create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, September 30, 2011

Cinta Orang Dulu-Dulu Dengan Orang Sekarang


1. ORANG DULU - Nak berjumpa setahun sekali pon susah, takut kena marah dengan ibu bapa dan xmanis  dipandang..

    ORANG SEKARANG - Kalau boleh nak jumpa setiap hari, nak kol setiap jam, nak mesej setiap minit...


2. ORANG DULU - Xmau bercinta lama2, takut jadi perkara yamg memalukan...

    ORANG SEKARANG - Lagi lama bercinta lagi best, dah kahwin susah banyak tanggungjawab..


3. ORANG DULU - Jatuh cinta pada pandangan pertama bertemu atau setelah kenal hati budi..

   ORANG SEKARANG - Jatuh cinta pada pandangan pertama di gambar pesbuk....


4. ORANG DULU - Suka bermain mata...

    ORANG SEKARANG - Semua benda nak main...


5. ORANG DULU - Kalau keluar dating, dua2 membonceng basikal, sama2 basah keti...

    ORANG SEKARANG - Nak yang ada bumbung, ada ekon, tinted gelap2...
Sooo Swwweeeett..

6. ORANG DULU - Yang lelaki bergaya dengan kemeja masuk dalam, rambut sisip tepi biar nampak kemas..

    ORANG SEKARANG - Makin serabai makin stailo...


7. ORANG DULU - Kalau pakwe nak berjumpa pakwe mesti akan meminta kebenaran dari ibu bapa si        makwe dahulu, ambil berkat..

    ORANG SEKARANG - Keluar ikut tingkap senyap2.. Bapak tau kompom kantoi...


8. ORANG DULU - Berhubung melalui tinta..

    ORANG SEKARANG  - Update ja status kat pesbuk..


9. ORANG DULU - Teruna : apakah bukti cintamu terhadaku Fatimah??
                               
           Dara : Kan kuserah seluruh jiwa dan ragaku kepada mu Arjuna..

    ORANG SEKARANG - Teruna : apakah bukti cintamu terhadaku Fetty??

           Dara : Kan kuserah seluruh jiwa dan daraku kepada Argent..


Tuesday, September 27, 2011

Gersang Ke Hapa??

Tengah aku jalan2 ushar blog orang lain.. Aku singgah kat blog NI...Dan aku jumpa benda ni... Dan dengan xmalunya aku nak share.. kahkahkah

Ni Nak cakap macam mana ni... Kang kata kurang pandai marah pulak... 

P/s - Kalau dah pondan 2 jangan la murtad lagi.. Murtad xmasuk syurga langsung tau...

Kredit untuk Sos Yang Pedas

Thursday, September 15, 2011

Dig Bebeh Dig!!

Suasana hari raya menyebabkan blog aku terabai, ketupat, lemang, kuih sarang semut, samprit yang dikisar halus  didalam perut ni menyebabkan otak aku kurang bercerdas untuk menaip2(menaip bukan guna jari ke, jadahnya guna otak..aggghh)...
.
.
.
Semalam sepatutnya aku masuk kerja pukul 9am untuk shif pagi.. Disebabkan orang yang berubat mak aku nak datang jadi terpaksa aku masuk kerja pada jam 12pm.. dikesempatan ni aku mintak korang sama2 doakan mak aku kembali sihat.. Tq...

Perjalanan menuju ke tempat kerja pada jam 12 tengahari bukan kerja main2.. Perlukan kekuatan mental yang cukup untuk meredah bahangnya matahari duniawi.. Cuaca yang terik cukup untuk mengeringkan tekak aku... Dengan alasan nak beli air dan lighter yang xsengaja ditinggalkan dirumah, aku berhenti di sebuah kedai runcit di tepi jalan... Honda EX5 ku parking kemas di hadapan kedai tanpa double stand.. Ais lemon tea fresh dari dalam botol jenama lipton aku capai beserta ligther jenama criket dengan moto Quality And Safety.. Cashier kedai runcit tersebut adalah seorang awek.. Ya seorang AWEK.. Bukan sengaja nak puji tapi memang cun, dengan hidung mancung, muka hindustan.. Dah nama hindustan kompom2 la putih kan..

Masa sememangnya mencemburui aku yang sebagai hero ni.. Kelewatan untuk ketempat kerja menyebabkan aku xsempat beramah mesra dengan beliau apatah lagi untuk bertukar akaun fesbuk... Aku capai Hondaku, ku undur pelan2 ada basikal2 yang cuba melambatkan aku... Sebagai bakal imam muda jadi aku mesti sabar...ye dak... Sebelum aku sempat memacu laju Hondaku, aku perasan awek tadi berdiri dihadapan kedai beliau...Berbekalkan wajah beliau yang cun, dengan gaya selambanya beliau menggunakan jari kelingking beliau menggali dan mengali lubang hidung beliau.. Suatu penerokaan...Ahhh Indah sungguh pemandangan tersebut... Dari peristiwa tersebut dapat aku simpulkan awek2 cun pon ada taik hidung dan awek2 cun pon korek taik hidung guna jari xguna katembite..ekkekekeke

Agak2 awak korek hidung guna jari x neelo??

Friday, September 9, 2011

Isu Semasa


Meh tengok klik la kt gambar..


Lepas ni giliran internet pulak...hikhikhik... Xsabarnya... Mesti best kan...kan..kan...kan..kan...kan...kan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Saturday, August 27, 2011

Cerita Bulan Posa Yang Lepas-Lepas 2

Masa aku muda2 dulu, waktu bulu xcukup lagi tumbuh di badan aku bulan posa adalah bulan yang penuh bermakna... Banyak aktiviti yang berfaedah yang xsesuai dilakukan di bulan2 xposa sesuai di lakukan di bulan2 posa... Sebagai seorang budak kampung yang xpernah tau life budak taman, aktiviti2 seperti ini wajib di bulan posa...

Aktiviti yang paling popular adalah bermain mercun... Mercun.. Aku ulang sekali lagi, bunga2 api hanya untuk budak2 yang main kawin2, masak, anak patung sahaja... Budak2 laki kalau nak main bunga api hanya bunga api bintang2 saja yang dibolehkan... Stok2 mercun boleh didapati secara haram dari pembekal2 yang xberdaftar yang selalunya berlokasi di rumah2 sahaja... Yang jual dekat kedai2 runcit hanya dari kaum2 bunga api dan mercun bawang yang lebih perlahan dari kentut...

bunga api untuk yang berjiwa lembut sahaja

Aku memulakan pengalaman bermain mercun dengan bermain mercun lada.. Mercun lada adalah anak kepada mercun papan.. Mercun papan adalah dari jenis mercun yang geng2 cina suka bakar bila diaorang beraya... Mercun lada dan mercun papan ni jenis yang sumbu cepat macam babi dia bakar, silap perhitungan boleh merekah jari2... Tapi bila dah terer mercun2 ni dibiar meletup dekat tangan saja, bila ada awek2 yang tengok terasa macam awek 2 kompem jatuh cinta dengan kita... Seterusnya, penglibatan aku menjurus kepada mercun "guruih", mancis dalam bahasa kasarnya... RM 1 sekotak xda hal, rembat sahaja dari dompet mak aku dulu besok baru mintak kira macam dompet mak aku macam kod memot "pakai dulu bayar kemudian" lepas dah pakai menangis2 nak bayar, macam 2 la jugak aku, menangis2 kena balon dengan mak aku... Balon siang, malam aku rembat lagi, besok siang kena balon lagi macam 2 la rutin bulan posa... Setakat kena balon dengan mak aku ja apa da hal... Kan sayang anak tangan2 kan... Mercun ni selalu digunakan untuk aktiviti prank sebab dia lambat gila meletup.. Mercun telur naga jugak mula dimain kan..

Bila kawan2 makin terer main mercun bola, ketupat dan sebagainya, aku pon turut join... Baru la up to date macam 2... Mercun dari jenis2 ni jangan cari pasal nak biar meletup2 kat tangan, dah bakar terus buang, kalau xbuang besok masuk paper sinar muka depan... Bunyi dia  xda level2 kentut, sapa2 sembelit dengar bunyi terus lancar perjalanan taik 2 xda tersekat2...


Bila semua mercun dah cuba sampai la mercun paling hensem iaitu meriam buluh... Budak2 kalau dapat main meriam buluh memang terasa diri dah jadi level abang2... Xkira la dah "potong" atau belom... Meriam buluh xboleh main sebarang2, silap2 kena beraya dalam jail kalau mak bapak komplot xnak jamin... Bila dah jadi macam 2 musnah segala plan2 jalan2, rumah2 potensi untuk diserbu time raya nanti... Meriam buluh menggunakan buluh memang la kurang selamat, penggunaan buluh hanya sesuai digunakan untuk zaman abah2 sahaja, bila zaman makin maju, budak pon kena kretaif... Penggunaan saluran paip najis bertekstur konkrit pilihan yang paling selamat.. Pastikan cucian bersih dahulu sebelom digunakan.. Meriam Tin juga adalah adek beradek dengan meriam buluh cuma rupa fizikalnya xseperti meriam... Penggunaan kabait dan belerang sama sahaja, konsep tindak balas dengan air jugak masih dikekalkan... Meriam tin boleh dimain disiang hari sebab mudah untuk diselit jika hampir terkantoi...

bukan meriam zaman jepun

P/S = Bersambung.................................................................................................

Monday, August 22, 2011

Pengertian Posa Bagi Yang Belom Mumayyiz

rembat sini

Sebagai kanak2 yang belom mumayyiz... Pengertian posa hanyalah sekadar xboleh makan dan minum d depan orang pada siang hari sahaja.. Bila dah upgrade besar sikit, xboleh makan dan minum terus di waktu siang hari... Sebagai kanak2 kampung yang normal, berlagak seperti posa adalah perkara yang perlu dan sentiasa di amalkan.. Ini bukan bertujuan nak kelihatan macho di depan awek2 tadika dan sekolah rendah tapi berharap pujian dari golongan dewasa... Gila ka pa nak tunjuk kat awek2, tengok awek2 pon xstim lagi... Kantoi posa adalah perkara biasa dan xperlu risau untuk menjadi ahli van2 mayat yang banyak berkeliaran di bualan posa... Berbekal kan rupa yang inesen, raut wajah menderita cukup sebagai modal untuk mendapat simpati sepinggan nasik dan sejag air oren dari insan yang bergelar ibu...

Tawaran duit raya selalu dijadikan umpan untuk kanak2 sebagai pembakar api semangat untuk bangun sahur, dan xmakan nasik di waktu siang hari... Kegagalan untuk berpuasa penuh, akan menyebabkan pengurangan bilangan kertas yang dinilai sebagai duit di dalam angpau... Ianya sedikit sebanyak akan menyebabkan kekalahan dalam pertaruhan duit raya sapa yang paling banyak peringkat bawah 10tahun,... Namun begitu kegeligaan kanak2 dalam hal duit2 raya ni memang xdapat dipertikaikan,.. Seperti kenyataan di atas berbekalkan rupa yang inesen cukup untuk meraih simpatai ibu bapa untuk menambah semula bilangan duit raya tersebut...

Bulan posa jugak beerti, "hantu" semua kena ikat.. Setan?? Sapa setan?? kanak2  lebih takutkan hantu dari setan... Ini memberi peluang pada kanak2 untuk mengisi semula masa bermain disiang hari yang telah dihabiskan dengan aktiviti baring2 depan tv hingga terlena di sebelah malam... Hantu xda jadi ibu bapa hilang modal untuk menggunakan hantu kopek sebagai senjata... Kesibukan ibu bapa untuk bertarawih juga memberi ruang lagi untuk kanak2 menjalankan aktiviti sembunyi2, tuju kasut, mercun di kawasan masjid yang sememangnya menjadi tempat popular dikala ramadhan menjelang..

Dalam erti kata mudah bagi kanak2 bulan posa adalah rehat segalanya termasuk perut di siang hari dan bersuka ria di malam hari... Dan hari raya hari gumbira sepanjang hari...

10 Malam Terakhir Dan Lailatul Qadar


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Kredit untuk Al-Azim