Assalammualaikum..
|
pinjam kat google |
Semalam aku dah janji nak buat entry yang ada kena mengena dengan makanan bagi nak sesuaikan dengan nama blog aku yg kalau ikut ic Nasik Lemak Ikan Bilis ni..
Apa yang aku nak cerita hari ni bukan la tentang resepi segala bagai atau menyelit petua2 di dapur tapi lebih pada pemahaman aku tentang makanan.. Pandangan orang ni berbeza tapi klu ada apa yang salah dan menyimpang dari landasan kemakanan 2,korang tegur2 la supaya aku dapat ejas balik setting pandangan aku ni..
Makanan ni dunia dia luas,makin maju dan moden dunia,makin luas la dunia makanan 2.. Kira sama la macam teknologi kan.. Pengetahuan tentang makanan,menu,cara penyediaan sentiasa bekembang..contohnya kari dari guna santan perah sampai la guna santan paket sampai la xguna santan langsng.. Kreativiti manusia tentang makanan makin hari makin bijak..
Ok sekarang tentang imej sesuatu makanan dan tempat.. Imej kat sini kira kandungan dan bentuk makanan termasuk jugak jenis makanan 2 la.. Dari sini kita dapat tau makanan 2 makanan dari mana.. Contoh kita xperlu lagi ambil jauh2 di Malaysia sudah, di utara memang feymes dengan kari/gulai, kira mana2 kedai makan mesti ada kari, kedai mamak jangan cakap atau lebih sinonim dengan nasi kandar,belambak dekat area utara,jangan cari la tempat yang xda kedai mamak.. Di selatan pulak, masak lemak dan asam pedas memang diorang la yang pegang.. Nasi kandar kalau buka memang agak susah la nak cari market.. Lain la kalau nasik kandar ada asam pedas tumis kan, itu aku xberani nak komen la.. Dari selatan ke utara tetap ada makanan yang sama,cuma yang membezakan cara penyediaan dan bahan2.. Contoh asam pedas tumis dan asam pedas rebus, kari biasa dan kari besambal..
Negara kita harmoni dengan pelbagai kaum jadi antara faedahnya kat sini adalah variasi makanan di Malaysia.. Seperti yang kita tau orang melayu sendiri makanannya bercirikan pedas dan bahan utama yang selalu di gunakan dalam kebanyakan makanan ialah cili padi,belacan dan rempah2.. Orang cina pula makanan mereka bercirikan sup atau berkuah samada pekat atau cair,bahan utama diorang pula bawang putih.. India sememangnya berempah.. Masyarakt Malaysia yang majmuk ni telah memeriahkan industri makanan di Malaysia, dan dari percampuran idea ni lahir berbagai2 idea makanan yang baru yang semua bangsa mampu sediakan..
Hah itu baru kita cerita makanan kat Malaysia, belum luar dari Malaysia lagi.. Arab dengan makanannya yang masam,itali dengan basilnya,france yang otai dalam makanan, jepun dengn konsep mentah itu lazatnya, indonesia,thai dan macam2 lagi.. Luas xluas dunia makanan ni.. Nak cerita semua memang boleh buat buku 250 halaman termasuk muka surat la jawab dia..
Boleh jual 2..
Sampai sini dulu lain kali aku mencarut lain.. Kalau da yang salah dalam pandangan aku ni.. Betul, betulkan la yek...