Monday, January 24, 2011

Le Tour De Langkawi Punya Cerita



Hari ni ada Le Tour De Langkawi 2011 berlangsung untuk hari yang kedua.. tapak bermulanya di Kangar, Perlis dalam lingkungan jam 10.30 am mula bertolak dan penamat di Jalan Bagan Luar, Butterworth.. Masa aku xtau.. Semalam punya trak pon mampus aku xtau.. 


Sementara tunggu lori nak angkut barang masuk dalam kantin sempat jugak la aku dengan member aku  si Ozair Indon Berbadan Raksasa layan kejap dekat depan pintu masuk TUDM.. Awal2 dah kena kencing dengan mamat polis, dia kata basikal nak lalu dalam 15 minit lagi.. Tunggu punya tunggu nah sejam setengah baru sampai.. hancing ja rasa kepala otak ni rasa di perkotak katik kan.. Nasib masih teguh iman di dada maka dengan sifat mahmudah yang telah lama di amal kan so aku maafkan la abang polis 2.. Err sempat jugak la aku dengan ozair 2 bantai nasik sepinggan dulu.. 2 pon xsampai2 lagi.. Perlahan sungguh kayuhan mereka.. Berbagai2 imaginasi rekaan la direka bersama bagi menghilangkan boring di dada ni seperti kemalangan beramai2, mamat basikal baling botol air kena guard TUDM, apek bawa basikal tua di nobat johan tahun ni etc..


Tunggu lama2 sangat buat aku terkenang masa aku kecik2 dulu, dulu masa sekolah rendah dengar ja ada orang lumba basikal dari langkawi dia punya happy mengalahkan happy keluar rehat awal.. Yelah, mana xnya ini bermaksud sekolah akan dapat balik awal takut2 jalan jem dan bertujuan juga memberi peluang kanak2 macam kami memberi sokongan x berbelah bagi pada pelumba2 yang tengah lumba.. Awal plak 1 jam kan, memang bes cam gampang la rasa, sedangkan balik awal 5 minit pon dah rasa hebat gila ni kan pulak 1jam.. Ada 1 masa 2 masa tengah2 bersemangat menunggu pelumba2 lalu sambil2 berharap ada la yang murah hati campak botol air diorang masa tengah tekun mengayuh 2 kat aku..Boleh jugak aku buat cenderahati.. Bawak g sekolah kompom2 ramai mata yang memandang, awek2 pon mesti la mula nak bekenalan dengan aku kan.. 


Tiba-tiba!!!


Datang la 1 pakcik polis dengan moto besar kaler putih ada lampu liplap2 siap da bunyik2 lagi datang.. "give me 5", kata beliau berulang kali.. Aku dengan muka tensennya bangun la nak blah ke belakang sikit, muka hensem2 kang duduk belakang mana nampak kalau masuk tb kan..Tapi aku tengok budak2 lain rilek je siap sua2 tangan.. 


Start hari 2 baru la aku tau main tampar2 tangan 2 orang panggil GIVE ME 5.. pelik betul bunyik dia kan.. Rasa bes je diri bila dapat tau perkataan penjajah 2 masa 2..


p/s sepanjang aku menceburi karier sebagai cheerleader untuk pelumba2 le tour d langkawi ni, xpenah pon aku berjaya menjadikan botol air brand milo diorang sebagai cenderahati, dan awek2 pon xpenah la cuba mendekati aku.. yang aku dapt botol mineral dari pakcik polis ja.. damn!!

2 comments:

  1. le tour de langkawi lalu genting~!

    yeye tgk mamat putih encem errr.... haha

    ReplyDelete
  2. mamat putih ja??yg itam x ke??haha

    ReplyDelete