create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, December 19, 2010

Misteri Kematian Lagenda Bruce Lee - Part 2 -


Hari 2 aku dah cerita serba sedikit pasal mamat Bruce ni kan… So Harini kita teruskan kepada tajuk utama post ni tentang misterinya kematian mamat lagenda ni… Sebenarnya banyak siri atau gossip pasal kematian dia n… Aku xnak intro panjang2 karang korang boring pulak lagi pon malas aku nak tulis panjang2…

Kematian Bruce merupakan 1 peristiwa yang memberi tamparan besar kepada semua peminat beliau termasuk la bapak aku yang memang fanatic dengan mamat Bruce ni… nasib dia xda nanges guling2 ja kalau x mau frust mak aku kerana kejelesan yang melampau… Ada yang mengangap kematian Bruce adalah kesan dari latihan melampau yang diamalkan, xterlepas jugak ada yang mengatakan dia amik dadah dan ada jugak dengan confident level yang tinggi mengatakan itu semua lakonan semata2…

Dari kebanyakkan info yang aku dapat Bruce mati selepas dari koma dan dia memang betul2 mati bukan main2… Pada 20 Julai 1973, Bruce telah bertemu dengan Raymond Chow dan Betty Ting Pei untuk berbincang mengenai filem baru mereka ( ada yang mengatakan The Game Of Dead)… Selepas R.Chow keluar, Bruce mengadu terasa sakit kepala da Betty telah memberikannya sejenis ubat penahan sakit Eguagesic dan Bruce terus berehat sehinnga tertidur… Chow dikatakan telah menghubungi mereka pada malamnya bertujuan menanyakan sebab mengapa Bruce dan Betty tidak hadir ke jamuan makan malam yang telah dirancangkan… Betty mengatakan Bruce tidak sedarkan diri walau telah dikejutkan oleh itu Chow dengan bantuan seorang doctor telah cuba mengejutkan Bruce namun masih gagal dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Hospital Queen Elizabeth… Bruce di sahkn meninggal sebaik sampai ke hospital… Dr. R. R. Lycette menyifatkan kematian Bruce adalah disebabkan keadaan sensitiviti yang melampau pada bahan yang didapati dalam tablet sakit kepala yang diambil…

makam Bruce

Banyak spekulasi lain yang telah disebarkan tentang punca kematian mamat Lee ni… Antaranya :
  1.  Bruce telah dibunuh oleh gangster dari Amerika kerana enggan menandatangi kontark di Hollywood…
  2. Ada yang mengatakan Bruce tidak mati di appartmen Betty tetapi telah dibawa kesana… Dia juga dikatakan telah dimake up semasa pengebumiannya kerana kecederaan teruk di muka..
  3.  Bruce dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan isteri ketua gangster dan dia dibunuh ketika berasmara dana dan apartment isteri ketua gangster 2 juga sama dengan BettyKhabar angin mengatakan semasa dia masih hidup Bruce telah diserang oleh seorang ahli karate jepun di lapangan terbang...
  4. Ada yang mengatakan Bruce menjalankan latihan meditasi dan akan bangun semula lepas 7hari dan orang ramai telah meminta pihak hospital supaya tidak menjalankan sebarang autopsy keatas Bruce…
  5. Pegawai polis yang mengendalikan kematian Bruce dikatakan telah dibayar dan tiba-tiba menghilangkan diri…
  6. Bruce juga dikatakan telah dibunuh oleh seorang pendekar shaolin kerana menyebarkan ajaran kung fu shaolin kepada orang ramai…
  7. Ada juga yang mengatakan Bruce telah disumpah kerana telah membeli sebuah rumah yang berhantu…
  8. Cheah Yuan, pelakon lain bagi “Game Of Death” telah mati selepas menceritakan storyline file m ini kepada wartawan…
Betty Ting Pei

WWWAAAACCCCHHHAAAAA!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment