xpuas ati..
kenapa bukan NOH HUJAN...
kang apa dia nak jawab ngan bapak MIZZ NINA...
.
.
.
.
.
MUH dan black dapat ke dua...
ok la 2...
.
.
.
.
.
Faizal Tahir dapat persembahan tergempak...
nasib xlemas...
kalau x...
semua artis xmenang sebab dibatalkan taun ni bg menghormati arwah...
.
.
.
.
.
dh komen merapu dari aku...orang len wat entry aku pon sebok 
nak wat....

Sunday, January 9, 2011

Aku Yang Kini

Sekarang hidup aku dah xbosan lagi..ada ja aktiviti yang meransang daya pemikiran serta imaginasi aku malah dapat membuat pertumbuhan fizikal dan minda aku lebih mantap.... hari2 aku diisi dengan begitu baek sekali tanpa sebarang sekelumit pon kerugian...
setiap hari2 aku penuh dengan aktiviti........
.
.
.
.
.
.
.
.
tidur
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
makan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
melangut depan tivi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
fesbuking
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
blogging
.
.
.
.
.
.
.
.
.
wah indahnya hidup ku... terasa begitu bermakna usia muda ku ini...
SUNGGUH TERBAEKMENARIKHEBATCOOLSUPERMABLESMASAKINI!!!!








cam gampang je...

Saturday, January 8, 2011

Peptic Ulser.................................

PEPTIC ULSER juga boleh dikenali dengan  Duodenal ulcer, Gastric ulcer, Stomach ulcer, Ulcer... ini bukan iklan makanan atau racun serangga ok... jadi peptic ulser ni bukanlah sejenis barang permainan mahupun produk menguruskan badan macam Jus Mate Dr Rozmey 2...sesapa yang penah menghidapi penyakit ni of coz tau pa benda pa ni...(dah bagi hint xtau lagi xtau la betapa gampang nya otak 2)... 


peptic ulser ni boleh aku definisi kan kt sini adalah luka yang terdapat pada lapisan perut atau di panggil duodenum... orang yang menghidapi masalah ni akan merasa kesakitan kat bahagian perut diaorang... kesakitan 2 selalunya datang selang beberapa hari atau minggu sekali atau pun sebab korang biakan perut korang 2 xdiisi... jadi bila korang makan maka kesakitan 2 akan hilang... antara simpton2 lain nya plak adalah seperti Pedih Ulu Hati, Ketakcernaan (dispepsia), Terbelahak, rasa loya, Muntah, Kurang selera, Kehilangan berat (kawan aku bagitau da juga tahap muntah darah)... masalah ini terjadi adalah disebabkan acid yang ada dalam perut korang 2 yang asalnya berfungsi untuk menghadam makanan yang selamat korang telan 2 secara tidak sengaja telah merosakkan bahagian perut korang... bakteria yang bernama Helicobacter pylori(xda no ic) jugak merupakan penyebabnya (sapa da diabetis memang banyak makhluk kenit ni)... penggunan untuk jangka panjang ubat-ubatan anti-radang nonsteroidal (NSAIDs) seperti aspirin tidak ketinggalan menjadi penyebabnya... tapi makanan pedas dan stress bukan lah punca penyakit ni tp boleh menjahanamkan lagi perut korang 2 dalam erti kata lain memburukkan lagi keadaan... 


ini bukan biji kacang hijau nk tumbuh tunas
ni la perut korang.. contoh la...
peptic ulser akan menjadi masalah yang amat serius kalau xdirawat... penyakit ni dirawat dengan cara membuang makhluk kenit tadi dari dalam perut, cm na dia buang sumpah aku xtau, xtipu punya... selain 2 tidak menggunakan ubat-ubatan anti-radang nonsteroidal (NSAIDs)... JANGAN LUPA, BUAT2 LUPA, INGAT2 LUPA MAKAN UBAT... pembedahan adakalanya diperlukan jika keadaan serius ya amat... 


itu la serba sedikit pasal peptic ulser..kalau da salah tolong la betul kan... aku bukan budak medik pon.. budak dapur je.... huhu... tanya aku cm na nk debone ayam aku tau la... kalau agak semua 2 betul fuh taun depan aku amik medik plak mana tau nasib bek ley jadi doktor plak... korang jangan jeles yer... 


gambar ni pon sama perut korang...
da detail sikit la..


p/s seorang yang aku kenal ada meghidap penyakit ni... berulang kali dia masuk wad... kat sini aku nak ajak korang sama2 doakan dia supaya cepat sembuh dan kuat menghadapi segala dugaan kesakitan yang mendatang... GET WELL SOON K....



Thursday, January 6, 2011

Niaga ke???

Cuaca terik suam2 tengahari ni... Hujan 1 hari 2hari lepas n panas membahang semalam… cuaca hari ni memang cantek sangat untuk meniaga.. sebab xpanas sangat & xsejuk sangat maka peratusan aku nak hitam & kesejukan adalah rendah…

Aku hidupkan enjin porshe(ex5) kesayangan aku, bagi panas barang sedas dua dulu… shamil mesej aku janji jumpa kat gerai pukul 1.10pm nak pacak khemah… 1.10pm aku kat rumah lagi tune haba enjin bagi secukup rasa dulu sebelum berangkat… ala janji melayu maa… pukul 1.15pm aku jalan guna motor aku menuju ke gerai yang dianggarkan bernilai 1.2B… tepat!! Shamil belom sampai lagi, orang lama beb… 3 minit berselang nampak pun kelibat Terano merah milik K. Cma dipandu shamil menderu belok masuk selekoh dan terus berenti depan dekat2 gerai… selesai pacak khemah… masing2 balik dulu…shamil da kerja… aku nk mandi, solat, melantak dalam 1 pakej….

Pukul 2pm… aku sampai sambung susun barang dan ready nak on bisnes… tengah khusyuk menyetting barang, satu kelibat manusia datang menghampiri gerai… PAKYA(mampos aku nak ingat nama betul dia).. jiran aku.. dah kahwin, da bini dan anak dia nama wan, cha, nurul dan pipah… hobi dia karoke beb... dari jauh dia tegur tanpa bagi warning dulu :

 “AI HANG NIAGA KAT SINI PLAK KA...LESEN DA LESEN??”

“hah?? Da”, jawab aku ringkas sambil sambung buat kerja… dia pun terus berlalu meniggalkan tempat kejadian…
.
.
.
.
.
.
.

Brangset lu!! Volume kasi turn down sikit la uncle… sihat lagi telinga ni… nasib aku bijak menanangi persoalan mengejut sebegitu.. kalau x, mau kena angkut gerai2 sekali dengan aku sama dek kerepotan hamba Allah yang lain kat MPSP… buat kantoi je la...sabar je la, kalau x, mau aku pijak2 gerai aku 2 bia padan muka semua customer aku xdapat beli kentang berpusing aku…....

benda alah ni lah aku jual... kecik RM 1.50, besar RM 2..
singgah2 lah....

Monday, January 3, 2011

Hujan Oh Hujan

hujan itu RAHMAT


Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut......



Hari ni Hampir 1 hari hujan turun (hujan betul bukan kump hujan yer)... Tayar motor plak pecah... So sangkut la bisnes hari ni... Xpe hujan kan rahmat xda rezeki hari ni esok2 sapa tau kan... Kain mak aku sidai pagi tadi pon xsempat angkat so terbasuh la kain2 2 sekali lagi... bersih dan suci.. 2x baru cukup syarat kan... 


ni kump HUJAN.. bkn DEPA yang aku cita yer...


time2 hujan ni memang bosan bila xdapat buat apa2.. Mata pon mula la keja nk punch card ja..huuhuhu.... takala hujan plak turun versi romantik meleret ja... kalau versi rock sabung menyambung confirm mata pon kecut nk tutup... Dulu kalau hujan cm ni kawasan rumah aku memang berisiko untuk menjadi tasik tapi sekarang dah da longkang so xdapat la air menbanjiri kawasan rumah aku ni... Alhamdulillah... Dulu kecik2 boleh la best bila banjir, swimming  pool free la kata kn.. Sekarang kalau buat perangai cam 2 lagi mau kena hantar g Tanjung Rambutan...


So bila dah macam ni... layan tv adalah jalan penyelesaiannya.. keje tido je otak aku pon beku... sebab dah bosan maka terhasil la entry ni... luang masa... kira berfaedah x ni?? sampai cn je...otak makin blur mata makin stim... jangan menyumpah plak lepas baca yer...

Sunday, January 2, 2011

Hingga ke Akhirnya



Tajuk post kali ni macam best je tapi isi lam ni belum tentu lagi… Ok sebelum aku mula bercerita aku nak tanya, korang pernah bercinta x (dengan manusia) ??????????? sesiapa yang penah sila tunjuk lubang hidung… Soalan cepu emas 2… Ok boleh aku jangkakan kat sini hampir semua rakyat Malaysia mahupun warga asing pernah bercinta kan… Even anak sedara aku umur baru 10 tahun pun dah gatal-gatal ketiak bila cerita pasal ni… Kalau still ada yang xpernah 2, sekurang-kurangnya mesti jugak da perasaan “jatuh cinta” 2 kan… Ok la 2.. Normal…

Soalan kedua, bila bercinta bahagia x??? Confirm aci kerat kuku bahagia… Dah nama pun bercinta lain la kalau bermusuhan…  Setuju??? Tp aku nak tanya, samada korang perasan or x orang bercinta xkira la cinta sebelum kahwin ke selepas kahwin ke saat yang korang rasa sangat2 indah 2 hanya masa awal2 je… Maksud aku yang “tersangat2” ok bukan sekadar “indah sahaja”… Kategori bagi “awal2” xkira la hari pertama, minggu pertama, bulan pertama or tahun pertama (aku terima jawapan xsemua sebab memang aku xnafi da pasangan yang bahagia macam awal2 bercinta walau berpuluh tahun bersama)… Kenapa mesti jadi macam 2??? Kenapa awal2 bercinta kita rasa dunia ni kita yang punya, kerana cinta lautan api sanggup kuredah(dh mmg xwjud mmg la sanggup)… Bekorban apa saja harta ataupon nyawa… 24 hour tengok muka pun xpa xboring, hari2 ada ja topik yang nak diborakkan so kalau nak borak start 8pagi sampai 8pagi besok pas2 terus sambung sampai 8 pagi lusa, tulat dll memang xda masalah… Pasangan nak apa ja boley ja bagi, duit tinggal cukup beli air mineral ja xda hal punya esok2 boley cari lagi duit janji bf/gf happy… Hari2 klu soalan “awak sayang saya x??awak sayang saya banyak mana??awak sayang saya selamanya kan??awak cintakan saya sorang saja kan??” di tanya boleh ja jawab tanpa sedikit pon kekesahan… Tapi kenapa itu semua hanya terjadi masa mula2 bercinta sahaja… Kenapa xdipraktik kan selama-lamanya… cinta kan buta mana dia reti tengok jam or calendar… kenapa mesti jemu dengan semua benda yang kita dah buat pada mulanya??kenapa??

sekadar hiasan....

Jawapan dia korang pandai2 la pikir bak kata Nabil lu pikir la sendiri k… korang yang bercinta so korang mesti tau kenapa… Apa2 pon nasihat aku cinta 2 datang dari Allah s.w.t… tanpa Dia kita xkan kenal apa 2 cinta dan percaya la kita xkan merasa langsung kalau Dia xizinkan… so jangan la sekali2 korang bercinta sesama manusia lebih dari Dia… Cinta datang dari Dia, xsusah pon Dia nak bagi dan xsusah jugak Dia nak amik balik… bila korang dah bercinta lebih dari korang cintakan Dia masa 2 la dia uji dengan tarik balik “cinta” 2… Sebab 2 la sampai frust menonggeng, bunuh diri, bunuh bf/gf, bunuh serangga, pa2 lagi la… so ingat pilih pasangan yang korang cintakan dia sebab Allah s.w.t dan akan buat korang makin cintakan Allah s.w.t dan cinta Dia la yang hakiki n HINGGA KE AKHIRNYA…. Amin…..