create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, January 22, 2011

Sahabat Itu Harta

Pinjam Kat Google


Semua orang dalam dunia ni perlukan seorang KAWAN atau nama lainnya RAKAN.. Namun berapa ramai kah kawan kawan anda mampu menjadi SAHABAT anda.. kalau menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, maksud sahabat dengan kawan atau rakan adalah sama.. Tapi gelaran sahabat hanya layak di berikan kepada seseorang yang sangat layak.. Kawan pula layak diberikan kepada sesiapa sahaja, ianya cukup sekadar jika kita mengenali 
seseorang itu..

Adakah kalian semua memiliki sahabat yang ramai.. mustahil seseorang itu memiliki sahabat yang sangat ramai seramai kawan yang dia miliki.. Disini da beberapa persoalan sedikit tentang kawan korang..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup datang sejauh 25km semata2 nak hantar duit kepada kalian untuk menukar tiub yang pecah..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup berkongsi lauk dengan kalian ketika kalian hanya makan nasik gpreng dan telur goreng..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup terlepas bas semata2 nak membantu kalian yang sedang dipukul..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup datang ambil kalian di stesen bas pada jam 4 hingga 5 pagi..

Berapa ramai kawan kalian yang xsanggup tengok kalian ikat perut xmakan..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup kongsi apa sahaja dengan kalian..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup keluarkan beratus ringgit semata2 untuk majukan kalian..

Berapa ramai kawan kalian yang menangis melihat kalian di landa kesusahan..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup memimpin kalian di kala kalian jatuh..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup bersusah2 bersama kalian..


Berapa ramai kawan kalian yang sanggup melayan berkali2 pertanyaan kalian tentang blog..

Seberapa ramaikan SAHABAT yang kalian miliki???

Atau layakkan kalian untuk dipanggil SAHABAT???

P/S semua penyataan dah aku alami..terima kasih yang xterhingga kepada kawan2 aku yang layak digelar SAHABAT..mungkin xramai tapi sangat berharga.. hanya Allah yang boleh balas atau Dia izinkan aku membalas jasa kamu semua..

5 comments:

  1. bkn senang nk cr sahabat sejati.. glad i found some.. :-)

    ReplyDelete
  2. huuu~ aku ada ramai kawan.. tapi kalau nak kata, yang paling rapat or BFF, xde~ :)

    ReplyDelete
  3. Kawan ramai bff ??

    My family ialah terbaik hehehe

    ReplyDelete
  4. tol 2,antara kekasih dan sahabat lebih baik pentingkan sahabat...:)

    ReplyDelete
  5. sahabat , they r 0ne of the preci0us things 0n Life kan mr.NS ?

    ReplyDelete