create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, August 27, 2011

Cerita Bulan Posa Yang Lepas-Lepas 2

Masa aku muda2 dulu, waktu bulu xcukup lagi tumbuh di badan aku bulan posa adalah bulan yang penuh bermakna... Banyak aktiviti yang berfaedah yang xsesuai dilakukan di bulan2 xposa sesuai di lakukan di bulan2 posa... Sebagai seorang budak kampung yang xpernah tau life budak taman, aktiviti2 seperti ini wajib di bulan posa...

Aktiviti yang paling popular adalah bermain mercun... Mercun.. Aku ulang sekali lagi, bunga2 api hanya untuk budak2 yang main kawin2, masak, anak patung sahaja... Budak2 laki kalau nak main bunga api hanya bunga api bintang2 saja yang dibolehkan... Stok2 mercun boleh didapati secara haram dari pembekal2 yang xberdaftar yang selalunya berlokasi di rumah2 sahaja... Yang jual dekat kedai2 runcit hanya dari kaum2 bunga api dan mercun bawang yang lebih perlahan dari kentut...

bunga api untuk yang berjiwa lembut sahaja

Aku memulakan pengalaman bermain mercun dengan bermain mercun lada.. Mercun lada adalah anak kepada mercun papan.. Mercun papan adalah dari jenis mercun yang geng2 cina suka bakar bila diaorang beraya... Mercun lada dan mercun papan ni jenis yang sumbu cepat macam babi dia bakar, silap perhitungan boleh merekah jari2... Tapi bila dah terer mercun2 ni dibiar meletup dekat tangan saja, bila ada awek2 yang tengok terasa macam awek 2 kompem jatuh cinta dengan kita... Seterusnya, penglibatan aku menjurus kepada mercun "guruih", mancis dalam bahasa kasarnya... RM 1 sekotak xda hal, rembat sahaja dari dompet mak aku dulu besok baru mintak kira macam dompet mak aku macam kod memot "pakai dulu bayar kemudian" lepas dah pakai menangis2 nak bayar, macam 2 la jugak aku, menangis2 kena balon dengan mak aku... Balon siang, malam aku rembat lagi, besok siang kena balon lagi macam 2 la rutin bulan posa... Setakat kena balon dengan mak aku ja apa da hal... Kan sayang anak tangan2 kan... Mercun ni selalu digunakan untuk aktiviti prank sebab dia lambat gila meletup.. Mercun telur naga jugak mula dimain kan..

Bila kawan2 makin terer main mercun bola, ketupat dan sebagainya, aku pon turut join... Baru la up to date macam 2... Mercun dari jenis2 ni jangan cari pasal nak biar meletup2 kat tangan, dah bakar terus buang, kalau xbuang besok masuk paper sinar muka depan... Bunyi dia  xda level2 kentut, sapa2 sembelit dengar bunyi terus lancar perjalanan taik 2 xda tersekat2...


Bila semua mercun dah cuba sampai la mercun paling hensem iaitu meriam buluh... Budak2 kalau dapat main meriam buluh memang terasa diri dah jadi level abang2... Xkira la dah "potong" atau belom... Meriam buluh xboleh main sebarang2, silap2 kena beraya dalam jail kalau mak bapak komplot xnak jamin... Bila dah jadi macam 2 musnah segala plan2 jalan2, rumah2 potensi untuk diserbu time raya nanti... Meriam buluh menggunakan buluh memang la kurang selamat, penggunaan buluh hanya sesuai digunakan untuk zaman abah2 sahaja, bila zaman makin maju, budak pon kena kretaif... Penggunaan saluran paip najis bertekstur konkrit pilihan yang paling selamat.. Pastikan cucian bersih dahulu sebelom digunakan.. Meriam Tin juga adalah adek beradek dengan meriam buluh cuma rupa fizikalnya xseperti meriam... Penggunaan kabait dan belerang sama sahaja, konsep tindak balas dengan air jugak masih dikekalkan... Meriam tin boleh dimain disiang hari sebab mudah untuk diselit jika hampir terkantoi...

bukan meriam zaman jepun

P/S = Bersambung.................................................................................................

Monday, August 22, 2011

Pengertian Posa Bagi Yang Belom Mumayyiz

rembat sini

Sebagai kanak2 yang belom mumayyiz... Pengertian posa hanyalah sekadar xboleh makan dan minum d depan orang pada siang hari sahaja.. Bila dah upgrade besar sikit, xboleh makan dan minum terus di waktu siang hari... Sebagai kanak2 kampung yang normal, berlagak seperti posa adalah perkara yang perlu dan sentiasa di amalkan.. Ini bukan bertujuan nak kelihatan macho di depan awek2 tadika dan sekolah rendah tapi berharap pujian dari golongan dewasa... Gila ka pa nak tunjuk kat awek2, tengok awek2 pon xstim lagi... Kantoi posa adalah perkara biasa dan xperlu risau untuk menjadi ahli van2 mayat yang banyak berkeliaran di bualan posa... Berbekal kan rupa yang inesen, raut wajah menderita cukup sebagai modal untuk mendapat simpati sepinggan nasik dan sejag air oren dari insan yang bergelar ibu...

Tawaran duit raya selalu dijadikan umpan untuk kanak2 sebagai pembakar api semangat untuk bangun sahur, dan xmakan nasik di waktu siang hari... Kegagalan untuk berpuasa penuh, akan menyebabkan pengurangan bilangan kertas yang dinilai sebagai duit di dalam angpau... Ianya sedikit sebanyak akan menyebabkan kekalahan dalam pertaruhan duit raya sapa yang paling banyak peringkat bawah 10tahun,... Namun begitu kegeligaan kanak2 dalam hal duit2 raya ni memang xdapat dipertikaikan,.. Seperti kenyataan di atas berbekalkan rupa yang inesen cukup untuk meraih simpatai ibu bapa untuk menambah semula bilangan duit raya tersebut...

Bulan posa jugak beerti, "hantu" semua kena ikat.. Setan?? Sapa setan?? kanak2  lebih takutkan hantu dari setan... Ini memberi peluang pada kanak2 untuk mengisi semula masa bermain disiang hari yang telah dihabiskan dengan aktiviti baring2 depan tv hingga terlena di sebelah malam... Hantu xda jadi ibu bapa hilang modal untuk menggunakan hantu kopek sebagai senjata... Kesibukan ibu bapa untuk bertarawih juga memberi ruang lagi untuk kanak2 menjalankan aktiviti sembunyi2, tuju kasut, mercun di kawasan masjid yang sememangnya menjadi tempat popular dikala ramadhan menjelang..

Dalam erti kata mudah bagi kanak2 bulan posa adalah rehat segalanya termasuk perut di siang hari dan bersuka ria di malam hari... Dan hari raya hari gumbira sepanjang hari...

10 Malam Terakhir Dan Lailatul Qadar


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Kredit untuk Al-Azim

Saturday, August 20, 2011

10 Alasan Budak Tak Posa

1."Ala aku period la..Bulan ni period aku dtg tiap2 minggu, maybe dia advance untk bulan2 depan so bulan2 depan xperiod dah la kot"

2. "Aku xboleh kalau satu hari xmakan, nanti gastrik,deman,sakit sendi, H1N1 semua... Tuhan kan mara kalau kita menyeksa diri kan"

3. "Aku terpengsan selama 5 minit tadi"

4. " Lupa bangun sahur la, semalam tetido pukul 4pagi 2 yang xterjaga 2"

5. "Tadi doktor suntik amik darah aku sikit, dah tecucuk kira xboleh puasa kan"

6. " Alamak aku terkorek hidung la, best sangat sampai susah nak berhenti"

8. " Aku kan perantau, xkesah la aku naik kapal terbang pon janji lebih 90km kan"

9. " Aku terlupa pulak hari ni puasa... Lemah betul daya ingatan aku sekarang ni"

10. " La isap rokok batal ke puasa.. Xtau pulak, ni kira batal la kan so boleh makan nasik dah kan?"



P/S - Xposa xboleh dapat duit raya...kekeke

Thursday, August 18, 2011

Nak Kenal Dengan Setan??

Bila aku belek2 balik entry aku untuk bulan2 posa ni..Pergh sedeh... xda satu pon yang boleh aku isi dalam tabung amalan aku... Jadi kali ni aku nak bagi ilmu sikit.. Sikit ja xbanyak... Asyik dok tengok entry orang putus2 tangan, kaki, tunang je buat apa kan..kekekkeke....

Mula2 sekali aku nak mintak maap kalau ada yang tersalah info.. kalau salah tolong betulkan...Mari kita mengenali 9 anak2 setanirojim...

1. Zalituun - Yang ni suka duduk2 dekat kedai2, pasaraya segala bagai.. Tugas dia nasihat korang supaya jangan jimat2..rugi jimat2 ni dia kata...

2. Wathiin - Dia akan pergi cucuk2 orang yang di timpa musibah supaya menyalahkan takdir Allah s.w.t..

3. A'awan - Yang ni jenis duduk dengan geng2 pemerintah.. Suruh pemerintah lupa diri, makan rasuah, tipu sana tipu sini, pergi jahanam sama rakyat2..

4. Haffah - Suka kawan dengan kaki botol, sebab kaki botol suka minum air kencing dia.. Kalau dekat2 disko 2 memang belambak la jenis2 ni..

5. Murrah - Tugas dia melalaikan korang bila korang sedang berhibur.. Xkira la apa2 hiburan janji korang terhibur dan benda 2 sia2...

6. Masuud - Meloncat2 kat bibir manusia supaya membuat fitnah..

7. Daasim - Yang ni pulak, kalau korang masuk rumah xreti bagi salam memang dia pon ikut masuk sekali.. Dia la punca masalah rumah tangga.. Jadi kalau sapa2 masuk rumah korang xreti bagi salam, terajang ja..

8. Walahaan - Sentiasa membuatkan kita rasa was2 terutama waktu kita ambil wuduk dan solat..

9. Lakhuus - Sahabat kepada orang Majusi yang menyembah matahari atau api...

Jadi kawan2... Habis Ramadhan nanti hati2 la yer...

Cerita Bulan Posa Yang Lepas2


Bulan posa yang paling aku terasa begitu gagah sekali adalah sewaktu aku semester 1 di salah sebuah institusi pengajian yang di bawah ngauman kerajaan... Pertama kali aku posa secara berjauhan dari keluarga yang tercinta, walaupon sedih namun tetap ku gagahi jua perjuangan untuk tidak makan dan minum...

Sepanjang bulan posa, pensyarah2 aku sentiasa memahami isi hati para pelajar mereka yang letih berposa dan perlu bertukus lumus memukul tapak kaki untuk ke kelas pada bulan2 posa.. Apatah lagi sebagai pelajar baru, nak menyesuaikan diri memerlukan masa.. Jadi kelas selalu tak ada.. Terima kasih pensyarah...

Peluang2 macam ni, aku sebagai pelajar pelajar kena la gunakan dengan sebaek2nya kan... Untuk mengelak kan aku dan kawan2 aku dari terlepas sahur, aku mengisi masa aku dengan aktiviti2 yang berguna seperti bermain game di laptop yang aku rembat dari kawan aku... Nak harap kan kawan aku, suh dia tidor pandai la, bab2 bangun ni dia belum khatam.. Zaman2 ni aku xpandai on9 lagi... eja pon "online" lg.. My space pon orang tolong bukak kan.. Hebatkan?? Main game hingga xingat dunia akan menyebabkan masa berlalu dengan cepat, tengok2 dah sahur.. Jadi aktiviti sahur sentiasa berjalan dengan lancar xda kantoi2... Lepas sahur kena la tidor kan..Nak memulihkan balik tenaga2 harian yang dah guna... Bila dah tidor kompem2 aku bangun lewat kan.. Selalunya pukul 3 aku akan bangun... 2 pon sebab nak kencing, kalau pundi kencing aku dah xberfungsi aku xberani nak komen... Jadahnya bangun pukul 3 petang, kalau keluar kompem2 kantoi kan kita bangun lambat.. Awek2 tengok nanti xmacho la... Jadi xperlu nak pikir panjang2 aku amik keputusan sambung balik tidor.. Kul 5 aku bangun terus pergi bazar.. Kalau muka ngntuk pon orang2 mesti suspek tidor petang,, Besa la 2 bulan2 posa tidor petang kan... Bijak kan aku??? Wah indahnya ramadhan aku..sob3...

p/s = bulan2 posa xboley buh gambar neelofa selalu..hik3...

Sunday, August 14, 2011

Ais Krim Di Bulan Posa

Ais Krim,
Atau dalam bahasa inggerisnya Ice Cream, dalam bahasa mudah eskrem... Semua orang suka ais krim, xkira budak2 kecil, budak baru nak mimpi basah, budak2 yang dah lama mimpi basah mahupun orang2 dewasa yang otai bab2 mimpi basah... Apa mimpi2 basah bulan2 posa ni... Ais krim memang best bila dimakan waktu hari siang dikala suhu bumi terasa bagai nak mewarnai kulit badan... Ais krim di Malaysia memang banyak jenis, dari buatan luar sampai la buatan anak tempatan iaitu "Ais Krim Malaysia".. Tahniah Malaysia.. Ais krim ni kalau korang nak tau dah tercipta sejak 4 B.C lagi.. Cuma masa 2 xpopular pasal owner syarikata nestle, magnolia semua 2 belum lahir lagi.. Peti ais pon xda lagi...

Apa jadahnya cerita pasal ais krim tengah2 hari ni, bulan posa pulak 2...

Semalam...
Sepanjang bulan posa, aku memang kena masuk petang.. Bukan aku saja semua staf kena masuk petang.. Pukul 1.40PM bawa moto pergi keja bulan2 posa ni memang bukan benda bes macam pergi dating dengan awek2... Dengan cahaya matahari tegak lurus tas kepala xda cover2 memang rasa nak pukul trafiq light ja bila asyik2 merah... Sesampai aku pada salah satu trafic light tiba2 datang mamat india sebelah aku... Beliau makan ais krim.. Sekali aku tengok, tapi aku xdapat kawal mata aku untuk tengok lagi buat kali ke 2 ke 3 dan seterusnya...dem.. Gua suspek ais krim 2 dari spesis ais krim asam boy yang harga 50sen.. Ais krim 50sen 2 bila aku tenung2 lama dah macam ais krim dalam iklan mawi dah...

Slurrpp...slurrpp...slurrp...

erm sedapnya beliau menjilat2 ais krim 2... Ada gaya..

gambar pinjam


P/s Buka posa ni Aku nak makan ais krim 16 batang...Aggghhh...

Saturday, August 6, 2011

Cerita Bulan Posa

Watak utama kali ni...(gambar senget jangan salah kan aku)..

4.30 : bangun sahur... Nasik 2pinggan selamat mendarat dalam perut...kenyang...

5.00 : Mandi, sabun, gosok gigi, gosok badan, gosok ketiak...

5.10 : Seragam sekolah rendah kemas digayakan... Rambut disisip rapi gaya tomok...

5.15 : Sambung tidor........................................

7.15 : Bangun, pergi sekolah... mandi, basuh muka, pakai baju sekolah, sikat rambut semua settle...

Terbaik anak sedara aku.. Aku dulu pon xpenah pikir idea sekretif dia... Bijak2...

Wednesday, August 3, 2011

Posa Hari Ke 1

Hari ni dah 3 hari berposa, dan aku xda niat pon nak cerita pasal hari posa yang ketiga ni... Cuma nak ajak berkongsi cerita hari posa yang pertama ja... Hari pertama posa compom la letih dia lebih sikit kan, sementara perut nak membiasakan diri kekosongan dari sebarang isi...

Hari posa pertama, sebab dah nama pon hero xkan nak cakap lapar pulak kan... Jadi perot aku x tergugat dari sebarang rasa kelaparan cuma kedahagaan ja sedikit melampau.. Hari posa pertama aku keja, keja ke x itu xkesah... Yang buat aku barannya, tengah2 mandi boleh pulak air masuk dalam terlinga.. Waktu xposa xnak pulak dia masuk.. Err "ter" ok, jangan korang cuba2 nak memanipulasikan otak korang..

Masuk air dalam telinga kalau nak keluarkan kena la masukkan air dalam telinga balik kan, Kalau aku masukkan lagi secara otomatik batal posa aku, dah la posa 1st, xkan xnak posa.. Hero xboleh ngalah... Jadi amik jalan mudah..biarkan jela...

Memang heaven terasa bila telinga jadi pekak sebelah... Terasa bengang sampai rasa macam nak makan nasik ja.. Nasib da cita2 nak masuk imam muda terasa kesabaran dia...

Masuk hari ni dah 3 hari telinga aku pekak sebelah... ada apa2 petua lain ka???

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Dah Mai Dah


hijau 2 menawan...

Dibulan yang mulia lagi diberkati ni aku ingin mengucapkan kepada semua umat islam yang masih hidup di muka bumi ini SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK... Kurangkan Dosa Tingkatkan Pahala.. Amalan didahulukan Kebajikan diutamakan... pergh kalau dulu upsr aku boleh buat ayat cam ni kompom tingkatan 1 aku dah masuk matrik.. Sapa2 yang kata aku ucap lambat kompom dia posa 1 hari saja.. kehkehkeh..

Pesanan ikhlas suci lagi murni dari aku :
jangan makan nasik tengahari termasuk minum air
jangan korek hidung, telinga atau apa2 lubang(dibadan)
jangan pakai seksi2
jangan tengok orang seksi2
porn lagi la jangan tengok
jangan ngumpat
jangan masturbate
jangan bawak plastik hitam merata2
jangan membazir kat bazar
jangan dengki2 jiran beli quiksilver
jangan bunuh kucing
jangan isap rokok
jangan kedekut belanja aku berbuka......

p/s - doakan aku benti rokok...huhuhuh...

tergoda x?
Yang ni??

eleh tengok yang ni pon dah cari..kehkehekeh