create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, January 16, 2011

7 Keajaiban Dunia

ok aku xnak buat intro panjang2... jangan kata korang aku sendiri pon malas nak baca...


ok kali ni aku nak cerita pasal 7 keajaiban dunia... korang semua mesti dah sedia maklum akan keajaiban dunia yang ada ni yang bertujuan membuktikan kehebatan manusia dulu kala yang bertamadun...


1) ok yang pertama TEMBOK BESAR CHINA...


yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer. 
2) yang kedua pulak ialah PIRAMID GIZA..


keajaiban dari bangsa mesir kuno.
Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi.
kat sini la ada patung badan singa kepala firaun yang dipangil Sphinx.. owner dia Firaun Khufu..


3 ) yang ketiga TAJ MAHAL...

istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz...
ianya merupakan lambang cinta Shah Jahan kepada Muntaz
yang mewasiatkan kepada Shah Jahan supaya membina makam yang paling indah
untuknya... seramai 40k pekerja dikerah..


4 ) seterusnya TAMAN BERGANTUNG BABYLON...


juga dikenal sebagai Taman Tergantung Semiramis...
dibangun oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu Raja Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun 600 SM... t
aman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates... Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul “tergantung” seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan kata Yunani “kremastos” atau kata Latin “pensilis”, yang bermaksud bukan hanya “tergantung” tetapi “anjung,” seperti terletak di atas beranda atau suatu teras


5 ) seterusnya ANGKOR WATT...


terletak di kemboja..dibina oleh Raja Survayaman II pada pertengahan abad ke 12...mengambil masa selama 30 tahun untuk siap.. merupakan bangunan keagamaan terbesar di asia tenggara..


6 ) seterusnya MENARA CONDONG PISA...


ianya merupakan sebuah menara loceng yang terletak di Pisa, Italy...
asalnya di bina tegak akan tetapi disebabkan asas yang
lemah menyebabkan ianya condong ke arah barat daya..

7 ) dan yang terakhir pulak ialah CANDI BORODUBUR...


ianya terletak di desa Boro , Kabupaten Lagelang, Jawa Tengah...
ianya seluas 2,500km persegi...
dibina antara tahun 750 hingga 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.
dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.


hah itu la dia 7 benda yang ajaib dibina... sebenarnya bayak versi dia.. dan yang aku tunjuk ni 7 benda ajaib yang lama dan sekarang dah ada yang baru... itu lain kali aku cerita ok.. 


sebenarnya selain dari ni ada juga 7 keajaiban ajaid dunia yang semulajadi yang sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Agong saja mampu cipta tanpa memerlukan kekerahan tenaga berjuta2.. 2 pon lain kali je aku cerita... tapi aku nak bagi 1 ciptaan Allah s.w.t yang paling ajaib iaitu MANUSIA dalam erti kata lain korang la termasuk jugak aku...

2 comments: