create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, August 22, 2011

Pengertian Posa Bagi Yang Belom Mumayyiz

rembat sini

Sebagai kanak2 yang belom mumayyiz... Pengertian posa hanyalah sekadar xboleh makan dan minum d depan orang pada siang hari sahaja.. Bila dah upgrade besar sikit, xboleh makan dan minum terus di waktu siang hari... Sebagai kanak2 kampung yang normal, berlagak seperti posa adalah perkara yang perlu dan sentiasa di amalkan.. Ini bukan bertujuan nak kelihatan macho di depan awek2 tadika dan sekolah rendah tapi berharap pujian dari golongan dewasa... Gila ka pa nak tunjuk kat awek2, tengok awek2 pon xstim lagi... Kantoi posa adalah perkara biasa dan xperlu risau untuk menjadi ahli van2 mayat yang banyak berkeliaran di bualan posa... Berbekal kan rupa yang inesen, raut wajah menderita cukup sebagai modal untuk mendapat simpati sepinggan nasik dan sejag air oren dari insan yang bergelar ibu...

Tawaran duit raya selalu dijadikan umpan untuk kanak2 sebagai pembakar api semangat untuk bangun sahur, dan xmakan nasik di waktu siang hari... Kegagalan untuk berpuasa penuh, akan menyebabkan pengurangan bilangan kertas yang dinilai sebagai duit di dalam angpau... Ianya sedikit sebanyak akan menyebabkan kekalahan dalam pertaruhan duit raya sapa yang paling banyak peringkat bawah 10tahun,... Namun begitu kegeligaan kanak2 dalam hal duit2 raya ni memang xdapat dipertikaikan,.. Seperti kenyataan di atas berbekalkan rupa yang inesen cukup untuk meraih simpatai ibu bapa untuk menambah semula bilangan duit raya tersebut...

Bulan posa jugak beerti, "hantu" semua kena ikat.. Setan?? Sapa setan?? kanak2  lebih takutkan hantu dari setan... Ini memberi peluang pada kanak2 untuk mengisi semula masa bermain disiang hari yang telah dihabiskan dengan aktiviti baring2 depan tv hingga terlena di sebelah malam... Hantu xda jadi ibu bapa hilang modal untuk menggunakan hantu kopek sebagai senjata... Kesibukan ibu bapa untuk bertarawih juga memberi ruang lagi untuk kanak2 menjalankan aktiviti sembunyi2, tuju kasut, mercun di kawasan masjid yang sememangnya menjadi tempat popular dikala ramadhan menjelang..

Dalam erti kata mudah bagi kanak2 bulan posa adalah rehat segalanya termasuk perut di siang hari dan bersuka ria di malam hari... Dan hari raya hari gumbira sepanjang hari...

No comments:

Post a Comment