Thursday, January 6, 2011

Niaga ke???

Cuaca terik suam2 tengahari ni... Hujan 1 hari 2hari lepas n panas membahang semalam… cuaca hari ni memang cantek sangat untuk meniaga.. sebab xpanas sangat & xsejuk sangat maka peratusan aku nak hitam & kesejukan adalah rendah…

Aku hidupkan enjin porshe(ex5) kesayangan aku, bagi panas barang sedas dua dulu… shamil mesej aku janji jumpa kat gerai pukul 1.10pm nak pacak khemah… 1.10pm aku kat rumah lagi tune haba enjin bagi secukup rasa dulu sebelum berangkat… ala janji melayu maa… pukul 1.15pm aku jalan guna motor aku menuju ke gerai yang dianggarkan bernilai 1.2B… tepat!! Shamil belom sampai lagi, orang lama beb… 3 minit berselang nampak pun kelibat Terano merah milik K. Cma dipandu shamil menderu belok masuk selekoh dan terus berenti depan dekat2 gerai… selesai pacak khemah… masing2 balik dulu…shamil da kerja… aku nk mandi, solat, melantak dalam 1 pakej….

Pukul 2pm… aku sampai sambung susun barang dan ready nak on bisnes… tengah khusyuk menyetting barang, satu kelibat manusia datang menghampiri gerai… PAKYA(mampos aku nak ingat nama betul dia).. jiran aku.. dah kahwin, da bini dan anak dia nama wan, cha, nurul dan pipah… hobi dia karoke beb... dari jauh dia tegur tanpa bagi warning dulu :

 “AI HANG NIAGA KAT SINI PLAK KA...LESEN DA LESEN??”

“hah?? Da”, jawab aku ringkas sambil sambung buat kerja… dia pun terus berlalu meniggalkan tempat kejadian…
.
.
.
.
.
.
.

Brangset lu!! Volume kasi turn down sikit la uncle… sihat lagi telinga ni… nasib aku bijak menanangi persoalan mengejut sebegitu.. kalau x, mau kena angkut gerai2 sekali dengan aku sama dek kerepotan hamba Allah yang lain kat MPSP… buat kantoi je la...sabar je la, kalau x, mau aku pijak2 gerai aku 2 bia padan muka semua customer aku xdapat beli kentang berpusing aku…....

benda alah ni lah aku jual... kecik RM 1.50, besar RM 2..
singgah2 lah....

1 comment:

  1. hahaha....
    patut la nama xnmpk niaga ..
    huhuhu ..
    sabaq je la ..dugaan 2..lalala

    ReplyDelete