Thursday, September 15, 2011

Dig Bebeh Dig!!

Suasana hari raya menyebabkan blog aku terabai, ketupat, lemang, kuih sarang semut, samprit yang dikisar halus  didalam perut ni menyebabkan otak aku kurang bercerdas untuk menaip2(menaip bukan guna jari ke, jadahnya guna otak..aggghh)...
.
.
.
Semalam sepatutnya aku masuk kerja pukul 9am untuk shif pagi.. Disebabkan orang yang berubat mak aku nak datang jadi terpaksa aku masuk kerja pada jam 12pm.. dikesempatan ni aku mintak korang sama2 doakan mak aku kembali sihat.. Tq...

Perjalanan menuju ke tempat kerja pada jam 12 tengahari bukan kerja main2.. Perlukan kekuatan mental yang cukup untuk meredah bahangnya matahari duniawi.. Cuaca yang terik cukup untuk mengeringkan tekak aku... Dengan alasan nak beli air dan lighter yang xsengaja ditinggalkan dirumah, aku berhenti di sebuah kedai runcit di tepi jalan... Honda EX5 ku parking kemas di hadapan kedai tanpa double stand.. Ais lemon tea fresh dari dalam botol jenama lipton aku capai beserta ligther jenama criket dengan moto Quality And Safety.. Cashier kedai runcit tersebut adalah seorang awek.. Ya seorang AWEK.. Bukan sengaja nak puji tapi memang cun, dengan hidung mancung, muka hindustan.. Dah nama hindustan kompom2 la putih kan..

Masa sememangnya mencemburui aku yang sebagai hero ni.. Kelewatan untuk ketempat kerja menyebabkan aku xsempat beramah mesra dengan beliau apatah lagi untuk bertukar akaun fesbuk... Aku capai Hondaku, ku undur pelan2 ada basikal2 yang cuba melambatkan aku... Sebagai bakal imam muda jadi aku mesti sabar...ye dak... Sebelum aku sempat memacu laju Hondaku, aku perasan awek tadi berdiri dihadapan kedai beliau...Berbekalkan wajah beliau yang cun, dengan gaya selambanya beliau menggunakan jari kelingking beliau menggali dan mengali lubang hidung beliau.. Suatu penerokaan...Ahhh Indah sungguh pemandangan tersebut... Dari peristiwa tersebut dapat aku simpulkan awek2 cun pon ada taik hidung dan awek2 cun pon korek taik hidung guna jari xguna katembite..ekkekekeke

Agak2 awak korek hidung guna jari x neelo??

No comments:

Post a Comment