create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Sama2 Share. Show all posts
Showing posts with label Sama2 Share. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

Dah Kahwin Dah


Tahniah diucapkan pada En. Farid Kamil dan Diana Denielle... Kepada DD semoga berbahagia..hukhukhukhuk...

p/s baik : sama cantek sama padan sama sweet....

p/s kurang baik : Nasib gua kurang sembilan ratus sembilan puluh henggit saja lagi nak buat hantaran kalu x farid gigit hari ler...ekkekeke

Sunday, April 1, 2012

1 APRIL............................
Terasa malas gua nk intro panjang2.. Baca je lah yang dibawah... 


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari 
satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.


Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan


Umat Islam sangat tidak layak merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.
Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”
Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.
Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib. 
Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.
Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.
Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”
Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.



hah dah habis baca.. So jangan gatal2 plak nak ber "april fool" lagi..

PS : gua rembat kt SINI tq kt beliau..

Tuesday, September 27, 2011

Gersang Ke Hapa??

Tengah aku jalan2 ushar blog orang lain.. Aku singgah kat blog NI...Dan aku jumpa benda ni... Dan dengan xmalunya aku nak share.. kahkahkah

Ni Nak cakap macam mana ni... Kang kata kurang pandai marah pulak... 

P/s - Kalau dah pondan 2 jangan la murtad lagi.. Murtad xmasuk syurga langsung tau...

Kredit untuk Sos Yang Pedas

Monday, August 22, 2011

10 Malam Terakhir Dan Lailatul Qadar


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Kredit untuk Al-Azim

Monday, July 25, 2011

Siapa Kata Ex2 Tak Boleh Jadi Kawan2

Dah lama xupdate... Terasa dah xpopular cam Dr Rozmey dah... Semangat nak berblog makin pudar sekarang, mungkin sebab umur makin dia mamah usia.. Cam haram jadah je bunyi ayat 2.. Abaikan... Follower pon dah kurang sorang... Dulu ada 60juta sekarang tingal banyak 2 aja.. Malaz nak sebut, tengok la sendiri...

Post kali ni aku nak ajak ku orang berdiskusi sikit... Siapa kata "bekas2" xboleh kawan dengan "bekas2"... Siapa kata ya, korang tekan ctrl+f4 sekarang.. Kang baca lama2 kena migrain pulak...

Kapel yang bercinta bila putus ja terus jadi musuh... Watdeee la...Masa bercinta bukan main lagi.. Dunia ni lu orang yang punya sampai pasal KLCC pon boleh comolot.. Apsal xnak romen je kat situ lagi rare kan.. I leb U, U leb ME... I jump U jump la segala bagai.. Tapi bila dah putus geli geleman semua ada... Masa bercinta bau taik pon wangi.. Dah putus, belom sempat kentut ag dah muntah2 darah... Dah macam kena santau pulak contoh...

Maksudnya kat sini, kenapa mesti jadi macam 2.. Xsalahkan kalau berkawan... Dulu pernah kongsi segalanya masalah, duit, makanan, pensil, pen, kasut, benang, tisu tandas, rokok(rokok pon da kapel share ke?) macam2 lagi la... Bukan aku nak maksudkan bila dah putus kena share 2 semua lagi tapi xrasa cam haram ke bila terus jadi musuh cam, itu xkena, ini xkena, tengok muka rasa nak kembang idung ke rasa heaven je bila buat cam 2... Kena la jadi profesional... Bukan susah pon... Bukan suruh terjun bangunan ke buang bayi ke... suruh jadi kawan je... Tuhan mara tau kalau xbertegur sapa lebih 3 hari...

Tapi kalau yang memang sejak azali lagi asal break je musuh dan memang jenis xdapat nak ubah dah, bak kata pepatah hati hitam legam 2 xboleh buat apa2 la... Kalau jenis macam 2 jangan la pulak ngada2 nak cuba2 jadi kawan... Kang ada yang jahanam kang... Apa2 pon always think positif... kenangan yang xbes kita buang kenangan yang indah xsalah kita simpan ye dak??

Pesanan ikhlas member aku kepada aku, aku kena basuh xsalah aku basuh korang pulak kan.. Benda baek xelok simpan2 kena share... sharing is caring yaw... So 2 all my "EX", will u b my friend???
.
.
.
.
.
.
.
Hai la Neelo, bila la mu nak approve aku jadi balak mu..

Wednesday, June 22, 2011

Like Me PLEASEEEEE....

Post kat wall sendiri xda orang nak perasan...
Post kat wall orang lain pon orang ignore je..
Say hi kat IM pon xda orang nak buzz balik..
Hantar email kat fb orang lain xjugak ditekan2..
Create Event xda pon yang attending...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
So lepas ni pa lagi yang korang nak buat untuk suruh orang "LICK" pic korang????????

Permasalahan - best sangat ke masuk kontest like2 gambar ni??banyak juta ke hadiah dia??boley peymes ke bila menang??

Permasalahan lagi - Xrasa orang lain annoying ke bila tengok bukan main bekerja keras lagi korang...

P/s - Mintak kat kawan2 yang korang kenal udah ler...

Vote 4 me...come LICK my pic bebeh...oooyeeeahhh...
muka aku jadi cm ni lepas langgar meja tadi..kekeke

Thursday, June 2, 2011

Cerita Hot Masa Kini

2 info yang amat menarik minat para pembaca blogger masa kini yang akan mengakibatkan ke'jem'an trafik blog si pencerita... 

Yang pertama :

Cerita Pasal Pecah Dara Yang Bermaruah

Dan yang ke dua :

Cerita Pasal anak raja ceraikan bini dia yang baru menikah
Hah cerita ni la peymes sekarang.. korang kalau nak isi masa lapang dengan membaca cerita2 terkini taip ja benda2 nanti keluar la.. Pas 2 baca pelan2 bagi puas ok...
Aku?? Aku pulak nak.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Bukan mak aku saja cakap, bukan orang saja cakap tapi semua umat islam cakap... Bulan Rejab bulan Allah.. Banyakkan berdoa pada bulan rejab Insyakallah di makbulkan... Xsalah pon Mohon kat tuhan kita tapi salah kalau kita xmohon kat dia... 

Jadi korang nak pilih yang mana.. Yang pertama punya cerita. yang kedua punya cerita atau yang last punya cerita...

P/s renung2kan dan selamat beramal uttuk AKU dan SEMUA...

Wednesday, June 1, 2011

Bro Saleh Please Take Me As Your Apprentice


ku ku memang otai....

Samihah @ Emy



Cun 2..


Anda terer...


TUNJUK AJAR KU SIFU!!!!!!!!!!!

p/s tima kaseh ye google sudi bagi gua pinjam gamba sekeping dua...

Sunday, April 24, 2011

Laman Rumah Aku Ada Zen Garden

Sejak aku exsiden tempoh hari,masa aku banyak dihabiskan dekat rumah ja.. Amat terasa kehilangan motor 2 akibat terbengkalai xdirepair2.. Macam patah kaki pun da.. Semuanya nak kena menumpang.. Nak naik kereta,macam penah da plak aku kereta selama ni.. Nak bekerja pun susah..

Disebabkan nak tunjuk yang aku ni anak yang baik, jadi aku pun selalula buat kerja rumah.. Perkara yang paling aku selalu buat ialah cakar sampah,daun2 berguguran kat halaman rumah aku ni.. Aktiviti ni sebenarnya agak mencabar, cuba korang pikir kalau rambut manusia sehari akan gugur 100 helai,macam mana pulak dengan pokok2.. Kalau pokok pun sama sehari 100 helai daun gugur, dekat situ pulak ada berapa batang pokok, korang congak pulak bapa lama xbecakar seminggu,sebulan fuh xsanggup aku nak kira..

Selain 2 aku ada jugak tanam2 pokok bunga, nak bebakti dengan tanah.. Tapi pakai pasu la.. Sekarang ni kerja2 gardener ni banyak digondol oleh golongan pria.. Baik untuk komersial atau sekadar mengisi masa lapang dirumah dikala ujung2 bulan.. Dah semua golongan ibu2 dan bakal ibu2 lebih cenderung pada pekerjaan atau perkara yang berkaitan dengan jari seperti kerani,fesbuk,setiausha,fesbuk,akauntan,fesbuk, dan sebagainya.. Kat sini aku selitkan sikit tip2 untuk tanam pokok bunga (kan aku dah cakap blog aku ni ada jugak entry beguna,xrugi..bekongsi ialah ambil berat) :

1. Guna tanah yang dilalui oleh lava gunung berapi, kalau rasa susah sangat nak dapat amik tanah kat tempat korang bakar sampah..
2. Letak cacing tanah dalam pasu, cacing akan melembutkan tanah dalam pasu 2..
3. Kalau boleh sebelum letak tanah korang letak la serpihan pasu yang dah pecah,kalau xda jangan pulak korang p pecahkan pasu2 pulak, bala semua 2 bala..
4. Cahaya matahari 2 kena secukup rasa baru la dia membesar dengan sihat..
5. Selalu siram air.. Korang tau kenapa pokok mati kalau xsiram air? Bila dia makan dia telekat macam korang mesti kena minum air kan.. Xpun dia tesedak pedas, sebab 2 la dia mati..

2 la antara tip2 dia.. Kalau korang nak lagi behasil korang bagi la pokok bunga 2 layan tv lagi bagus kalau ada astro pasang pulak af9.. Lagi bagus kalau korang tolog sign upkan fesbuk untuk dia..

Cantek kan.. Dalam poket aku da Rm50, dalam akaun aku rasa da dalam Rm12..
Yang sialnya xdapat keluarkan pulak...donia2..
agak2 cukup x nak renovate jadi macam ni??

Sunday, April 17, 2011

Lukisan Rasulullah s.a.w

Entry kali ni adalah entry yg berguna.. Berlainan dengan entry2 yang lepas yang kebanyakannya berunsurkan jahanam.. Jangan baca kalau anda rasa anda xberguna..

Aku suka membaca tapi lebih pada bacaan yang da gambar dalam kata mudah komik.. Imaginasi aku xtinggi jadi sebab 2 aku suka tengok gambar,memudahkan otak aku.. Tapi aku tetap jugak baca kalau bacaan 2 bekaitan dengan info n isi dia agak enak untuk diimaginasikan..

Dulu bila aku boring meniaga tunggu customer xdatang2 n tarian ponco2 dalam rentak akustatik dah habis aku gayakan,aku mesti akan cari benda yang boleh di baca sampai kadang2 flyer jual telur pun aku baca.. Ada 1hari 2 aku rembat 1 buku dari rumah nenek aku,kira kazen aku punya kot.. Aku kelebek tengok ada tatu tulis 'Perpustakaan Belia'.. Tarikh hantar dah sebulan delay.. Ni mesti kes kad ilang atau baca xkhatam2 lagi.. Ah peduli pa aku janji masa boring aku niaga dapat diisi dengan benda bepaedah dari aku duk ngumpat mamat mazda 5 yang ketumbuhan kat telinga 2..

Buku ni bagus dia cerita pasal nabi2 n sahabat.. Layan jugak la, walau dia lebih berunsurkan teladan untuk kanak, orang tua2 pun boley baca sebab kebanyakannya pun gampang ngalahkan kanak2 rebina.. Aku baca,aku baca,aku baca tiba2 da 1gambar yang dia lukis sahabat Rasullullah s.a.w,umar r.a dengan ali r.a xsalah aku.. Aku cuba ingat balik,bukan sahabat nabi xboleh di lukis ka..konfius aku..besa la jahil beb.. Aku teruskan lagi bacaan sampai la da gambar katun Rasullullah s.a.w sendiri.. Kali ni aku yakin yang gambar Rasullullah memang kita xboleh lukis,sejahil2 aku xdala sampai bengap lagu 2.. Xda artwork yang layak untuk Rasulullah s.a.w sebab baginda terlalu hebat di kalangan manusia.. Puas aku belek2 nak pastikan betul ke 2 pa yg aku tgk..

Aku xbemaksud nak menjahanamkn syarikat 2 jadi aku xkan sebut nama syarikat n buku 2.. Cuma aku harap kalaulah penerbit,owner,penulis,pelukis r tukang edit ada terbaca entry berguna aku ni, 2 pun kalu diorang perasan kewujudan blog aku yang peymes tahap binatang xboley sebut ni la kan.. Tolong la betulkan balik.. Kalau boley kutip balik semua buku 2.. Tapi yang pastinya duit bagi balik.. Untuk buku yang ada kat aku 2 xpayah la korang susah2 nak p bayar kat perpustakaan 2.. Bayar ja kat aku.. Kan2.. Aku memang suka tolong2 orang ni..kehkehkeh..

P/s entry ni xda gambar..

P/s ni entry berguna kan2..

Wednesday, April 13, 2011

Tabiat Remaja Melayu Bila Stress

Perkara biasa yang di lakukan oleh para remaja melayu bila dah tensen xkesah lah sebab exam ka,gf/bf ka,assgmnt kena reject ka,mak marah pasal xpotong rambut ka,kena pau ka,kena pkul ka atau pa saja benda xnikmat yang jadi adalah macam yang aku senarai kat bawah ni.. Kebanyakan la,mungkin da yang x macam aku senarai kat bawah ni..


1. Start motor,bawa motor laju2, sambil kepala tunduk dan berharap meter laju akan cecah 180km/j dengan menggunakn motor ex5 dream..

2. Hisap rokok, sedut dalam2 lepas 2 lepas.. Heaven..

3. Mesti akan sebut 'babi' banyak2 kali,walau dah tau xbaek sebut 'babi'..sikit2 'babi',sikit2 'babi'..babi punya perangai..

4. Kemaluan masing2 pun jadi mangsa sebutan..

5. Pantang ada member buat perangai bodoh sikit mula la nak ajak begomol padahal kaki pijak paku tekan pun dah belinang air mata..

6. Nyanyi kuat2 dan penuh perasaan tanpa pedulikan perasaan orang sekeliling..

7. Tumbuk,baling,hentak,terajang,siku,sepak,penampo,hentuk barang atau dinding atau pintu jadi permainan..yang pasti lepas 2 tangan 2 mesti kena urut balik pasal sakit,barang plak kena kutip balik..dem..

8. Makan banyak2..langsung xkasi orang lain peluang untuk bau sekali pn..

9. Solat(paling rare,dan selalunya time 2 ja,waktu lain qada ja)

10. Log in fesbuk..status update 'aggghhh..gua tensen gilew..mencik ar cm neyh..eeee..'




P/S - ni entry aku yang ke 50..tahniah untuk diri aku sendiri...

Tuesday, April 5, 2011

Misterinya Benda Ni...










Sekarang agak kecoh pasal lambang misteri alah ni kat internet... gambar last 2 hari2 kat tv da tunjuk... Apa benda sebenarnya ni?? bentuk macam radioaktif punya lambang... Mungkinkah ada kena mengena dengan letupan loji nuklear kat Jepun dulu... Adakah radiasi 2 dah mula sampai kat Malaysia?? Bentuk 2 jugak nampak macam 5 ekor kambing (bahagian kepala).. Adakah ini salah satu lagi dari rancangan FREEMASON??

MUNGKINKAH???? ADAKAH????

Macam2 andaian la yang boleh dibuat dan telah dibuat.. Itu hak individu.. Kalau nak kata 2 mungkin lambang Funfair yang baru nak bukak pon xpa... Asal boleh ja.. Kebenaran dia tetap masih misteri.. Sama2 la kita tunggu, kalau gamak malas sangat nak tunggu, p la cari sendiri benda alah pa la lambang 2...

Pada pandangan aku pulak mengikut dari tahap otak aku yang kurang bijak tapi bernas ni aku rasa itu mungkin amaran awal dari makhluk asing yang bercadang nak menyerang bumi... Mungkin dari jenis Predator, mungkin jugak dari Battle Of Los Angeles atau mungkin jugak datang dari planet Nebula 2.. Aku rasa kerajaan dunia patut menubuhkan 1 Guardian Paranormal Team yang bertanggungjawab mengatasi masalah ni dan seterusnya bertanggungjawab melawan semua makhluk asing tersebut... Ciptaan senjata canggih macam gundam 2 patut di kaji dengan lebih mendalam bagi menghadapi serangan makhluk2 asing 2 nanti.. Kita xtau mana la tau senjata diorang canggih keluar laser macam The Day After Tomorrow 2.. MIB pon patut ditubuhkan baru la ada gaya... Agak korang patut x kita mintak bantuan oltromen?? Amacam korang setuju x dengan aku.. patut ka aku usulkan benda ni dekat dunia.. penting ni... masa depan dunia ni... Sapa nak join?? Amacam da bran??
.
.
.
.
.
.

Soalan - Agak2 aku ni banyak terpengaruh filem dan kartun x??

Sunday, March 20, 2011

Gempa Bumi Dan Tsunami Bagai Isi Dan Kuku

Entry aku sekarang banyak yang merapu dan carut2 je.. Jadi kali ni aku nak buat entry serius balik ok.. Jadi jangan bosan2 pulak...

Kejadian Tsunami yang telah berlaku di Sendai Jepun pada 11/03/2011 yang lepas masih lagi hangat diperkatakan tapi sikit sebanyak disejukkan dengan agenda baru Amerika dan sekutunya yang dengan niat baiknya menyerang Libya yang sememangnya kita tau negara 2 cukup kaya dengan minyak.. 

Aku bukan nak cerita pasal tsunami di Jepun atau counter strike kat Libya untuk post ni sebab korang pon mesti dah boring baca pasal tsunami kat jepun 2 kan.. Dah sampai muntah darah dok tengok video kt youtube 2..

Anda semua tau apa itu Tsunami?? Apa itu gempa bumi?? Pada yang tau tahniah, anda layak nak guna perkataan 2 bila2 masa dan di mana jua tapi pada yang xtau 2, belum layak lagi nak sebut suka2 hati.. Kena la cover2 line sikit.. 

Gempa Bumi adalah satu fenomena pergerakan permukaan bumi yang disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu..Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan rapi di dalam bumi yang selalunya berbentuk geseran tiba2 gatal nak keluar dan terlepas.. Gempa bumi di ukur dengan alat yang dipanggil SKALA RICHTER.. Gempa bumi Pon ada gred macam exam.. Gempa bumi di gredkan dari 1 sampai 9 dan unitnya Skala Ritcher jugak.. Untuk pengetahuan korang, gempa bumi berlaku setiap hari tapi sebab goncangannya atau seismologi yang perlahan jadi kita pon xterasa... Gempa bumi terbahagi kepada dua :
  1. Gempa Bumi Tektonik
  2. Gempa Gunung Berapi
Gempa bumi di Jepun dan Aceh adalah gempa yang terkuat sekali di abad ni iaitu 8.9 sekala rithcer..

Tsunami nama ni diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud Ombak Besar.. Bukan produk Ombak Besar kat iklan tv 2.. Tsunami terjadi disebabkan oleh gempa bumi dalam laut, letupan gunung berapi dalam laut, laut kena hentam dengan meteor dan tanah runtuh.. Tenaga setiap Tsunami adalah tetap, fungsi ketinggian dan kelajuannya.. Jadi bila dah dekat dengan pantai ombak 2 makin tinggi tapi kelajuan dia makin perlahan.. Megatsunami pula mampu menyebabkan sesuatu kepulauan itu pupus dari mata kasar.. Tsunami yang terbesar adalah pada 1946 di Alaska, Amerika Syarikat dengan ketinggian 35meter dan pada 1883 (tempat xpasti) juga dengan ketinggian 35meter..(cuba bayang tinggi mana air laut 2..mau meremang bulu roma bila pikir)..
Add caption

Malaysia merupakan negara yang sangat bertuah sebab tidak berada di kawasan tanah bumi yang aktif gempa buminya, kita juga xda gunung berapi yang aktif, laut kita jugak x terlalu dalam dan kita dikelilingi dengan negara lain yang menjadi perisai kita.. Jadi bersyukurlah sebab lahir kat Malaysia.. Sama2 la kita jaga Malaysia dan amalan kita sebab kuasa Dia xterbatas, xda yang mustahil untuk Dia.. Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta dan Maha Pemusnah lagi Maha Penyayang...

P/s Rahmat Allah melebihi murkaNya..

Monday, February 7, 2011

Kau Memang Hensem Aku Tak Tipu!!!

Tengah aku best2 mengira bilangan manusia yang bergerak menggunakan kenderaan di hadapan gerai aku sambil2 mata melirik manja pada awek2 taman dan kolej komuniti xterlepas juga otak yang sedang ligat bekerja memikirkan idea2 yg mampu mengembangkan perniagaan aku di peringkat antarabangsa,tiba2 secara tidak sengaja terpandang aku pada sebuah mazda 5 kaler putih plat nombor g mampos sama dia,sedang memparking baek di penjuru jalan tanpa gusar mpsp datang menyelit note cinta meminta belaian kasih sayang berbentuk wang ringgit.. Siap parking,mazda 5 tersebut dengan segera memuntahkan seorang mamat.. 


Segak!!! ungkapan ringkas dapat digambarkan kepada mamat tersebut... Dari raut wajah yang putih melepak, usah di cari jerawat walau sebutir.. ketinggian yang cukup bagi seorang lelaki, dengan rambut yang ala2 ronaldo pemain Real Madrid.. Oh ya xlupa juga susuk tubuh yang sasa.. Cukup untuk mencairkan hati2 awek taman dan kolej komuniti yang memandang, sedangkan aku sendiri bila melihat terbit niat nak pergi pukul saja mamat tersebut.. Ditambah lagi dengan mengenakan baju T berjenama CK, shortpant kotak2 Quicksilver, sandel jenama Nike, jam tangan dan kaca mata xaku perasan.. boleh jadi Guess dan AX.. cukup untuk aku katakan yang mamat tersebut bukan sahaja hensem di rupa malahan poketnya juga begitu kecak sekali.. 


Seketika kemudian dia berlalu depan aku, nak beli goreng pisang kot... ZASS...bagai sambaran angin bila aku terpandang sesuatu cuping telinga nya.. Eh2 ada anting2 la... cantik anting2 lu bro... Tiba2 aku terpikir brother ni sebenarnya mamat ke minah?? 


Meh kita tengok sikit info kat bawah..


Antaranya hadis Ibn Abbas, iaitu pada suatu hari raya selepas baginda solat berkhutbah, baginda pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada mereka sambil menyeru supaya bersedekah. Ibn Abbas mengatakan: “Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan tengkuk2 mereka, lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal”. Direkod oleh Bukhari (no: 4951).
Manakala golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547). Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah haram. Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik. Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.
Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”.
Nabi Muhammad S.A.W juga melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
Ini kereta mamat Google yang punya


Pesanan Iklas Untuk Mamat Mazda 5 : lu buang ketumbuhan kat telinga lu 2 comfrim lu lagi hensem.. sumpah xtipu..
Soalan Iklas Untuk Mamat Mazda 5 : Xsakit ke bro??

Saturday, January 22, 2011

Sahabat Itu Harta

Pinjam Kat Google


Semua orang dalam dunia ni perlukan seorang KAWAN atau nama lainnya RAKAN.. Namun berapa ramai kah kawan kawan anda mampu menjadi SAHABAT anda.. kalau menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, maksud sahabat dengan kawan atau rakan adalah sama.. Tapi gelaran sahabat hanya layak di berikan kepada seseorang yang sangat layak.. Kawan pula layak diberikan kepada sesiapa sahaja, ianya cukup sekadar jika kita mengenali 
seseorang itu..

Adakah kalian semua memiliki sahabat yang ramai.. mustahil seseorang itu memiliki sahabat yang sangat ramai seramai kawan yang dia miliki.. Disini da beberapa persoalan sedikit tentang kawan korang..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup datang sejauh 25km semata2 nak hantar duit kepada kalian untuk menukar tiub yang pecah..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup berkongsi lauk dengan kalian ketika kalian hanya makan nasik gpreng dan telur goreng..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup terlepas bas semata2 nak membantu kalian yang sedang dipukul..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup datang ambil kalian di stesen bas pada jam 4 hingga 5 pagi..

Berapa ramai kawan kalian yang xsanggup tengok kalian ikat perut xmakan..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup kongsi apa sahaja dengan kalian..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup keluarkan beratus ringgit semata2 untuk majukan kalian..

Berapa ramai kawan kalian yang menangis melihat kalian di landa kesusahan..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup memimpin kalian di kala kalian jatuh..

Berapa ramai kawan kalian yang sanggup bersusah2 bersama kalian..


Berapa ramai kawan kalian yang sanggup melayan berkali2 pertanyaan kalian tentang blog..

Seberapa ramaikan SAHABAT yang kalian miliki???

Atau layakkan kalian untuk dipanggil SAHABAT???

P/S semua penyataan dah aku alami..terima kasih yang xterhingga kepada kawan2 aku yang layak digelar SAHABAT..mungkin xramai tapi sangat berharga.. hanya Allah yang boleh balas atau Dia izinkan aku membalas jasa kamu semua..

Saturday, January 8, 2011

Peptic Ulser.................................

PEPTIC ULSER juga boleh dikenali dengan  Duodenal ulcer, Gastric ulcer, Stomach ulcer, Ulcer... ini bukan iklan makanan atau racun serangga ok... jadi peptic ulser ni bukanlah sejenis barang permainan mahupun produk menguruskan badan macam Jus Mate Dr Rozmey 2...sesapa yang penah menghidapi penyakit ni of coz tau pa benda pa ni...(dah bagi hint xtau lagi xtau la betapa gampang nya otak 2)... 


peptic ulser ni boleh aku definisi kan kt sini adalah luka yang terdapat pada lapisan perut atau di panggil duodenum... orang yang menghidapi masalah ni akan merasa kesakitan kat bahagian perut diaorang... kesakitan 2 selalunya datang selang beberapa hari atau minggu sekali atau pun sebab korang biakan perut korang 2 xdiisi... jadi bila korang makan maka kesakitan 2 akan hilang... antara simpton2 lain nya plak adalah seperti Pedih Ulu Hati, Ketakcernaan (dispepsia), Terbelahak, rasa loya, Muntah, Kurang selera, Kehilangan berat (kawan aku bagitau da juga tahap muntah darah)... masalah ini terjadi adalah disebabkan acid yang ada dalam perut korang 2 yang asalnya berfungsi untuk menghadam makanan yang selamat korang telan 2 secara tidak sengaja telah merosakkan bahagian perut korang... bakteria yang bernama Helicobacter pylori(xda no ic) jugak merupakan penyebabnya (sapa da diabetis memang banyak makhluk kenit ni)... penggunan untuk jangka panjang ubat-ubatan anti-radang nonsteroidal (NSAIDs) seperti aspirin tidak ketinggalan menjadi penyebabnya... tapi makanan pedas dan stress bukan lah punca penyakit ni tp boleh menjahanamkan lagi perut korang 2 dalam erti kata lain memburukkan lagi keadaan... 


ini bukan biji kacang hijau nk tumbuh tunas
ni la perut korang.. contoh la...
peptic ulser akan menjadi masalah yang amat serius kalau xdirawat... penyakit ni dirawat dengan cara membuang makhluk kenit tadi dari dalam perut, cm na dia buang sumpah aku xtau, xtipu punya... selain 2 tidak menggunakan ubat-ubatan anti-radang nonsteroidal (NSAIDs)... JANGAN LUPA, BUAT2 LUPA, INGAT2 LUPA MAKAN UBAT... pembedahan adakalanya diperlukan jika keadaan serius ya amat... 


itu la serba sedikit pasal peptic ulser..kalau da salah tolong la betul kan... aku bukan budak medik pon.. budak dapur je.... huhu... tanya aku cm na nk debone ayam aku tau la... kalau agak semua 2 betul fuh taun depan aku amik medik plak mana tau nasib bek ley jadi doktor plak... korang jangan jeles yer... 


gambar ni pon sama perut korang...
da detail sikit la..


p/s seorang yang aku kenal ada meghidap penyakit ni... berulang kali dia masuk wad... kat sini aku nak ajak korang sama2 doakan dia supaya cepat sembuh dan kuat menghadapi segala dugaan kesakitan yang mendatang... GET WELL SOON K....



Sunday, January 2, 2011

Hingga ke Akhirnya



Tajuk post kali ni macam best je tapi isi lam ni belum tentu lagi… Ok sebelum aku mula bercerita aku nak tanya, korang pernah bercinta x (dengan manusia) ??????????? sesiapa yang penah sila tunjuk lubang hidung… Soalan cepu emas 2… Ok boleh aku jangkakan kat sini hampir semua rakyat Malaysia mahupun warga asing pernah bercinta kan… Even anak sedara aku umur baru 10 tahun pun dah gatal-gatal ketiak bila cerita pasal ni… Kalau still ada yang xpernah 2, sekurang-kurangnya mesti jugak da perasaan “jatuh cinta” 2 kan… Ok la 2.. Normal…

Soalan kedua, bila bercinta bahagia x??? Confirm aci kerat kuku bahagia… Dah nama pun bercinta lain la kalau bermusuhan…  Setuju??? Tp aku nak tanya, samada korang perasan or x orang bercinta xkira la cinta sebelum kahwin ke selepas kahwin ke saat yang korang rasa sangat2 indah 2 hanya masa awal2 je… Maksud aku yang “tersangat2” ok bukan sekadar “indah sahaja”… Kategori bagi “awal2” xkira la hari pertama, minggu pertama, bulan pertama or tahun pertama (aku terima jawapan xsemua sebab memang aku xnafi da pasangan yang bahagia macam awal2 bercinta walau berpuluh tahun bersama)… Kenapa mesti jadi macam 2??? Kenapa awal2 bercinta kita rasa dunia ni kita yang punya, kerana cinta lautan api sanggup kuredah(dh mmg xwjud mmg la sanggup)… Bekorban apa saja harta ataupon nyawa… 24 hour tengok muka pun xpa xboring, hari2 ada ja topik yang nak diborakkan so kalau nak borak start 8pagi sampai 8pagi besok pas2 terus sambung sampai 8 pagi lusa, tulat dll memang xda masalah… Pasangan nak apa ja boley ja bagi, duit tinggal cukup beli air mineral ja xda hal punya esok2 boley cari lagi duit janji bf/gf happy… Hari2 klu soalan “awak sayang saya x??awak sayang saya banyak mana??awak sayang saya selamanya kan??awak cintakan saya sorang saja kan??” di tanya boleh ja jawab tanpa sedikit pon kekesahan… Tapi kenapa itu semua hanya terjadi masa mula2 bercinta sahaja… Kenapa xdipraktik kan selama-lamanya… cinta kan buta mana dia reti tengok jam or calendar… kenapa mesti jemu dengan semua benda yang kita dah buat pada mulanya??kenapa??

sekadar hiasan....

Jawapan dia korang pandai2 la pikir bak kata Nabil lu pikir la sendiri k… korang yang bercinta so korang mesti tau kenapa… Apa2 pon nasihat aku cinta 2 datang dari Allah s.w.t… tanpa Dia kita xkan kenal apa 2 cinta dan percaya la kita xkan merasa langsung kalau Dia xizinkan… so jangan la sekali2 korang bercinta sesama manusia lebih dari Dia… Cinta datang dari Dia, xsusah pon Dia nak bagi dan xsusah jugak Dia nak amik balik… bila korang dah bercinta lebih dari korang cintakan Dia masa 2 la dia uji dengan tarik balik “cinta” 2… Sebab 2 la sampai frust menonggeng, bunuh diri, bunuh bf/gf, bunuh serangga, pa2 lagi la… so ingat pilih pasangan yang korang cintakan dia sebab Allah s.w.t dan akan buat korang makin cintakan Allah s.w.t dan cinta Dia la yang hakiki n HINGGA KE AKHIRNYA…. Amin…..


Sunday, December 5, 2010

Kera oh Kera.....

Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam Nusantara, Salam Utara & Salam 1 Malaysia…
Yes!!! Skunk dah da 2nd post..haha…rajin jugak aku ni yek kelebek benda alah ni…hehe… Post kali ni aku nk cita sikit pasal 1 kejadian menarik yang di alami sendiri oleh nenek aku… cerita ni disampaikan sendiri oleh beliau kat aku… dengan bebekal kan recorder organic yakni kepala otak aku, aku citakan balik kat korang…
Cita dia cm ni..Once upon the time… cm biasa, rutin harian nenek aku waktu pagi lepas je selesai kerja rumah yang di perlu wat, dia akan rilex2 jap sambil baring2 sambil pejam2 mata & sambil terus tido..waktu 2 dalam lingkungan kul 10 cam 2 la klu xsalah… lepas 2 dalam kul 11 nenek aku tejaga & terperasan yang pintu rumah tebuka.. jd dgn selamber nye nenek aku pon g la nk ttp skit pintu 2 sbb luas sgt pintu 2 nganga & alangkah tekejutnya beliau apabila melihat seekor spesis kera yang bersaiz lebih kurang kanak2 8 tahun kot klu xsalah la sedang menyantap KUIH BAKAR dengan santainya di depan rumah nenek aku… dengan keberanian yang ada nenek aku pon halau la KERA 2, tp Kera 2 xlari dia usha je nenek aku atas bawah, atas bawah.. nenek aku pon geram( walau takut) amik la kayu baling je kat dia… sebab takut nenek aku menganas Kera tersebut pon lari la masuk hutan tglkan kuih bakar 2… maka terselamatlah kuih bakar nenek aku dari menjadi mangsa si kera tersebut…the end…

FAKTA MENARIK YANG BUAT CITA NI MENARIK BAGI AKU :




  1. Kera 2 masuk rumah amik balang kuih bakar yang ada dalam rumah & kluar balik.
  2. Balang yang bertutup 2 dibuka sendiri oleh kera tersebut tnpa memecahkan balang tersebut(pandai dia pusing tudung 2 kan).
  3. Sopan santun sbb makan satu2 kuih bakar 2 ( X cm lam peribahasa bagai kera dpt bunga…hehe)


INFO TENTANG KERA


  1.  Kera ( Long-tailed Macaque) merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama saintifiknya Macaca fascicularis
  2. Kera terdapat diseluruh Malaysia termasuk dikawasan hutan bakau. Kadang-kala kera ini turun dari pokok dan menggali lumpur untuk mendapatkan ketam kecil sebagai makanan. Kera berwarna perang dan pandai berenang. Mereka hidup berkelompok dalam lingkungan 40 ekor sekumpulan.
  3. Kera adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Kera adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
  4. Jantung Kera terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel
  5. Sebagai mamalia, Kera berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kera akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.


comel kn kera ni...say cheeseeeee.......