create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, March 23, 2011

Bila Besar Nanti Nak Jadi............................

Ada 1 petang yang agak mendung hari 2.. Mendung acah2 ja xda hujan pun masa hari 2.. Membe merangkap jiran aku, dengan baik hatinya dah anjurkan pertandingan lumba lari peringkat sekolah rendah konon2 nak mengisi masa teluang budak2 ni sebab cuti sekolah daripada diorang menjalankan aktiviti berfaedah seperti mengeratkan silaturohim di pesbuk atau belajar matematik di poker..

Aku dengan 2,3 orang lagi membe pegang watak pom2 boy kat tepi padang.. Anak sedara aku pun da join jugak.. Lari pecut 3x dah xnk main pasal celah paha dia meleciaq.. Mana x nya,1 paha dia 2 paha aku.. Sambil2 lepak ada jugak aku tnya 3,4orang budak yang tunggu turn nak lari untuk next round apa cita2 diorang bila besar nanti.. Aku ada jugak bgtau dulu cita2 aku nak jadi walau hakikat dia masa kecik dulu aku xtau pun pa 2 peguam,keja dia wat pa lagi la haram aku nak tau.. Dah cikgu duk cakap selalu sangat, jadi aku bajet peguam 2 mesti bes, bes dia jugak mesti cita2 jadi suria baja hitam pun kalah.. Sebabnya cikgu xpenah pun sebut pasal suria baja hitam 2..
gambar pinjam

Balik pada soalan aku kat budak2 2, budak 1st yang aku tanya dia kta nak jadi askar.. Bila aku tanya nak jadi askar darat ke laut ke udara.. Dia xjawab tapi dia tanya aku balik 'asing2 ke?bukan askar smua sama ke?'.. Aku bajet budak ni dia lebih beminat pada skim sara muda untuk tentera banding niat suci nak jaga negara.. Perancangan awal 2 penting,bagus boley p jauh budak ni..

Budak no 2 pulak cakap dia nak jadi bomba.. Dah macam lebih kurang ja dengan budak yang pertama.. Sepupu kena la sehati sejiwa kata dia.. Alasan dia nak jadi bomba pasal baru2 ni, hutan belakang rumah dia tebakar, abang2 dia betukus lumus la padam kan balik kebakaran 2 dan dia pulak betukus lumus pergi main rounders kat padang dekat dengan rumah.. Gigih sungguh...

Sampai giliran budak yang last sekali, cita-cita dia simple ja.. Xda susah2 nak fikir..
"abang nak ganti tempat abah ja bawa lori.. Nanti abah dah tua xlarat kesian la kat abah"...............................

p/s- budak last 2 anak sedara aku, lepas ni aku xnak ajar dia lagi buat kerja sekolah tapi aku nak latih dia buat drift guna lori pulak.. Agar cerah masa depan dia nanti...

sapa kata jadi batman xbagus, sebelum jadi batman kena jadi kaya dulu..kira bagus la 2..

4 comments:

  1. jadah apa ko nak ajar dia berdrift. senget~ -.-"

    ReplyDelete
  2. saya suka cita-cita budak yg Last skaLie .. sgt2 bgga dgn piLihan dia yer ..

    ReplyDelete
  3. hahaha..
    Lawak dowh..
    ada pulak mcm tu.. wakakakk

    ReplyDelete