create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, April 14, 2011

Entry Kagum



Fairlady + Awek Superb + Angan2 = Fairy Tale.....


Wednesday, April 13, 2011

Kamen Rider Muncul Di Jepun

Selepas sebulan Jepun digoncangkan dengan gempa bumi 8.9 skala ritcher, dilanggar pulak dengan Tsunami 10m tinggi dia dan diselubungi dengan masalah radiasi akibat letupan loji2 nuklearnya rakyat jepun mula untuk bangkit semula dengan bantuan dari negara2 yang baik hati termasuk Malaysia...


Salah satu wira terkenal Jepun Kamen Rider 1 di dapati telah muncul untuk menyelamatkan para mangsa tsunami di Ishimoki, Wilayah Miyagi tempat asal atau kelahiran Kamen Rider... Ia amat mengejutkan dan amat mengembirakan kerana sememangnya wira betopeng ni bukan hanya wujud di dunia animasi sahaja... Oh Hidup Kamen Rider ( Berita Tipu)

Salah satu patung wira Kamen Rider 1 yang di bina di Ishimoki, Wilayah Miyagi tempat asal atau kelahiran Kamen Rider didapati masih terselamat dan berdiri kukuh walau telah dilanda dan ditenggelamkan oleh kejadian tsunami tempoh hari... patung itu juga dipercayai tidak lemas... Sekitar bandar musnah teruk akibat dari gempa dan tsunami namun kamen rider tersebut langsung tidak terjejas dan ia memberi semangat pada mangsa bencana untuk tidak berputus asa...(Ni berita betul2, bukan tipu2)


Dekat Malaysia Suria Baja Hitam la paling orang kenal bebanding kamen rider yang len..(fakta neh)


HENSHIN!!!!!!!!!!!!

Tabiat Remaja Melayu Bila Stress

Perkara biasa yang di lakukan oleh para remaja melayu bila dah tensen xkesah lah sebab exam ka,gf/bf ka,assgmnt kena reject ka,mak marah pasal xpotong rambut ka,kena pau ka,kena pkul ka atau pa saja benda xnikmat yang jadi adalah macam yang aku senarai kat bawah ni.. Kebanyakan la,mungkin da yang x macam aku senarai kat bawah ni..


1. Start motor,bawa motor laju2, sambil kepala tunduk dan berharap meter laju akan cecah 180km/j dengan menggunakn motor ex5 dream..

2. Hisap rokok, sedut dalam2 lepas 2 lepas.. Heaven..

3. Mesti akan sebut 'babi' banyak2 kali,walau dah tau xbaek sebut 'babi'..sikit2 'babi',sikit2 'babi'..babi punya perangai..

4. Kemaluan masing2 pun jadi mangsa sebutan..

5. Pantang ada member buat perangai bodoh sikit mula la nak ajak begomol padahal kaki pijak paku tekan pun dah belinang air mata..

6. Nyanyi kuat2 dan penuh perasaan tanpa pedulikan perasaan orang sekeliling..

7. Tumbuk,baling,hentak,terajang,siku,sepak,penampo,hentuk barang atau dinding atau pintu jadi permainan..yang pasti lepas 2 tangan 2 mesti kena urut balik pasal sakit,barang plak kena kutip balik..dem..

8. Makan banyak2..langsung xkasi orang lain peluang untuk bau sekali pn..

9. Solat(paling rare,dan selalunya time 2 ja,waktu lain qada ja)

10. Log in fesbuk..status update 'aggghhh..gua tensen gilew..mencik ar cm neyh..eeee..'




P/S - ni entry aku yang ke 50..tahniah untuk diri aku sendiri...

Monday, April 11, 2011

Kemalangan Extreme!!!

Kali ini aku nak cerita satu pengalaman ngeri yang maha dahsyat yang telah jadi kat aku… GUA ESIDEN beb… Hero esiden cerita rare ni, susah nak dapat korang tergamak x teruja… Harakah dengan permata nak temu duga aku nak buat jurnal pon aku xkasi tau…

Cerita dia mula macam ni… Masa hari ahad hari 2, aku ada ajak member sebelah rumah aku Piduih nama dia… Tapi dia ada pesan nama glemer dia Fird(entah betul ke x aku eja aku xpasti)… Sambung balik… Aku ajak si Fird ni teman aku p Econsave dekat Raja Uda, saja la boring p sorang2… kang ada awek ngorat susah pulak, dah ramai sangat awek ngorat kang orang lain kata aku artis pulak.. Xnak la cam 2.. . X baik…
Perjalanan mula 2 lancar la, trafiq light pon macam baik ja, asal lalu ja hijau… selalu bukan main kerek jeling pakai lampu merah ja… Bila dah dekat sangat nak sampai, agak2 dalam 3 batang eskrim pop versi cair kita sedut 1 shoot ja… Tiba2 baru aku teringat, porshe 2 tayar aku xtelan minyak lagi… Kang dah beli barang susah pulak nak isi, bukan ada bonet pon, bumbung pon baru dalam plan nak pasang… Bila barang banyak nanti susah nak control cute depan awek kaunter kat stesen minyak 2… Jadi aku ambil keputusan nak patah balik dulu tapau minyak siap2 kang senang sikit… Rancangan  nak control cute depan awek kaunter 2 pon rasanya dapat berjalan dengan lancar… Sambil2 2 juga aku dengan si Fird ada buat Back up plan gampang nak p terjah RR(orang penang,b’worth,S.P n dekat2 area ni tau la mana tempat ni, bagi yang xtau plak cuba la google search mana la tau ada, aku sendiri pon xpenah cuba lagi)…

Tengah dok melayan rancangan2 dalam kepala hotak ni tiba2 aku terperasan satu mamat cina keluar dari simpang stesen minyak… Dia bantai pulak lawan arah betul2 menghala kat aku… Aku dah nampak mamat 2, si Fird pon cuba2 sengetkan badan nak bagi motor kami ketepi sikit.. Tapi sampai limit dah xboley sebab kat sebelah ada kereta la plak... Yang aku hairan nya, mamat 2 xnampak aku ka. xcukup kacak lagi ka, boleh plak dia makin ketengah... Aku dah memang xboleh buat apa, tengok kanan kereta, tengok kiri divider, so aku amik langkah paling bijak dengan aku langgar ja mamat 2, alang2 kasi puas hati.., Sama2 kita jahanam... 

Kebaboom.. Ketangg.. Dush3... Erk... Tuinggg.... gempita la keadaan kat situ kejap, dah macam dalam filem aksi aku punya tergolek, dah macam nangka tamat tempoh tapi masih macho lagi gayanya,.. Perasaan cuak mula menyelubungi diri mengalahkan rasa sakit akibat ditindih si fird yang berat dia mau dekat 80kg agaknya... Belanggar kat Raja Uda beb, hentam cina plak 2... melayu mana yng xcuak... Lepas 2 mana datang entah 7,8 orang lagi cina,.. aku suspek member mamat yang aku dengan dia belanggar... Diorang xcakap banyak.. Tolong angkat member diorng pon x apatah lagi nak tolong picit bahu aku ngn tengah sengal2 2... Terus saja diorang rumble aku dengan fird... Sebab xtahan sangat kena belasah dengan sakit tergolek dok bedenyut lagi, aku melawan balik... Xda kasi peluang punya, sekor2 aku tendang rusuk kiri diaorang, menonong tegolek tahan sakit... Hati dah panas, semua aku sapu, tibai xda belas kasihan punya... Kiri kanan pon xsempat nak pusing... Aku rasa dah macam Sivaji Khan masa 2, pukul orang sampai melayang2 dibuatnya... Cirit diorang aku kerjakan... Motor mamat 2 aku patah kan dua terus... Nyusah kan orang ja... puas hati aku... Aku xnak cakap lebih2, nanti da yang kata aku riak pulak ye x... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yelah2 aku ngaku, aku kencing ja... lepas tergolek ja terus dah xboleh bangun dah... Lutut dah lembik.. Muka dok buat kesian mintak tolong orang datang dukung kan... Hilang macho gua sebagai hero cerita ni...
Apa2 pon aku besyukur sangat sebab xda pa2 yang teruk terjadi, patah2 pon xda, cuma luka ngn bengkak2 ja.. Kena belasah pon x.. Kalau x, xsempat rasanya aku nak buat entry ni.... kehkehkeh...

moto dia kerek ja bediri..kenapa moto aku yang kecundang...
kenapa??KENAPA???
mintak perlindungan la dri jadi macam ni...

Skrip Tambahan - aku rasa golekan aku masa jatuh 2 xsempat habis lagi, budak2 runner insurance dah sampai.. Terer  betul diorang... Ada belajar ilmu hilang2 ke apa aku xtau la...

Saturday, April 9, 2011

Entry Untuk Kamu

AMARAN KERAIH NAK MAMPOIH 
Entry kali ini berunsurkan tangkap leleh yang ditujukan khas pada seseorang yang berkenaan.. Sesiapa yang berjiwa ganas dan elergi pada entry yang rupa lebih kurang macam ni diharap tekan close ya.. Sebarang kemalangan yang berlaku selepas anda membaca entry ini adalah tidak akan ditanggung dan di ambil tahu oleh tuan blog.. Harap maklum..





Sebenarnya ni bukanlah entry yang saya buat untuk bercerita pon.. Cuma entry lirik lagu ja nak bagi.. Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain ost dari filem Hikayat Merong Mahawangsa.. Macam yang awak sendiri tau, xpenah pon saya minat si Anuar Zain 2.. Apatah lagi nak jerit2 kejar2 semata2 nak dapat otograf dia… Jauh sekali… Err Berong Mahawangsa pon rasanya belum sempat diterjah saya lagi.. Xpala tunggu  jalah keluar kat YouTube nanti kan.. Tapi yang pasti saya xbeli yang cetak rompak…

SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Nah keseluruhan lirik saya bagi untuk awak MRS. ZB.. Xda2 potong2 separuh, satu perenggan atau satu ayat pon… kehkehkeh…

P/s - sekali sekala nak jiwang.. muka ja legend ati still cute baru harmoni...kehkehkeh.. 

Tuesday, April 5, 2011

Misterinya Benda Ni...










Sekarang agak kecoh pasal lambang misteri alah ni kat internet... gambar last 2 hari2 kat tv da tunjuk... Apa benda sebenarnya ni?? bentuk macam radioaktif punya lambang... Mungkinkah ada kena mengena dengan letupan loji nuklear kat Jepun dulu... Adakah radiasi 2 dah mula sampai kat Malaysia?? Bentuk 2 jugak nampak macam 5 ekor kambing (bahagian kepala).. Adakah ini salah satu lagi dari rancangan FREEMASON??

MUNGKINKAH???? ADAKAH????

Macam2 andaian la yang boleh dibuat dan telah dibuat.. Itu hak individu.. Kalau nak kata 2 mungkin lambang Funfair yang baru nak bukak pon xpa... Asal boleh ja.. Kebenaran dia tetap masih misteri.. Sama2 la kita tunggu, kalau gamak malas sangat nak tunggu, p la cari sendiri benda alah pa la lambang 2...

Pada pandangan aku pulak mengikut dari tahap otak aku yang kurang bijak tapi bernas ni aku rasa itu mungkin amaran awal dari makhluk asing yang bercadang nak menyerang bumi... Mungkin dari jenis Predator, mungkin jugak dari Battle Of Los Angeles atau mungkin jugak datang dari planet Nebula 2.. Aku rasa kerajaan dunia patut menubuhkan 1 Guardian Paranormal Team yang bertanggungjawab mengatasi masalah ni dan seterusnya bertanggungjawab melawan semua makhluk asing tersebut... Ciptaan senjata canggih macam gundam 2 patut di kaji dengan lebih mendalam bagi menghadapi serangan makhluk2 asing 2 nanti.. Kita xtau mana la tau senjata diorang canggih keluar laser macam The Day After Tomorrow 2.. MIB pon patut ditubuhkan baru la ada gaya... Agak korang patut x kita mintak bantuan oltromen?? Amacam korang setuju x dengan aku.. patut ka aku usulkan benda ni dekat dunia.. penting ni... masa depan dunia ni... Sapa nak join?? Amacam da bran??
.
.
.
.
.
.

Soalan - Agak2 aku ni banyak terpengaruh filem dan kartun x??

Wednesday, March 30, 2011

Macam Gampang...

gamba pinjam
*muzik "Dear God" dendangan Avenged Sevenfold jelas kedengaran dari Nokia 3310 full touchscreen Rare Edition dari dalam poket..

"1 mesej diterima"..

Sms dibuka...


"Ni ayah, gune fon police, tlong bagi kredit maxi$ 30 ringgit
ke nombo bru ayah 0128120151 ayah lagi ade masalah
kt balai police.ta payah call,kejap baru ayah call."

Sejak bila aku panggil Daddy aku "ayah"??
Sejak bila "ayah" aku pandai SMS, eja singkat2 lagi?? (ayah dh advance ya sekarang.. xcakap pon)
"ayah" aku terer gunE dan adE ka??
Eh2, "ayah" aku dok tengok Tv ni, bila masa dia p balai police.. Xcakap pon??
Aku ada "ayah" lagi 1 ka??

Musykil... Kena cari surat beranak balik la, nak tengok dia tulis aku da dua "ayah" ka satu "ayah ja...

P/S Cam GAMPANG tau x GAMPANG..